: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-
Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

Taking Things for granted

Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:

1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.

Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.

Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.


2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.

Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri. Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.

3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.

Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.

Kata bijak pandai ‘apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita’.


never take wealth for granted
never take friend for granted
never take love for granted
never take life for granted



saya: "awak, apa yang awak faham dengan take things for granted?''

rahimah: "em, ye mcm apabila kita buat sesuatu perkara itu ikut dan je (sambil lewa). seperti contoh, kalau dalam kerja apabila kita sudah begitu kerja nya. kita buat gitu je. xnak capai matlamat hidup yang lain untuk majukan diri."

Betul lah tu kan. kita sering tidak mengambil mudah mengenai beberapa perkara  dan bila kita dilanda problem baru kita mula memikirkan jalan keluar kepada masalah secara kreatif. 

Kesimpulannya kita tidak boleh mengambil sikap endah tak endah terhadap hidup dan kehidupan. Mesti selalu peduli kepada masalah kecil sebelum ianya menjadi besar dan tidak terkawal.  Segera mencari penyelesaian terhadap masalah walau sekecil mana pun. Hidup dengan mengukur keupayaan diri sendiri, jangan ikut-ikutan orang lain yang hidup mewah dan bergaya. Gunakan pemikiran kreatif anda yang tersimpan begitu lama dan menunggu untuk digunakan bagi memperbaiki diri dan kehidupan. 

never!

kalau selepas SPM, kite sering dilema nak masuk STAM Ke STPM Ke IPTA ke IPTS. 
Kalau selepas belajar pulak, kita keliru nak kerja kerajaan ke swasta ke sendiri.

Jangan pening2. Jangan kecil hati dengan orang. Jangan biarkan rasa kecil hati kita lebih tinggi dari rasa sayang kita kepada orang contoh mak ayah. peluk mereka kuat-kuat kalau mereka marah.  dan i love u. muahh.. hehe. buang tebiat ke ape bdk ni.

ada impian tetapkan matlamat dan stay focused.  rezeki Allah luas tanpa had sempadan . Ia juga tidak bergantung kepada mana-mana sektor. Yang penting jangan lupa doa dan tetaplah letak harapan dan pergantungan kepada Allah. 

p/s: saya pun x terbayang lagi di masa hadapan saya mau jadi apa. hehe.  isteri orang dan omma je ok x? hehe. tapi saya kurang sikit kerja-kerja dapur ni. mohon si suami rajin sama ke dapur ya. baru best dan ceria ... yay

Thursday, February 28, 2013

XOXO. PUBLISH .... :P

whoaah
sudah banyak hari terlalu desperate untuk update blog ni
rasa macam lama giler tidak ber-blog di sini
bukannya tidak ada internet di kolej.
cumanya
saya bizi membuat belog utk blog um navy tu 

namun,
hati saya sangat meronta-ronta untuk kembali menulis di blog sendiri.
walaupun templet & lain-lain widget blog saya buruk 
dan x menarik pun

LIFE
life is as always. 
Busy as a bee

Friday, January 18, 2013

Tamat sem 3 !!


 sebab saya sudah ada belog sendiri kan.
saya nak kepoh gak la kan exam saya da habis.
sebelum ni saya lah budak yang paling pendiam dalam kelas.

Yahuuuu !

tajuk paling best lam dunia
saat2 bahagia bila abis exam

alhamdulillah.

walaupun dalam exam hall tadi
sungguh terkial-kial kan diri
soalan begitu susah, 
kenapa ya

kalau ada buku ngan formula pun.
belum tentu dapat full mark kan.
tapi daku tetap bahagia sgt 
hari ni kita bleh enjoyyy
bleh kuar pi sana sini dgn hepi.
sememgnya statistik sungguh
mempesonakan dan teruja sgt

hopefully...dapat result better sem ni !!
Amin!!!



sudah berusaha silalah bertawakal. 
Jangan terus lupa hendak berdoa pada Allah. 
Jangan hanya bergantung kepada nasib semata-mata. 
Pasti ada hasil lumayan yang menanti berkat usaha+ tawakal kita tu
Doa itu penting. lagi penting doa keberkatan ibubapa.
Jangan lupa untuk terus berdoa.

haih. nak open cerita sedih sekejap.
namun saya tak ceria macam kawan-kawan semua. 
saya stress.
tapi saya tak sedih sebab ini adalah pilihan saya sendiri.
lepas abis exam ni ada latihan ketenteraan.

KDSI TU..
tempat kerja 'abang' kawan saya.
ngenge.
nak kenal-kenal boleh dak?
:P

lepas kem baru dapat balik rumah.

aiyoo

pastu da bukak sem 4
pastu da stat belajar 
life is so short but make it simple & nice
with LOVE .

.......sekian shaja......


scandal?
eh xla ,,


P/s: dapat bayangan da, bila tengok dahi nanti da macam bendera Terengganu dah. Betapa tragisnya sunburn taw korang.  

~KDSI . SAYA DATANG~

Wednesday, January 2, 2013

Fenomena Tahun Baru

macam-macam la FB ni~
kreatif btol mark zujeebek ye ..

Hati-hati jangan terpijak poop! hahaha .



tahun baru dimulai dengan fenomena :poop: ..... ~adeshh~
Like ·  ·  · 4 hours ago near Kuala Lumpur · 

adeh . lagu taik pun ade . Malaysian mmg osem .

namun 



Hari ini,
tahi pun dibuat menjadi comel di alam maya,
dan ramai menggunakannya tanpa rasa jijik.

Begitulah dosa,
dihiaskan dengan pelbagai warna dan rupa,
dan ramai berlumba-lumba melakukannya tanpa rasa itu berdosa.

Dalam beberapa buku motivasi saya,
saya ada sentuh bab dosa ibarat najis.
Apakah kita apabila tangan kita punya najis, kita akan rasa berbangga dan akan pergi mempamerkannya atau bersalaman dengan orang lain dalam keadaan belum mencucinya?
Semestinya tidak.

Begitulah sepatutnya kita dengan dosa. Kita rasa jijik melakukan dosa. Rasa segera hendak mencuci dosa itu apabila terlakukannya.

Namun hari ini,
najis dihiasi,
dan kita menggunakannya tanpa rasa jijik.

"Alah, ikon facebook aja. Seronok-seronok."

Sedikit demi sedikit,
kita ditarik.

Sedangkan Rasulullah SAW ada bersabda:
“Sebahagian dari baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat buat dirinya.” Hadis Riwayat Ahmad, no. 1737 dan At-Tirmidzi no 2317, 2718.




maafkan saya Allah
T^T