: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-
Showing posts with label copy paste. Show all posts
Showing posts with label copy paste. Show all posts

Saturday, August 9, 2014

6 kesilapan pasangan berkahwin

Artikel sebenar [sini]



IKATAN perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama. Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.
Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.
Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.
Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.
Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.
Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.


catatan : tujuan kahwin mmg untuk dapatkan zuriat, tetapi bergantung kepada rezeki.  Selami dan rasai saat hidup berdua terlebih dahulu  . 

Thursday, July 31, 2014

Resipi nasi briani Irine Nadia

Ok nahh kita share ig resepi turun temurun share dr mak mertua akk irine ☺️ paling senanggg and paling mudah nak buat utk family/kawan2 bila dtg rumah. . . 

Resepi nasik beriani honey: 

Bahan tumis :- 
1) blender bawang putih, halia, bawang kcik 
2) tomato 2 biji potong dadu kcik2 
3) bunga lawang, bunga cgkih, kayu manis 
4) bawang besar ---------------- 

Step 1:- 
1) masukkan 2 sudu marjerin + 2 sudu minyak sapi + sedikit minyak masak 
2) dah panas, gorengkan bawang besar terlbih dahulu 
3) bila bawang besar dah kuning, masukkan tomato yg dipotong dadu, gaulkan 
4) masukkan bunga cgkih, bunga lawang , kayu manis 
5) masukkan bahan blender td ( bawang putih, merah dan halia) 
6) biarkan garing, masukkan daun kari 
7) masukkan 2 sudu serbuk kari ( gaulkan ngn air dlu then masukkan ) 
8) dah garing smua , masukkan 5 cawan air 
9) masukkan sedikit susu sejat cair 
10) masukkan beras basmathi 4 cawan 
11) biarkan masak kat rice cooker 
12) agak2 nasik dah masak, masukkan sedikit pewarna kuning telur . 

Tadaaaa siap...👍 P/s : guna beras basmathi ye utk nasi jadi panjang2 and lembut. Lagi satu, kalau nak nasi ni jadi lembut and panjang2, jgn guna rice cooker yg wap tu(mcm gmbr ni aritu irine pakai rice cooker yg wap Tefal tu), so nasi dia jadi pendek2. Pakai rice cooker yang biasa tu ❤️ . Selamat mencobaaa!

irine nadia resipi

Sunday, January 6, 2013

YOSH






haaah . xpayah nak sentap sangat lah kan ..

godek2 google lah mcm biasa kan .. ;)
meh sni nak share tips2 membina hati bahagia ~

1. Bahagia bermula dari hati , so ..kalau nak bahagia sila bersihkan hati ye.
2. Bersyukur dgn apa yang anda miliki.
3. Sila jangan dengki2 atau cemburu2 .. orang tu x bersalah okkey! :)
4. Sila muhasabah diri sendiri.
5. Jangan terlalu berharap orang lain akan membahagiakan anda.
6. Berdoalah untuk mendapat kebahagian yang dimiliki.
7. Kebahagiaan bukan benda yang kekal. so sila redha .
8. Senyum sokmo! chillZ .




Friday, January 4, 2013

Maafkan saya . tak meminta pun sakit begini . :'(

imaage google tapi lebih kurang lah mcm ni.


kelmarin saya tunjukkan roomate saya, ruhaiza , dia seorang MA (i'Allah) :)

saya : zaza .. ini apa ye ni .gatal sangat lah 
zaza : Oh . tu kurap air tu ..
saya : Hah .kurap !!! .. sejak bila saya ade kurap.. :'(
zaza : mungkin sbb kene air . berenang ke ...

- oh . mmg ye la kene kurap ni lepas berenang jumaat malam sebelum ni.. huuu

aah . betul >> Penyakit kurap bukan sahaja memalukan malah membuatkan seseorang itu tidak berasa selesa. Keadaannya yang gatal boleh menyebabkan penyakit ini berjangkit. saya Tak Nak kawan-kawan saya terjangkit!!! Allah . Sori .. :(

Penyakit kulit kurap boleh disembuh dengan minyak gamat. jimat kalau mcmtu . saya banyak minyak gamat :D


search the internet :

kurap (huhu, aku sedih la nak sebut ) adalah disebabkan oleh fungi . Ia senang berjangkit dan masa efeksi adalah beberapa hari .


Penyakit kurap terjadi daripada persekitaran yang tidak seimbang kadar kelembapan dan penerimaan cahaya matahari.

Terdapat juga tabiat yang tidak sihat punca kepada kurap antaranya ialah;
1. Memakai pakaian yang masih belum kering.
2. Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari dan berterusan lembab dalam tempoh yang lama.
3. Memakai pakaian yang baru dijemur di dan masih panas.
4. Berada dalam bilik yang lembab, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari.

Bakteria yang terdapat pada kurap merebak dalam keadaan yang lembab tetapi hangat.

Bakteria yang terdapat pada kurap dan sopak juga turut boleh dijumpai dalam air panas terutama air yang panas terjemur pada pancaran matahari (air musyammas). Kerap meminum atau menggunakan air musyammas untuk mencuci pakaian atau tubuh juga adalah punca terjadinya kurap sekiranya air tersebut tidak dikeringkan dalam tempoh yang lama. Begitu juga keadaannya sekiranya seseorang itu memakai pakaian yang belum kering air musyammasnya.

Bakteria kurap mudah dijumpai dalam air yang terjemur 
Kulit yang mudah dijangkiti kuman disebabkan oleh struktur asal kulit itu lemah tenaganya. Sebenarnya kulit mempunyai tenaga dan kekuatan untuk mengawal jangkitan. Tenaga kulit menjadi lemah apabila diganggu oleh karakter negatif yang mempengaruhi kesihatan kulit.

Kesihatan kulit dikawal oleh keadaan hempedu. Hempedu mengawal karektor memendam sesuatu. Biasanya perasaan marah yang dipendam akan menyebabkan hempedu mudah lemah seterusnya melemahkan kulit. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit  untuk memahami pengaruh karektor terhadap sesuatu organ.
Selagi seseorang itu masih lagi menyimpan dendam atau selalu bersikap marah di dalam hati, maka selagi itulah penyakit kulitnya agak sukar dirawat. Penyakit kulit ini bukan sekadar kurap, malah merangkumi hampir kesemua jenis penyakit kulit secara umumnya.

Antara sikap suka marah dalam hati atau marah yang tidak sampai kepada orang yang dimarahi ialah seperti marah pemandu lain ketika di dalam kenderaan sendiri. Ketika itu marah yang diluahkan tidak didengari oleh pemandu yang dimarahi. Sebaliknya penumpang lain di dalam kenderaan sendiri itu yang merasa ketakutan. Keadaan ini adalah antara punca gangguan karektor yang tidak disedari dan meninggalkan kesan kesihatan terhadap kulit sekurang-kurangnya jerawat yang sukar sembuh.

Kurap pada peringkat awal boleh dikenali dengan melalui rupa ruam yang berbentuk bulat atau cincin. Pada peringkat yang kronik ia boleh membengkak, berkudis atau gatal bernanah.

_done copies_ :P

hah!  sikap suka marah mmbuatkan kurap naek?  eh . bile masa saya dalam kondisi sedang atau marah seseorang ....  aku tapaham lah! haha . baru cerita pasal saya tak suka p klinik sebab x suka makan ubat . hurm , walauapepun saya kene pergi klinik segera jgak.  ish. geli dan meremang tengok image kurap. fuuuuu~  


p/s : hope me get well soon . dan dapat kembali kulit yang sihat dan mulus . cewah . aminn :)