: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Thursday, August 7, 2014

Saya suka awak , I think

Memori tercipta. 

Zaman persekolahan . mungkin itulah yang dinamakan cinta monyet. Saya kenal K sejak dari tingkatan 1 dan kita mula rapat bermula dari tingkatan 4. dan pada ketika itu juga hadir secret admirer yang memuja saya dalam diam. Cewah. ini ayat poyo. F sering memberiku hadiah (( pen, jam, last exam SPM dia memberiku spongebob )) . F pernah meluahkan rasa namun, entah kenapa hanya K juga yang saya pilih dan berani untuk keluar bersama untuk pertama kalinya ditemani oleh kakak. Kesian saya pada F, secret admirer saya itu. Maafkan saya. Namun selepas pertemuan dengan K itu, segalanya senyap. mungkin kita tidak sesuai. Mungkin saya gugup sangat dan agak memboringkan K. Saya tak pernah salahkan sesiapa punca hubungan ini senyap gitu je. Saya pun tak bertanya. Mungkin ketika itu saya fikir pun masih terlalu muda untuk berkasih sayang.  Mungkin ini percaturan Allah dan Allah memberikan saya peluang untuk menjaga hati, memperbaiki diri dan akhlak sehingga hadirnya sesorang yang tepat buat saya bila tiba masanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Saya terus jalani kehidupan saya seperti biasa. 

catatan hati :)

Bagi orang yang mempunyai pilihan jodoh lebih daripada satu, hendak memilih jodoh dengan mengikut hadis Nabi. Pilihlah rupa paras, yang menyenangkan mata memandang dan menyedapkan hati kita mengenangnya. Selalunya kita tengok rupa seseorang itu, untuk melihat dia serasi dengan kita atau tidak.
Iaitu apabila kita melihat dia, hati kita menjadi tenang. Lihat keturunan keluarganya kalau dapat biarlah yang sekufu dan lihat kedudukan kewangannya. Tetapi, yang paling penting dan ditekankan oleh Nabi adalah kalau kita hendak memilih jodoh, lihatlah agamanya. 
(artikel penuh [sini] )





Tahun 2014

Pertama kali A mengetuk dinding mesej fesbukku pada 10 April 2013 dengan menghantar mesej bid apetah. Saya buat tak peduli. Sehingga pada 29 Disember 2013, sekali lagi A menghantar mesej ke inbox fesbuk, soalan pertama yang ditanyakan. " cik dah, hang ada resdung ka?" . apalah pelik lelaki sorang ini. Namun perkenalan yang tidak disangkakan. Dari saat itu, kita mula bermesej dan berkenalan. Dalam tak sedar, hubungan kita semakin rapat walaupun hanya menggunakan fesbuk pada mulanya. Setelah saya yakin dengan A, saya memberinya no telefon saya, kita berSMS, berwasap dan kadangkalanya kita sering berbual melalui telefon. 

1 April 2014

Allah yang memberikan dugaan . Allah jugalah yang memberikan jalan penyelesaian. Awal bulan 4, mama yang disayangi meninggal dunia. Saya sedih dan saya selalu berdoa dan berharap agar saya diberikan ketabahan dan kekuatan hidup untuk menghadapi dunia. Kawan saya mengkagumi saya yang masih ok dan nampak kuat walaupun diberikan dugaan iaitu kematian ibu ayah. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitu pun, disaat saya rasa sendiri, saya tahu bahawa masih banyak yang kasih kepadaku. A juga ada di kala itu memberikan semangat dan doa walaupun dari jauh. A pun banyak tahu tentang diri saya termasuk masalah dan rungutan saya. Saya sering segan sebenornya cerita masalah pada A namun A tidak putus-putus berikan semangat pada saya. Betapa istimewanya A dihati saya biarpun A tidak tahu.

27 April 2014. saya akan bertemu 1st dengan A. berdebarnya rasa. Gugup memang tak payah cakaplah. berpeluh tangan dibuatnya. Gugup atau kata lainnya itu perasaan resah sering kita alami apabila berada dalam situasi yang mencabar ketenangan minda. Tipulah kalau ada manusia yang mengaku tidak pernah mengalami perasaan ini. Namun, saya kena hadapinya dengan terkawal. Saya berpakaian Bju T-shirt biru, kain hitam, tudung hitam. A pula berpakaian hitam. hehe. tetiba rasa serasi pula dah terpakai sama colour ni. Kami keluar untuk ke Pesta buku di PWTC dengan pengetahuan kakak saya juga. Kebetulan juga pada ketika itu, ayah A turun bersama pelajar-pelajarnya. sempatlah saya melihat bakal calon pok mertua saya dari jauh ye. Ihi. Selepas ini, saya juga ingat itu adalah kali terakhir saya keluar bersama A, namun Allah lebih mengetahui. 3x temujanji telah kami ter.. buat . (( A punya istilah ))


"Kalau dia ada ajak untuk berjumpa lagi, maknanya, dia berminat dengan awak.", said anonymous


Saya berharap . ^_^

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan. tapi dia memberi apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita.. Kadang-kadang kita menangis, kecewa,kenapa Allah tak beri apa yang kita nak.. Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan yang lebih terbaik untuk kita. 

Saya tak tahu tetapi Allah tahu. Jika kita berjodoh untuk dipertemukan, biarlah kita berjodoh untuk disatukan. Semoga Allah memberkati kita. 


Untuk kamu yang telah mencuri perhatianku. 




Milik siapakah hati ini ... :')
Banyak pertemuan , pertembungan tanpa disengajakan
Saya ada je terintai awak sebenarnya masa dalam dewan makan.
Saya juga terusha je awk dlm kls fiqh usrah sebenarnya.
kadang kadang saya pun termenanti setiap hari khamis awk lalu lorong untuk ke bs 26 tu.
Ntah saya pun kadang x faham hati saya .
Mengapa dalam banyak-banyak orang yang saya bertemu,
mengapa Allah mentakdirkan mata saya ternampak termenanti kehadiran awk dan sedikit-sedikit menggerakkan hati saya untuk menyukai awak.
mainan syaiton sungguh kan . :')

namun,
Senang rasanya saat awak memanggil "sayang" kepada saya. 
Semoga perasaan ini adalah anugerah Allah untuk saya.

Saya tak berharap. cuma saya meminta awklah yang terakhir dan terbaik untuk saya. Saya banyak kekurangan. Saya harap awak dapat terima seadanya. Saya tak kan mengubah diri awak. awk adalah awak. Awak nampak sempurna dimata saya. Takde satu pun nampak kurang dimata saya. yang kadangkala membuatkan saya resah sendiri.  Saya harap kita ikhlas mengasihi sesama kita.

Dalam kehidupan ini, saya tidak tahu perkara yang akan berlaku terhadap saya pada masa akan datang. Saya bergantung sepenuhnya harapan kepada Allah kerana yang pegang hati kita ialah Allah. 
Semoga ditetapkan hati.


Doa untuk mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah.
'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah' "Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisi-Mu, pasangan yang juga menjadi sahabat kami dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat."


bisik-bisik:  Hal yang mungkin disukai oleh tanganku adalah menggenggam tanganmu.  mau bertaruh x nnti? ^_^

No comments:

Post a Comment