: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Tuesday, January 1, 2008

Trial. selamat Tahun Baru

Assalamualaikum,

Sekejap je masa berlalu, lagi beberapa jam kita nak melangkah ke tahun baru. Tahun 2008..Waa..selamat datang tahun baru, dan selamat tinggal tahun 2007. Ermm, rasa sedih pun ada. sobs sobs..

Tahun 2008 adalah tahun mencabar bagi saya lebih mencabar daripada tahun ambil UPSR, PMR ..hehehe..dan tahun sejarah juga. Tahun paling banyak perkara dan peristiwa sedih berlaku dalam hidup saya..Kalau pusing-pusing balik dalam kotak ingatan saya ni, tahun ini tahun kurang gembira..boleh pula macam tu kan..hohoho..tak nak sedih sebenarnya. Tapi....tersedih juga.

Ayah meninggal bulan sepuluh.. 19/10/2006. Kalau dulu belajar pun jadi down, rasa kosong. Mungkin sebab diri sendiri yang sememangnya pemalas, hehe... Rasa kehilangan yang amat besar, nak mengubat hati pun lama. Tapi saya ni selalu je lupa, Allah hanya pinjam kan sekejap je. Dunia pun, tak kekal. Itu semua ujian daripada Allah. Ya Allah, engkau letakkanlah dunia ini di tanganku dan bukannya di hatiku. Banyak sangat sedihnya.

Apa pun  kita kena teruskan hidup kan, kita buka buku baru, lembaran baru, kita tulis benda baru, cipta benda baru, buat perubahan baru..hehe...haaa..banyak sungguh barunya...dan tak lupa juga azam baru.hehe.. Ada je azam tapi janganlah simpan, dan perap sampai jadi asam dan masam ye. Beberapa jam sahaja lagi, 2007 hampir  melabuhkan tirainya.

Dikesempatan ini juga, saya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Kita sambut tahun baru kita dengan ucapan syukur, berdoa semoga di murahkan rezeki, dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Jangan melepak, berpeleseran di tengah-tengah  malam yang buta ye. Mujurlah saya budak asrama Mohon maaf juga jika ada tersalah tutur kata. Tapi dalam waktu sedih ada juga gembiranya bila jumpa kawan-kawan alam maya, walaupun tak pernah bersua muka, tapi kita rapatkan..hehe..Seronok dapat bersahabat dengan awak-awak semua.

No comments:

Post a Comment