*sharing pengalaman *
muqaddimah ,, org kata xkenal maka tak cinta . :DD
TEMPAT : Baitul Hilal, balai cerapan di Km9.6, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson .
HARI : Rabu ,28 september 2011
- kami gerak pkul2.05 minit .. sampy 2jam lpas itu kowt .
- senior kata , base tempoh melihat anak bulan iaitu sekitar 7 malam ke atas (lepas asar sblom maghrib ) ,, akan tetapi senior kami tahun 3 perlu membuat persiapan lebih awal. (kebetulan mereka ada klas ) .
- teropong pn dipasang ... setiap teropong ada nama ye. tp apatah name teropong ni . blom cuba nak ingat ..
Sebelum cerapan anak bulan di buat terlebih dahulu di jalankan cerapan matahari terbenam,ini bagi menentukan bearing matahari terbenam kowt . mmg agak penin ....
hm .gitu lah ..
info org dapat drpd prof ::
- Dua perkara utama yg perlu dilaksanakan tuk melihat anak bulan iaitu ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung bulan ke matahari tidak kurang tiga darjah.
- Anak bulan dilihat bukan sahaja bagi menentukan tarikh Ramadan, Syawal dan Zulhijjah ttpi dilakukan setiap bulan bagi menentukan ketepatan kiraan bulan dlm kalendar Islam .
Selain perlukan kesabaran yg mantap , proses cerapan mmg memakan masa agak lama serta memerlukan penelitian sebab kita perlu meninjau sesuatu yang cukup sukar untuk dilihat .
okeh . xcited sngt ble dpt tngok ngn mate kasar sndri ...seblom nie juz dengor pengumuman dlm brite je kan .
see '' raa '' . senior hilmi ckp ye bentuk raa ditepi kanan sbb matahari terbenam berada ditepi sblm 2 . kalu bentuk 'u' means matahri berada dibwh anak bulan .. ( kalu silap kefahaman sori , saya bdak tahun 1 ) . btolkn ye
okkeh. anak bulan mula muncul jam7.08 mlm .. dan hilang jam 7.48mlm. oleh itu, no more open house ~ salam zulkaedah . :)
tamatt ..:) nak lagi!!!
No comments:
Post a Comment