: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Thursday, November 13, 2014

Berdikari ke ego eh

" eh aqid. berani ea jalan sorg2. ..", .. " hmm nak bwt cne, kita bujang".

sokeh3333333. kene bijak berdikari. kalau tercampak kemana-mana . senang bawak diri. Sy nk jd mcm Mr Traveler, tp kene ada kewangan lebih untuk merantau benua mcm beliau. 

Tapi tahukah anda bila terlalu bijak berdikari maka kekosongan adalah milik sendiri. hmm. btol ckp demok encem tu. kdg sy sokong. Saya bukan pandai berdikari tp kdg sy mcm ego berdiri atas kaki sendri.

“keputusan ditangan aku!” – sepanjang 23 tahun saya berjalan atas tapak kaki sendiri… adakala saya jatuh tersungkur namun saya gagahkan diri berdiri dan berjalan semula tanpa minta dipimpin,  jadi aku nampak seorang yang tabah bukan! tapi sedarkah anda ketika saya tersungkur itu saya sebenarnya tidak berdaya…sememangnya saya memerlukan seseorang untuk memapah… namun sebab saya sudah biasa dengan erti berdikari saya biarkan tangan yang dihulurkan lalu berjalan terdengkut-dengkut… patutkah saya mengeluh…

“sakit” – bab ni memang sadis… entahlah mungkin pertahanan badan saya kuat jadi aku jarang sakit.. setakat pening, selesema kdg batuk. sakit perut yang akan datang melawatku setiap bulan (uzur), demam… tu memang saya tak amik kira… saya tetap buat keje saya,  tapi tahukah anda bila waktu kita sakit sebenarnya kita perlukan perhatian… bukan perhatian umum tapi cukup sekadar ada yang mengambil berat… tahukah anda ketika itu saya memang memerlukan sesiapa sahaja disampingku… tapi saya telah didik hati untuk menanggung segala kesakitan itu sendiri maka jadilah aku begini… adakah aku sedang minta simpati… :(

“masalah” – yup… dalam meniti suratan waktu yang berlalu pelbagai masalah diduga…masalah family, kawan.  adakalanya bila saya inginkan pendapat, pandangan dari orang lain.. tapi masalah aku adalah aku tiada kene mengena dengan orang lain.. jadi aku tanggung sendiri… tapi sedar tak anda ketika masaalah itu melanda bagai tsunami menenggelamkan acheh aku sebenarnya memerlukan pertolongan… tapi aku tak mampu buat begitu kerana berdikari tidak pernah melibatkan orang lain… jadi adakah aku sebenarnya sedang meratap kematian yang tiada bertanda….Allah. sampai satu tahap saya pun fikir mati saja.


Ahhh cukup cukup sudah la tu cerita pasal ni , korang bukan nak amik tahu ponkan ? aku saja je nak cerita dalam blog, sebab aku rase takde tempat nak mengadu nasib , dah rase macam FOREVER ALONE ! hmmmm sedihhkan ? hhm nak buat macam mana nasib badan :) heheh. Tapi takpe , aku bersyukur aku ada adik-beradik lagi , aku bersyukur aku ada tempat tinggal , aku besyukur sebab aku ada kawan kawan , aku bersyukur aku jumpa demok :) hmmm. Walaupon banyak masalah datang dalam hidup aku , aku masih kuat hadapi sebab aku korangkan ade ? ehh ? hahahahah k lahhh dah la tu mengarutt , hmm bye semua bye bye bye bye byeee jumpa lagi kalau hidup , salam :) 

credit to blog>  http://5perenggan.blogspot.com. sgt terinspirasi . inilah karakter saya. sangat menyedihkan . hmm

 Kuatkan semangat! 

Tlg bagi tajuk entry ni

Basmallah
Dalam hidup saya, saya sangat terinspirasi dengan orang2 sekeliling. tak kisah la sesiapa pun yang saya berjumpa. arwah mama dan ayah ke, awak ka, pensyarah ke, Pegawai2 Palapes ka, orang berilmu ka, mak cik cleaner ka, kawan2 ka atau kadet (*eh) dan org yg saya tak pernah jumpa pon, kdg2 memberi inspirasi pada saya. saya juga mahu menjadi inspirasi pada mereka, atau org lain. Mudah mudahan....Doakan.

Begini. taw tak pemikiran kita tertakhluk kepada persekitaran . Persekitaran itu meluas. pergaulan juga dikira persekitaran. Kawan-kawan tu persekitaran. Persekitaran juga sentiasa berubah mengikut perubahan umur kita. Zaman kebudak-budakan saya suka baca komik apabila meningkat remaja saya suka pula bc novel. tetapi bila dah sedikit dewasa ni saya dah tak minat bc apa-apa. hehehe.. mcm tu juga , saya terdapat idea update blog apabila saya mendapat persekitaran baru untuk menulis. Bila tercurah idea n terasa touching ja cepat2 buka blogspot saya dan update. Biarlah bukan ada orang akan bc sgt pun. hihok. Tapi ada sorg tu rajin pantau. biarkan dia . Tehee. .

Persekitaran sekarang ni yang mana sume orang berkejar-kejar hendak cari duit poket. Join MLM tu ini. Join Tone excel, dan kadang -kadang tu sehingga merayu dan mendesak saya untuk join sehingga menerbitkan perasaan simpati padaku. Why bro merayu.. T.T

" aqidah, nak tak naik air asia sama-sama. jomlah join tone excel. blabla bla bla.. byk manfaat. bla bla bla"  :)

ada pula, yang kata pada saya nak bawak makan kenduri lah, jalan-jalanlah, rupanya bawa saya tempat tu untuk perkenalkan produk memasing. heheh. telah terkena 2 kali, score A (zaman asasi pasum) dan Firmax 3 (baru tahun ni).

tenx for d explanation sume tu bro. Saya percaya je sume mende ni boleh bwt income. Saya tak halang kawan-kawan untuk join. tapi bila saya dah menolak cara baik. saya harap korang faham. Seyesly saya tak minat sume ni. nk taw sebab tak:
  1. kLU join tone excel kne rajin topup. aku nak topup sebulan pun kadang-kadang malas. Mungkin aku tak fhm cara, tp berdasarkan apa yang awak xplen inilah salah satu sbb juga.
  2. Jangan ditanya sebb napa tak join, saya tak amik taw mende tu dpt penasihat syariah ke tak. tipu ke tak. Jangan tanya mende lebih2 pada mende yang tak patut ditanya. Benda dalam kelambu tak elok cerita dengan orang awam.
  3. saya tak reti jaga hati downline. Paling mudah saya tak pandai cari downline. Tak reti nak xplen. ahh mcm-mcmlah. Memang. memang korang ada cara dan boleh tunjuk. tapi maaf. saya tak pandai semua tu. Jadi, mengapa benda yang saya tak pandai, tak suka buat pun. saya nak join.
~saya dah tahu kelemahan dan kekuatan saya. Mengapa tidak saya fokus pada kekuatan yang saya ada dan yang saya mahukan. Mengapa saya perlu fokus pada kelemahan saya yang memang sukar untuk diselesaikan.  hahaha. iye. kita berbeza. Sebab tu penciptaan manusia ni unik. Walaubagaimanapun, saya doakan kawan-kawan saya berjaya. :)

+ve nya . mungkin rezeki saya dalam cabang lain. Tp untuk memaksa saya join business korg ni. mmg takla. kalau korg paksa. mmg korang nak rasa tumbukan pada tulang rusuk kiri sehingga bergetar mcmne kann.. hehehe.
________________________________________________________________

aktiviti untuk minggu ni:
~ klas seperti biasa. dapat taw jumaat pula test miqat. smoga berjaya untuk diriku.
~ kalau ada chance, nak pegi KL mega best sbb byk booth dan sale kt KLCC.. *tah aku pun tak tatau kenapa semangat sgt nak p* mgkin sebab stress dan nk amik angin. Lgpun aku mgkin uzur lg. seronok jalan waktu uzur ni.  hihi.


~ ari sabtu join sword bearer. tunggu update pasal pengalaman sword bearer pula ea. I'allah. 
kbai.

 

Tuesday, November 11, 2014

cakap tentang perasaan

suatu hari, tetiba kan ada budak demok encem hulur hadiah pada saya, katanya saya yang pesan.. eh mmg tak romantiklah. saya berdiri depan blok b kolej 5 dan dia masih di atas motor menghulurkan bekas misteri...
  
"nah, hamik. awak kirim kan aritu.. "

seriusly saya macam blur sangat. sebab saya yang saya kenal mmg kalau boleh saya tak reti meminta-minta tp kalau orang nak beri sy hamik. hehehe.. (tp malu k fine)

ok. saya naik bilik dan terasa tak sabar nak buka.. jeng jeng jeng
bila tengok hadiah yang dia bagi tu rasa macam "Ya Allah, sweetnya mamat ni~"
haaa ce teka apa dak demok tu bagi 



##
##
##
##


taraaaa! jam fossil kale cekelat sebab orang dh kasik xleh cerewet kale . ye dakkkk

ini lah 1st hadiah daripada kekanda demok saya
ada pemberian lain tp ini yang spesel limited the 1st punya.
sweetkan dak demok ni kann??
cakap suweet cepat. muahehehe~
dak demok ni bukan sorg yang romantik.. *eh ntah xtaw*
cuma kadang2 dia bole jd suweet
sweet yang sengal~!
tapi saya suka lelaki  mcm ni.. 
@___________@
sekian terima kasih

dan katanya dia juga ada jam yang serupa.
oh! jam kapel ea. ntah bila tah mencari. tak diajak pun
huhu. xsentap pun 
surpriseeeeee~

__________________________________________________________________

ok. kita dah masuk part serius plak . em em emmm.


cara-cara saya bercinta. hehe. mungkin saya tak reti meluahkan tapi saya harap awak faham melalui tingkah laku saya.

1.  Penghargaan
Many many thank to awak sebab sudi berkawan dengan saya. Serius saya bersyukur dapat berkenalan dengan awak sehingga hari ni. Bila tengok je awak si budak gemuk tu buat sy rasa tenang walaupun tengah ada masalah. Awk la antara watak penting juga dalam pentas hidup sy sekarang, awk la arjuna sy and so on :) Saya akan belajar untuk hormat awak dan dgr nasihat awak.kalau saya ada cukup duit. saya akan pinang awak dengan bismillah. #eh, mcm terbalik pulak. :') . tp minta maaf saya kadang cemburu sebab awk msj ppuan lain (kdg dgn yg x kenal plak tu). jiwa rasa pelik.Kadang rasa sentap sorg. benci sgt perasaan mcmni. tapi saya tenangkn hati. saya percaya awk. #pegang dada. Saya kata pada hati, ini cuma sebab business. 

Pernah cemburu
 Tapi tak pernah secemburu itu
kerana pernah suka 
Tapi tak pernah sedalam itu.
:'(


2. Mula belajar luangkan masa
Perasan tak sekarang ni saya banyak cuba untuk meluang masa bersama. sembang bersama sebab saya rasa semakin lega gembira dan rasa dekat dengan awk hari ke hari. rindu pun ada walau tak ckp. Saya akan cuba untuk ikut rentak hidup awak dan akan cuba untuk bersembang perkara yang betul dengan awak. Saya ingin menarik pehatian awk dengan kebijaksanaan yang saya ada. tp rasa mcm tak jadi. Sy slalu rasa malu n jd tah pape je. Pelik je orang tgok. sori kalau saya memalukan orang.


3. Glad awak dah siapkan fyp awk sikit2.
:) tahniah awak. dengan usaha dan paksaan awak berjaya siapkn bab 2. oklah tu kan. Asal ada effordnya, Teruskan cemerlang. Saya doakan kejayaan awk. saya pun tak nak orang kata sebab saya awk main-main dan tak berjaya dalam pendidikan. Kalau dalam business i'allah, saya perhati awak semakin maju dan semoga jadi jutawan beriman yang awak doakan. Walau siapa pun saya di masa akan dtg nnti, saya tetap sokong dan doakan awak yang tidak putus-putus. Kita masih kawan. Hi friend.



Catatan untuk hati>
andai satu hari nanti, kita akan kehilangan orang yg kita sayang. Kembali lah pada Allah. Mengadulah pada Dia. Allah lah tempat kita mengadu rasa sayang & cinta. Pada perkenalan dulu, saya sedar, saya suka dia..tapi saya xboleh nak ckp direct kat die. sbb saya takot saya akan kecewa dan malu. Jadinya, saya mohon pada Allah, saya minta pada Allah semoga Allah adakan jodohku dengan dia. Bila dah bertemu, saya xpernah lupa untuk bersyukur pada Allah. Dan saya juga sentiasa memohon pada Allah. Semoga hubungan antara kami kekal hingga ke gerbang perkahwinan. Walaupun saya sentiasa sedar saya bukan yang terbaik. Saya banyak kurang segala-galanya. Banyak saya kene belajar. .. mcmne pun, Semoga Allah jaga kan dia untuk aku. Sesungguhnya saya mulai manyayangi die dan peliharalah diriku dari rasa kecewa.

(( Rindu.. :( Macamane feelingnya ya majlis pernikahan tanpa adanya kehadiran ibu ayah disisi suatu hari nanti. dahla keluarga pun mcm mula membuang kami adik beradik.. hmm. Majlis pentauliahan tanpa kehadiran family pun dh sedih. Sabar dan tabah ea aqid. ..   Terima kasih Tuhan kerana takdirkan Muhammad Adam hadir dalam hidupku, Allah.  ...................................
Ayah dan mama tetap ada dalam hati saya. Saya harap mama dan ayah juga sukakan pilihan saya ni sekiranya kmi berjodoh. Semoga direstui.))


Tuesday, October 14, 2014

:(

Antara salah satu cara untuk bangkit dari kejatuhan adalah dengan mempercayai bahawa anda LAYAK untuk mencapai sesuatu yang diimpikan.

Believe in all that can be, cause a miracle starts whenever you dream!

I still remember the time when I lost my father and my mother. I was demotivated, lost hope and I thought that time, "Aqidah, that's it. This is the ending of your life and to your all dreams!"

After a  few year, a few month of recovery, Alhamdulillah. I've found my strength back with the help of Almighty and I managed myself to believe "I'll become somebody to myself. An architect to all my dreams, I'll achieve it one by one as how the plan of a skyscraper is sketched and is created."

Dan hari ini, saya merasai impian itu satu persatu, Alhamdulillah. Tidak lain tidak bukan juga, dengan izin Allah. So the key is, do your very best to obey Him. What you give, you'll get back. Walaupun nature kita sebagai hamba tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Believe!

ya allah. jadikan saya hambaMu yang qanaah, sentiasa cukup dengan apa yang saya ada. saya akan berusaha untuk cari duit. sy sedih kadang-kala mengenang nasib hidup kami adik beradik. tp alhamdulillah, kau masih memberikn kami rezekimu

soalan tanpa jawapan. ( jawab dalam hati ja)

* awk ni buat apa lepas habis belajar ni?
dalam kepala mestilah fikir kerja . kalau ada rezeki saya sambung belajar (kalau rajin).  alhamdulillah saya dh pun ditauliahkan sebagai pegawai simpann sukarela. dapatlah income sket2 itupn kalau saya aktif  . .   kalau saya masih xdpt kerja memana, sy apply je kerja-kerja stor then hujung mggu saya nk masuk kemahiran menjahit la, saya mcm nak belajar menjahit je plak. oleh sebab pakaian n makann merupakan keperluan manusia sekarang. nnti kalau sy pndai menjahit da bole r bwt tempahan.  

* dah belajar smpy degree astronomi ni kerja kat angkasa lah ea..?  
err. i'allah kalau ada rezki. sekiranya bukan rezeki saya. saya tak kesah pun untuk kerja apa saja. sebab target saya hanya untuk mengenal dan memahami ilmu. best belajar ilmu cakerawala. kite dpt rasa dekat dengan tuhan. ilmu2 lain pun sama jgak. .  saya ingin menjadi seorang ibu yang berilmu kepada bakal anak2 saya.  

ntah...