: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Friday, January 18, 2013

Tamat sem 3 !!


 sebab saya sudah ada belog sendiri kan.
saya nak kepoh gak la kan exam saya da habis.
sebelum ni saya lah budak yang paling pendiam dalam kelas.

Yahuuuu !

tajuk paling best lam dunia
saat2 bahagia bila abis exam

alhamdulillah.

walaupun dalam exam hall tadi
sungguh terkial-kial kan diri
soalan begitu susah, 
kenapa ya

kalau ada buku ngan formula pun.
belum tentu dapat full mark kan.
tapi daku tetap bahagia sgt 
hari ni kita bleh enjoyyy
bleh kuar pi sana sini dgn hepi.
sememgnya statistik sungguh
mempesonakan dan teruja sgt

hopefully...dapat result better sem ni !!
Amin!!!



sudah berusaha silalah bertawakal. 
Jangan terus lupa hendak berdoa pada Allah. 
Jangan hanya bergantung kepada nasib semata-mata. 
Pasti ada hasil lumayan yang menanti berkat usaha+ tawakal kita tu
Doa itu penting. lagi penting doa keberkatan ibubapa.
Jangan lupa untuk terus berdoa.

haih. nak open cerita sedih sekejap.
namun saya tak ceria macam kawan-kawan semua. 
saya stress.
tapi saya tak sedih sebab ini adalah pilihan saya sendiri.
lepas abis exam ni ada latihan ketenteraan.

KDSI TU..
tempat kerja 'abang' kawan saya.
ngenge.
nak kenal-kenal boleh dak?
:P

lepas kem baru dapat balik rumah.

aiyoo

pastu da bukak sem 4
pastu da stat belajar 
life is so short but make it simple & nice
with LOVE .

.......sekian shaja......


scandal?
eh xla ,,


P/s: dapat bayangan da, bila tengok dahi nanti da macam bendera Terengganu dah. Betapa tragisnya sunburn taw korang.  

~KDSI . SAYA DATANG~

Thursday, January 17, 2013

Kawang ke kawan? :P


< ASSALAMUALAIKUM >
Recall .. recall .. recall

Alhamdulillah, sempat saya mendengar  tazkirah pagi di IKIM. 
Topik pada hari ini adalah mengenai sahabat. dan tujuannya bersahabat. 
Pastilah kan setiap orang punyai sahabat.
  Memang pun.  

dan Kebanyakan orang pun ada berkata mampu untuk berhidup tanpa sahabat.  
Tapi ye , cuma bayangkan ye kalau hari-hari hidup kita ...

'Forever Alone' 

( takpelah Allah ada kan) 

ni gambaq orang frust xde kawan borak-borak . erk .
^^

hehe. tetiba saya pun terfikir kenapa ya saya suka berkawan dengan kawan-kawan saya ni. Ni dia nama-nama kawan yang sangat memberi kepentingan kepada kitew . Ini salah satu sebab jahatnya   :) :
1) k syahida - motorbike
2) odie aka redza - saga ( pssst : tadi saya naik saga p exam thai :P )
3) sabiha - viva
4) harlina - beger free ( tp xpenah dapat pun :'( )
5) dll lagi ada kepentingan nnti saya fikir-fikir lagi.  :P


_Kesimpulan daripada topik pagi tadi_

Dalam berkawan dan mencari sahabat, Ada 1 mende yang perlu kita luruskan iaitu hati kita. Kalau kita berkawan, biarlah semata-mata kerana Allah, Orang yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah pun kerana Allah Taala. Suka dan benci pun kerana Allah Taala. Ada sesetengah orang bila berkawan, dia hanya tahu nak cari untung sahaja. Ada kepentingan barulah dia cari kawan dia. Orang seperti ini hanya akan rugi dan akan rugi. Kalau kita asyik harap sesuatu dari persabahatan juga, kita akan naik gila dan sokmo tak puas hati. Last sekali kita akan kutuk dia . 


isssshh kaw nii

TAK BERGUNA!  




Walaupun dalam mood gurauan.  Kata-kata mcm ni andai keluar dari mulut seorang kawan . hati wa sentap kaw taw . Jiwa aku lembut walupun termasuk dalam latihan askar marin.  hehehe. 

- BerdoohLaluh-

Di bumi, terdapat bermacam-macam corak sahabat kita boleh dapati selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi penyayang dan macam-macam deskription lah. Fenomena biasa, kita tengok sahabat yang hanya dekat dengan kita apabila kita mempunyai kuasa atau kekayaan. Tetapi jika sudah tidak mempunyai apa-apa, kita mungkin ditinggalkan begitu sahaja. Namun, ada juga sahabat sejati yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira susah atau senang. Itulah teman yang benar-benar memahami erti persahabatan yang sebenar. Walaupun teman sebegini sukar ditemui,  tetapi setiap manusia boleh berusaha untuk menjadi seorang sahabat sejati.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Tiadalah dua orang yang saling cintamencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya."


Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah ( Bukan nama aku). Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Mereka bersahabat kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Biasanya sampai mati.


Akhir sekali, hayati pepatah Inggeris di bawah:
“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it, you will get nothing but tears!”
makna goglet translet: "Persahabatan adalah bawang. Ia mempunyai banyak lapisan di dalamnya. Menambah rasa untuk hidup anda, tetapi jika anda cuba untuk memotongnya, anda akan mendapat apa-apa tetapi air mata! "      wah3 . sedap pulak ayat googlet translet nieh . haaaaa..
kawan-kawan bintang

kawan-kawan laut

p/s : sayang kawan-kawan noh .

Wednesday, January 16, 2013

Allah is always by your side


p/s: haiyak . sbnrnya da 70% frust da .hampir semua ketas paper saya mcm hape je jawab. belasah je banyak . down gile .   tp sebab mendengar semula lagu ni. Alhamdulillah. get my spirit back.



Everytime you feel like you cannot go on,
You feel so lost,
That your so alone,
All you is see is night,
And darkness all around,
You feel so helpless,
You cant see which way to go,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side.

InsyaAllah you'll find your way.

Everytime you can make one more mistake,
You feel you cant repent,
And that its way too late,
You're so confused, wrong decisions you have made,
Haunt your mind and your heart is full of shame,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,

InsyaAllah you'll find your way.

Turn to Allah,
Has never far away,
Put your trust in Him,
Raise your hands and pray,
OOO Ya Allah,
Guide my steps don't let me go astray,
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way

InsyaAllah you'll find your way.
InsyaAllah we will find the way


Alangkah ruginya anak anak muda yang tidak menggunakan masa mempelajari ilmu ugama dan mengamalkannya dengan ikhlas dan sentiasa mencari jalan yang betul mengikut hukum ALlah. 

istighfar ye banyak2 

~azab taw~

~tidak beramal dengan ilmu~

Sunday, January 13, 2013

From cadet to jr midshipmen


Dalam penat, ada juga seronoknya masuk pasukan PALAPES ni . 

1.kita dapat jumpa kawan2 lain cawangan 

( kalau x saya mungkin bergaul kelompok API JE, hehee. saya x pandai bergaul sangat. 1st step tu susah dowh - poyos kan-   >.<  ) 

2. Dapat pengalaman baru, dapat rasa life sebagai sorg askar . 

so maksud saya kat sini saya sekarang sudah nak hampir faham mcmna life kawan saya yang mengaji di upnm tu.   

STUDENT + ASKAR


memang kene pandai balance.

tapi badan tuff . cubit2 pun keras je .. ' kalau dah tentera, nak muscle je' huh. 
>.<

3. yang penting gaji dapat .so saya dapatlah sara hidup sebagai orang bujang kat UM nie


__________________________________________________________________

Alhamdulillah 
saya sudah jadi junior mid woiii


^_^

orang cakap pangkat kadet adalah pangkat taik cicak

_________________________________________________________________
janganlah hapi sangat . xada pape pun Tentang pangkat ni . saya pun banyak LOPONG lagi.
sy buat pemarasan pun lupa-lupa n blur pula tadi . huh. tapi jangan buat selalu , perlu motivasi & mantapkan kemahiran lagi tu.
_________________________________________________________________

izinkan saya bercerita   :p

secara rasminya, 12 januari 2013,  seramai 13 sahabat

 seintake saya, yanti, aizat, syafiqa, maisarah, ruhaiza, nazri, nazirah, azlia, haziena, ayu, 

amira, hamimah , sesame telah dinaikkan pangkat 

sebagai pegawai kadet kanan. Majlis Pemakaian Pangkat telah 

disempurnakan  oleh Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kapten Jamal bin Nuruddin,  

PSSTLDM


  ( الحمد لله )

__________________________________________________________________________

Dalam hari ini, banyaklah nasihat dan kata-kata semangat yang telah dishare oleh subby2 n senior2 kepada kami. trima kasih banyak2 tuan/puan.
Namun, 

pada pendapat saya, tegas bukan bermaksud berkeras. Tapi ia ada banyak cara untuk expresikan sikap tegas. saya cakap ini sebab mungkin saya lebih kenal diri saya, saya ini lembut ( hahahha! ) tapi ada masanya saya ttp masih mmpunyai sifat2 seperti marah , tegas , ego , sombong . Itulah sifat manusia biasa. nobody is perfect.

ok. saya nak share kata-kata ustazah saya :

" Dalam kelembutan ada ketegasan, dalam ketegasan ada pendirian, dalam pendirian ada keteguhan "

setiap orang dilahirkan dengan perangai yang berbeza, kelebihan yang berbeza juga cara kepimpinan yang mungkin berbeza. 


macam2 sifat tegas dalam diri manusia ni:

 Ada orang gunakan kekerasan secara mutlak untuk buktikan yang dia adalah seorang yang tegas. Jenis macam ni tidak pernah beri muka pada orang lain dan kononnya berprinsip.

 Ada orang gunakan kelembutan untuk expresikan sikap tegas. Selalunya banyak menggunakan bahasa sarkastik secara halus dan terkadang bahasanya sarkastik tahap kasar yang disampaikan dalam cara lembut.

Ada orang dia tidak mampu tegas langsung dan hanya menurut hingga akhirnya nanti dia sendiri tertekan dengan pilihan yang dia buat. Pilihan yang tidak mampu bertegas. Bertegas dengan prinsip dan sebagainya. Orang macam ni selalu bercakap belakang dan merungut. Bila masalah terkumpul dan dah bertimbun, masa tu baru nak meletup dan ungkit sejarah lama balik.

Ada orang cuba buktikan yang dia tegas dengan tidak senyum dan nampakkan diri dia garang. Orang macam ni selalunya akan tertekan dengan diri sendiri juga akan mengakibatkan orang ramai akan pulaukan dia. Masa tu dia akan jadi kesepian dalam menghadapi dugaan .( kesian dengan orang macam ini kan) 

Ada orang suka bercakap tegas mcm betol dia tegas tetapi sebenarnya 'keras lidah dari tulang'. Mulutnya saja yang membebel tetapi tindakan dia langsung tidak tegas. Orang macam ni kita panggil sebagai 'cakap tak serupa bikin'.

Ada orang tidak bercakap, tetapi menunjukkan hasil kerja yang membuktikan dia ada prinsip dan tegas dengan prinsip. Orang macam ni kita panggil 'diam diam ubi berisi'. Kalau dia seorang penggali kubur, maka cangkulnya tidak pernah karat kerana sering saja digunakan.

wallahu'alam. 

Maafkan kita kalau salah tapi .....
ini adalah penilaian mata kita terhadap manusia " tegas"  sepanjang saya hidup selama hampir 21 tahun . alhamdulillah. ALLAH panjangkan usia .


~hai kawan2 intake 12~
Tiada makhluk hebat selain Malaikat. Tiada yang berkuasa melainkan ALLAH taala. Terasa ujian hidup semakin mematangkan diri ( heheehe, smoga intake 12 juga lebih matang)  .Biarpun ujian hebat mendatang namun berharap dapat dilalui dengan tabah dan sabar.yakin akan janji Allah. Biarkan orang nampak kita tabah ..tersenyum sepanjang melaluinya. tapi be serius .  Kadang-kadang rasa perjalanan ini, payah untuk kita lalui tapi percayalah, sesusah dan mencabar mana perjalanan hidup ini tetap kita perlu tempuhi, kita akan dapat merasai kemanisannya bila kita terokainya dengan rasa nikmat dan bersyukur pada DIA. Sabar dan tabah kunci kekuatan untuk terus melangkah.

Perlu sedar. Diorang juga manusia. Sama seperti kita. Tiada apa yang membezakan kita dan diorang. Aku juga punya mata. Diorang juga ada telinga. Aku ada kaki dan tangan jua. Aku juga student. Allah tidak memandang darjat dan pangkat kita di dunia. Allah tak kira itu semua. Sebaik-baik insan di sisi Allah ialah insan yang bertakwa. kita bukan hidup di zaman jahiliah, kita bukan berhidup sepenuh masa sebagai tentera. tapi kita masuk sebagai sukarela (PALAPES). Nak keluar baris esok pun boleh je.

DATANGNYA TAK DIUNDANG PULANGNYA TAK DIJEMPUT


namun walaupun kita reserve. kite kena pegang pada motif sendiri. Saya berharap sangat dapat balancekan life dan layan orang sama-rata. Pabila latihan lain cerita . Ok . ^^


jangan kata orang berpangkat besar je marah bila tak dimuliakan akan pangkat mereka, ,  mereka pun sama, even mereka pangkat kecik,  juga mahu dihormati selayaknya sebagai manusia. Jaga maruah kita bersama-sama. Ketegasan biar bertempat. Kalau dalam latihan tentera lelagi dalam KD/ markas lain kisahnya. mmg macam nak mati kene hell & punishment selalu.  kannnnn!!!  >.< 


p/s: congrate to Intake 12 (Bahtera satria) a.k.a Junior Midshipmen!!

Friday, January 11, 2013

Awak Pandai, Saya Pandai

Kes 1 :

Golongan yang didoakan malaikat : 

Orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia 



Untung jadi seorang cikgu. dan beruntung juga kalau kawan-kawan awak suka mintak awak ajar 
( kira awak macam mentor dia kan ) - Tunjuk ajarku sifu -  disamping kita boleh mengumpul pahala mumkin malah ilmu yang kita belajar itu pun telah kita manfaatkan. Dalam masa yang sama, apabila kite telah berjaya memahamkan kawan kita itu bermakna kita juga telah faham mengenai tajuk tersebut. Alhamdulillah. Tapi jangan riak taw. Allah tak suka . sudah cukup cukup cukup dengan riak kaw, bisik macam ini dalam hati awak tu. 


Allah memang angkat orang yang menjaga dan 
memelihara Ilmu. Nabi pon cakap “Jadilah orang yang 
mengajar ilmu, belajar, pendengar ilmu dan pencinta ilmu. Janganlah jadi golongan kelima. Nescaya celakalah. Agak-agakla... kita dari golongan 1,2,3,4 ke???????? 5?


Kenapa jangan menjadi golongan kelima? 
kat sini saya nak share dulu bagaimana golongan 1-4 

GOLONGAN 1 : orang berilmu

GOLONGAN 2 : orang yang tidak berilmu tetapi pergi menuntut ilmu

GOLONGAN 3 : hanya mendengar di majlis Ilmu

GOLONGAN 4 : cintakan ilmu tetapi tidak berpeluang masuk kelompok 1-3 tetapi juga masih mampu mengingatkan orang lain agar tergolong dalam golongan 1-3.

GOLONGAN 5 : orang yang tidak termasuk dalam golongan 1-4 


fikir-fikirkan ya 

_aqid paling wajib fikir_ :P


(hehehe . saya sendiri la act bukan xnak ajar org tapi saya takut apa yang saya ajari tu salah,  erm tapi mama saya cakap, ''kalau takut salah selama-lamanya kita akan kekal dgn kesilapan kita tu, kita perlu ajari kawan kita, bukanlah 'AJAR' sangat cuma belajar bersama-sama kawan agar apa yang kita takuti tu betul sebenarnya . xde yang silap pun . anak mama ni kan memang pandai ...". .. 
hehehe .i like u the most. tenx alot of love mama.  )


Kes 2

Golongan yang didoakan malaikat : 

Orang yang mendoakan saudaranya yang lain tanpa pengetahuannya.

Doa sebegini lebih hampir kepada ikhlas kerana dia tidak mengharapkan sebarang

 kepentingan duniawi. Doanya kerana ukhuwwah di jalan Allah. 





Saya doakan awak.
Awak doakan saya.

Kerana kita bersaudara.
^_^

Doa senjata mukmin..



p/s : ungkapan yang tidak terungkap. saya sayang family, kawan-kawan saya.


Nasihat Berguna


10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA




Tuesday, January 8, 2013

Kisah Hari Isnin

Assalamualaikum . seperti biasa . hari isnin bermulanya episod baru hari-hari. sesiapa yang bekerja haruslah masuk kerja ..sesiapa yang masih bersekolah haruslah bangun awal dan bersiapkan diri ke sekolah. 


...............................................................................................
haha!

apa saya nak cerita sebenarnya

................................................................................

Kembali bersama saya untuk catatan kali ni yang bertajuk 
'Indahnya bila makan FREE'. 
(cewah macam iklan tv) . 

Sebenarnya kisah makan dibelanja ni bukan laaa atas tajaan memana pihak. Nak dapat tajaan mungkin 1 hari nanti kot insyaAllah. 

Sebenarnya ada kisah yang berlaku sehingga terjadinya kisah makan dibelanja ni. Yang bebenornya bukan laaa hebat mane pon. Ini semua atas sedikit (terlalu sedikit ok) kerajinan dalam diri saya yang  masih bersisa untuk bertemu dengan pensyarah . oleh itu, menyebabkan Prof matematik saya sangat terharu taw .

So sebagai balasan (mungkin), kami telah dibelanja oleh insan yang kami sanjung iaitu Prof Sahar. Alhamdulillah rezeki kami tengahari tadi murah (sbb dibelanja kan :P) . Kami telah menjamu selera di kantin Pasum yang terletak di belakang Bangunan Asasi baru, memang kami cukup-cukup balun laaaa.  Memang best rasa dibelanja!!!!

Apa pun terima kasih diucapkan kepada insan baik budi diatas makan FREE tadi. Kerajinan kami yang kecik ini dibalas dengan rezeki yang sangat murah dimasa depan. Amin. Semoga rezeki insan yang telah belanja kami tadi dimurahkan lagi insyaAllah.

hah! lepas itu kan, hari ini saya memang sangat rajinlah . tepukan kepada diri. ^_^.    saya dengan tekunnya telah stady dari pagi sampai kemalam di library. wacayasamalulahaqid~ 

ok. dipendekkan cerita, belah petang kan. saya dan k syahida dengan niat yang tulus lagi murni berjalan kaki ke fakulti sains. gara-gara date dgn prof hasan. Lama gak kami lepak disana sehinggakan kami pun dibelanja snek wafer & kitkat . hmm dapatlah berehat sebentar . erk! >.< 






Sekian saja entri makan FREE kali ini. Jumpa lagi len kali.

HEHE. prof sahar cakap nak belanja kitorang lagi kat kedai kak ani at pantai dalam. kat mana ye tu. teruja nak tahu. tp malu..kui3


P/S: best kan rasa dibelanja , rasa mahu lompat je . ewah~ 

bak kata pepatah arab:
tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.







Sunday, January 6, 2013

hehe!



Last Minute - Maafkan Aku .

hehe . tetiba saya tersangkut pulak dengan lagu ni.
lirik lagu ye comei.. mood: setia hujung nyawa

>.<
i love u

YOSH






haaah . xpayah nak sentap sangat lah kan ..

godek2 google lah mcm biasa kan .. ;)
meh sni nak share tips2 membina hati bahagia ~

1. Bahagia bermula dari hati , so ..kalau nak bahagia sila bersihkan hati ye.
2. Bersyukur dgn apa yang anda miliki.
3. Sila jangan dengki2 atau cemburu2 .. orang tu x bersalah okkey! :)
4. Sila muhasabah diri sendiri.
5. Jangan terlalu berharap orang lain akan membahagiakan anda.
6. Berdoalah untuk mendapat kebahagian yang dimiliki.
7. Kebahagiaan bukan benda yang kekal. so sila redha .
8. Senyum sokmo! chillZ .




Friday, January 4, 2013

Hospital

ermm . u know wat..

sebenarnya saya paling xsuka p klinik
tapi semalam(3/1/2013) saya p IJN sbb menemani kawan.. ayahnya nak operation. saya doakan segalanya lancar .


ngatkan nak amik gmbar kat depan pintu itu . inilah BUKTI kami mampir ke IJN ni
wahahaahaa.



K.L.I.N.I.K

apatah lagi

H.O.S.P.I.T.A.L

Dua tempat ni memang aku takut nak pergi walaupun aku sakit.


Apa yang aku takut kan??
Entah, aku pun tak tau kenapa aku takut.
Mungkin sebab doktor yang garang dan nampak serius,
Lagi satu aku takut kalau kena bukak baju la, tunjuk itu ini kat doktor 
Pastu aku takut kena inject., 
Pastu aku takut dia cakap "Anda disahkan mengidap penyakit............"   kuang333 ...

dan yang penting ... .
aku tidak suka makan ubat lar .. eeeuw . >.<

saya taw mati itu pasti.. tapi saya x bersedia lah, ehem .

okelah sebenarnya bukan nak cerita pasal Klinik walhal Hospital yang berbau ubat selalu tu .. tetapi saya nak sharing kata-kata/ nasihat yang saya dapat dari ayah kawan saya . ermm, baguslah ayah kawan saya itu..    (sob3, mood sedih xde ayah da)


 umur dan ilmu? Umur adalah anugerah Allah S.W.T kepada  manusia, usia yang panjang tidak memberi erti sekiranya dalam usia yang bertambah tetapi tidak bertambah Ilmu pengetahuannya.Ilmu pengetahuan tidak datang sendiri  (kecuali kepada para nabi dan rasul), ia mesti dituntut dan dipelajari daripada guru yang selayaknya. Umur yang tua namun punya ilmu yang mantap! masyaAllah. mungkin ilmunya selama ini diberkati. 

Ilmu dan air, dua perkara yang diturunkan oleh Allah S.W.T .Ilmu diturunkan melalui wahyu bagi menyuburkan hati (roh) manusia untuk mengesakan Allah S.W.T .
Air diturunkan untuk menghidupkan bumi sebagai sumber rezeki, untuk kepentingan manusia dan makhluk seluruhnya. Tiada bezanya antara manusia dan haiwan jika tidak menguasai ilmu (wahyu) kerana hanya Ilmu wahyu yang boleh memimpin akal dan fikiran , bagi mendekatkan jiwa manusia dengan Allah S.W.T  

niat yang IKHlas .

xkesahlah perbuatan apa sahaja yang kita lakukan, haruslah disertakan dengan niat yang murni lgi suci dan yang penting ikhlas. perbetulkan niat selalu ! ye aQidah! ganbatte ..   dan yang penting. jangan buat sesuatu perkara tu sbb nak menunjuk-nunjuk 

kita nak belajar. belajar ! walaupun kawan xpandang belajar...
mak suruh belajar belajar! walaupun mak xsuruh belajar kita belajar....
lecturer suruh belajar kita belajar! lecturer xsuruh kita belajar pun kita belajar.. 


:)  okeh lah~ 

kesimpulannya. ..

ilmu pengetahuan itu bermanfaat apabila diamal dan dikongsi dengan orang lain. Ia menjadi sedekah paling baik. 


Ya Allah,
Harap-harap tak ada pape lah dan dipermudahkan urusan pembedahan ayah kawan saya itu. dia bakal dibedah pada jam 7.30 pagi . semoga semuanya selamat ,. Amin.

p/s:  4/1/2013- harini bermulanya exam dunia saya . semoga dipermudahkan urusan saya . :)