: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Wednesday, November 19, 2014

Outdoor- Silang Pedang

Pengantin : Lt Illey Farhani bt Izani TLDM & Lt Dya Mohd Adi Luqman b Zahari TLDM
Tarikh      : 15 November 2014/ 22 Muharram 1436H
Tempat    : Dewan Datin Sri Banquet Centre


Sabtu lepas, ceq dan 2 kawan lagi, maisarah dan bella 
berkesempatan join sendiri sword barrel..

 sword barrel aka silang pedang, pertama kali saya buat dalam hidupku. klu sblom ni pernah r tgok kat majlis kawan. kli ni bwt sndri. pengalaman baling pedang paling seronok sekali r buat. xpernah tgok dan x pernah taw pn ad.
 saya dan mai, gerak sama-sama dari um- kl sentral-kajang 
dan bertemu bella di ktm kajang dengan menaiki kereta ayah bella. 
Perjalanan kami mengambil masa sejam juga sbb tak tau jalan
 dan bella bawak slow tp bhya. hahahaha. kelako lah.  
walau cmnapun, alhamdulillah, 
selamat sampai ke tempat destinasi pada pukul 11.05 pagi. 
Dewannya agak tersorok n kecil tp oklah.

kami diberikan bilik persalinan sendiri di dalam surau. 
oklah. asal ade tempat melepak dan tukar kan.

surau pn jadilah ea asal ada bilik bersalin. eh
tn Zahin pesan datang dengan perut yang kosong, 
mmg kami ni budak2 yang taat dan patuh. maka , 
mmg kami berdua ( mai n aqidlah terutamanya) dtg dgn perut yang kosong. 
apalagi sementara menunggu 13 lg pemegang pedang datang, 
kami melantak r makan dlu.

ada kambing beb. 
tp nseb bek ceq x bernafsu sgt dengan kambing ni. 
hihu

cup cake ye sedap gile. krim x manis sgt , juz nice . eee sdp lahh

silang pedang akan berlaku pada pukul1.15 petang. sebab kitorg ni bru fresh lg xtaw pape psl majlis ni, so sblom buat kene r ade rehearsal dlu.. mmg menggeletar baq hang lelagi bile nak baling pedang tu, tp seronok beb. .. bila dah buat rasa sekejap je plak.  

flow majlis ea,,
1. bese nye perjalanan majlis tu ade tambo (pancaragam) akan lead pergerakan si pemegang pedang. tadi dlm 16 org. .diorg bwt line up and perform mcm satu kawad dan formasi sblom pengantin naik pelamin..

2. then bile pedang dh silang barulah pengantin lalu and naik pelamin. Tapi sebelum tu lah ada yang baling baling pedang tu. Alhamdulillah performance sy baik n memuaskan. Pedang akan disilang membentuk arch. Pengantin akan melalui red carpet, perlahan-lahan dengan santun, bukan bercatwalk dan pose. Si perajurit memimpin tangan permaisuri hatinya perlahan-lahan, melintasi rakan-rakan seperjuangannya seorang demi seorang.Rakan-rakan mengangkat tinggi pedang, memayungi rakan mereka yg baru berkahwin.Disilangkan pedang... simbolik agar sahabat dan pasangan barunya dilindungi dalam apa jua kejadian mendatang.Silang pedang itu juga menandakan mereka mengalu-alukan si pasangan dalam pasukan. . 

3. diorg akan bg hormat kpd pengantin sblom diorg duduk and then br diorg kuar baris..

macik ni lah yang semangat tanya psl nvy .. eehh ceq napok buncit laa >.<

 moment yg xpatut miss adalah upacara potong kek guna pedang istiadat..
sume sword bearer akan keliling kek 
and junjung pedang diorg sambil melaga lagakn pedang diorg..
pastu pengantin akn potg kek.. 
klu yg ni setawu saya sword bearer kne mkn skli kat mknn beradab. 
tp xde plak td. xpelah. xkesahhh.~ enjoy sgt lahh. 

klu ada rezeki nak try lgi. hihik 
Iolss baru sedar sword bearer dalam bahasa melayu silang pedang. kah. 
Tapi kenapa pedang? x guna tongkat ke parang ke? 
Pedang yang halus runcing, kurus slim dan diperbuat dari besi? 
Kerana tak semua orang mampu ada pedang. 
Saya pun tak mampu ada pedang sendri. 
Aritu pinjam member tn Zahin punya ja. 
PPA dan glove pun dari ehsan beliau jah. 
PPA tu bagi anggota yang telah cukup setahun perkhidmatan baru dapat. 
Ok. Anggota PSSTLDM yang ada pedang sendiri cuma best kadet masa zaman pentauliahan dulu je lah *throwback* ..Pedang ni lambang kekuasaan sejak zaman - berzaman. 
Besi, melambangkan keutuhan.
Keutuhan apakah?
Keutuhan persaudaraan antara mereka, anggota-anggota.

semoga kukuh juga ikatan kau & aku
sincerelylove AA




 oklah. dapat gaji untuk job silang pedang
walupun x banyak tp alhamdulillah
utk saya sendiri
ckupla makan seminggu.
:)


perkahwinan askar>>> Memang suatu istiadat perkahwinan yang penuh honor. ceq sedihla leading Razi x bg gmbr lg. xpe2 . sabar mennti. kalu dpt je gambar sy share sikit deh.. wohoo.

cerita asal mengenai sword bearer dicedok sikit- sikit dari>>> http://makbedthejournal.blogspot.com/2012/12/istiadat-perkahwinan-sword-bearer-dan.html

No comments:

Post a Comment