: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Wednesday, August 13, 2014

Taking Things for granted

Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:

1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.

Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.

Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.


2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.

Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri. Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.

3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.

Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.

Kata bijak pandai ‘apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita’.


never take wealth for granted
never take friend for granted
never take love for granted
never take life for granted



saya: "awak, apa yang awak faham dengan take things for granted?''

rahimah: "em, ye mcm apabila kita buat sesuatu perkara itu ikut dan je (sambil lewa). seperti contoh, kalau dalam kerja apabila kita sudah begitu kerja nya. kita buat gitu je. xnak capai matlamat hidup yang lain untuk majukan diri."

Betul lah tu kan. kita sering tidak mengambil mudah mengenai beberapa perkara  dan bila kita dilanda problem baru kita mula memikirkan jalan keluar kepada masalah secara kreatif. 

Kesimpulannya kita tidak boleh mengambil sikap endah tak endah terhadap hidup dan kehidupan. Mesti selalu peduli kepada masalah kecil sebelum ianya menjadi besar dan tidak terkawal.  Segera mencari penyelesaian terhadap masalah walau sekecil mana pun. Hidup dengan mengukur keupayaan diri sendiri, jangan ikut-ikutan orang lain yang hidup mewah dan bergaya. Gunakan pemikiran kreatif anda yang tersimpan begitu lama dan menunggu untuk digunakan bagi memperbaiki diri dan kehidupan. 

never!

kalau selepas SPM, kite sering dilema nak masuk STAM Ke STPM Ke IPTA ke IPTS. 
Kalau selepas belajar pulak, kita keliru nak kerja kerajaan ke swasta ke sendiri.

Jangan pening2. Jangan kecil hati dengan orang. Jangan biarkan rasa kecil hati kita lebih tinggi dari rasa sayang kita kepada orang contoh mak ayah. peluk mereka kuat-kuat kalau mereka marah.  dan i love u. muahh.. hehe. buang tebiat ke ape bdk ni.

ada impian tetapkan matlamat dan stay focused.  rezeki Allah luas tanpa had sempadan . Ia juga tidak bergantung kepada mana-mana sektor. Yang penting jangan lupa doa dan tetaplah letak harapan dan pergantungan kepada Allah. 

p/s: saya pun x terbayang lagi di masa hadapan saya mau jadi apa. hehe.  isteri orang dan omma je ok x? hehe. tapi saya kurang sikit kerja-kerja dapur ni. mohon si suami rajin sama ke dapur ya. baru best dan ceria ... yay

No comments:

Post a Comment