: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Tuesday, March 19, 2013

Selamat Hari Lahir 22!

~ Assalamualaikum WBT ~ 

Sudah genap 5 hari berusia 22 Tahun baru nak wish untuk diri sendiri.. Bukan apa, saya hendak melihat bagaimana sambutan hari ulang tahun ke-22 tahun saya ini.. Sememangnya ianya tidaklah sehambar semasa ulang tahun sebelum ini. :P 

#2008memories , sambutan ulang tahun yang ke-17 , zaman sekolah . sangat ringkas namun terasa sangat dihargai sebagai seorang perempuan remaja. Apabila dalam tidak sedar saya ada admirer. hmm..  saya dapat coklat dan Jam tangan (simpan lagi jam tangan tersebut ) 

#2009memories , sambutan ulang tahun yang ke-18.  apa yang terjadi masa ini ea?? 

#2010memories , sambutan ulang tahun yang ke-19?

#2011memories , sambutan ulang tahun yang ke-20?

#2012memories , sambutan ulang tahun yang ke-21?  

sangat teruk memori saya . ( itu pasal diwujudkan kembali blog ni sekadar untuk mengingati detik-detik bahagia dalam hidup saya . 

#2013memories , sambutan ulang tahun yang ke-22.  hehe ..   saya diraikan oleh kawan-kawan bahtera satria. walaupun sangat ringkas tapi terima kasih korang. malu sangat taw . >.<

Pada usia saya 20 tahun kakak saya bernikah.
Adakah saya ingin mengikuti jejak langkah kakak saya? 
Oh semestinya tidak.. Apapun saya berjanji pada diri sendiri yang saya akan berkahwin sebelum umur 25 tahun.. 
Oleh itu ayuhlah memaksimumkan masa bujang ku.

tapi walaubagaimana teguhnya perancangan yang saya buat. 
manusia hanya merancang namun 
ALLAH TAALA jua yang menetapkan.

Bercerita tentang ulang tahun ke-22 tahun saya 5 hari lepas, dari segi(Wish), semuanya telah memberikan lafaz ucapan tersebut. Dari Keluarga, Kawan-Kawan Rapat dan Kawan-Kawan lama itupun di FB , hek! Terharu bila kawan-kawan lama yang dah setahun tak berhubung wish ulang tahun aku.. Mereka muncul bila tiba hari jadi aku je.. Memang terharu.. Terima Kasih yek pd FB kerana sudi menyimpan tarikh besday saya dalam memory kamuo .. terkenang semula detik-detik dahulu semua friends aku wish thru sms rasa terharu pun iye. aku sukala dlu simpan mcm-mcm mesej-mesej sweet.

Kawan-Kawan rapat ada yang wish, ada juga yang tidak
Takpelah, mereka segan agaknya. 
Ditambah dengan sifat aku yang jarang wish hari 
jadi orang even di FB yang tidak keluar 1 sen pun, 
oleh itu tak perlu sentimental sangat 
kalau orang tak wish hari jadi engkau ok aqid.. 
Orang pertama yang wish adalah rumet aku dulu, 
effa syarina . love sw4-15~ 
hmmmm, Ex aku lagi r tidak wish langsung 
( HAHAHA . ayat tipu , saya bersih dri skandal ok. :D )
shhh, calon suami saya baru je wish kelmarin. 
sedih!  
:P

Dari segi hadiah pula, bohonglah saya tak mengharapkannya. Alhamdulilah, tahun ini saya dapat 3 hadiah. 

dari maisarah
dari che mie, jubah weh .. :D
dari masulah aisyah 
Oh Terima Kasih ye awak-awak.. haha

Keluarga pula mungkin akan berikan kek hari jadi yang menjadi kewajipan mereka sepanjang tahun. Oh terima kasih . Bulan 3 je ada 3 orang yang perlu disambut besdaynya.

1. saya
2. adik lelaki
3. anak buah 1

Selain itu, sepanjang tempoh ulang tahun aku, 
aku tiada buat apa yang menarik pun.
Tambahan lagi..
saya demam pada hari kelahiran saya,
saya mengadu kepada mama, mama cakap demam 
mungkin sebab beralih tahun. 
Haha. Comelnya .

Harapan sempena ulang tahun ke-22 ni.. Aku hendak lebih dekatkan diri kepada-Nya, sebab jauh dah lari ni.. Selain tu, dari segi akademik semoga HD pertama aku muncul tahun ini.. Pointer pun naik. Xnak malas-malas , huuu. 

 Untuk PRU-13 pula,,,, ermmm. Undian adalah rahsia saya. 


CATATAN

genap usia aku 22 tahun..bila fikir-fikir balik, dalam 22 tahun tu berapa banyak sumbangan aku pada agama dan terutamanya kepada diri sendiri..dalam tempoh tu berapa banyak maksiat, keburukan dan hati2 manusia yang telah aku sakiti..rasanya melebihi jumlah kebaikan yang aku curahkan..bila fikir-fikir lagi, setiap kali sampai birthday aku, mesti berazam untuk berubah namun hasilnya tetap sama..

tapi kali ni aku berazam untuk laksanakan apa yang aku azamkan sebelum ni..kena selalu call umah walaupon sibuk..xleh nak pendamkan perasaan lagi..xleh nak umpat orang banyak2 lagi..dan yang paling penting, xleh lari dari perjuangan :D

thank you Allah for still giving me life even though lots of sin have been done..guide me always and bless me always..amin!! 

3 comments: