: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Friday, January 18, 2013

Tamat sem 3 !!


 sebab saya sudah ada belog sendiri kan.
saya nak kepoh gak la kan exam saya da habis.
sebelum ni saya lah budak yang paling pendiam dalam kelas.

Yahuuuu !

tajuk paling best lam dunia
saat2 bahagia bila abis exam

alhamdulillah.

walaupun dalam exam hall tadi
sungguh terkial-kial kan diri
soalan begitu susah, 
kenapa ya

kalau ada buku ngan formula pun.
belum tentu dapat full mark kan.
tapi daku tetap bahagia sgt 
hari ni kita bleh enjoyyy
bleh kuar pi sana sini dgn hepi.
sememgnya statistik sungguh
mempesonakan dan teruja sgt

hopefully...dapat result better sem ni !!
Amin!!!



sudah berusaha silalah bertawakal. 
Jangan terus lupa hendak berdoa pada Allah. 
Jangan hanya bergantung kepada nasib semata-mata. 
Pasti ada hasil lumayan yang menanti berkat usaha+ tawakal kita tu
Doa itu penting. lagi penting doa keberkatan ibubapa.
Jangan lupa untuk terus berdoa.

haih. nak open cerita sedih sekejap.
namun saya tak ceria macam kawan-kawan semua. 
saya stress.
tapi saya tak sedih sebab ini adalah pilihan saya sendiri.
lepas abis exam ni ada latihan ketenteraan.

KDSI TU..
tempat kerja 'abang' kawan saya.
ngenge.
nak kenal-kenal boleh dak?
:P

lepas kem baru dapat balik rumah.

aiyoo

pastu da bukak sem 4
pastu da stat belajar 
life is so short but make it simple & nice
with LOVE .

.......sekian shaja......


scandal?
eh xla ,,


P/s: dapat bayangan da, bila tengok dahi nanti da macam bendera Terengganu dah. Betapa tragisnya sunburn taw korang.  

~KDSI . SAYA DATANG~

Thursday, January 17, 2013

Kawang ke kawan? :P


< ASSALAMUALAIKUM >
Recall .. recall .. recall

Alhamdulillah, sempat saya mendengar  tazkirah pagi di IKIM. 
Topik pada hari ini adalah mengenai sahabat. dan tujuannya bersahabat. 
Pastilah kan setiap orang punyai sahabat.
  Memang pun.  

dan Kebanyakan orang pun ada berkata mampu untuk berhidup tanpa sahabat.  
Tapi ye , cuma bayangkan ye kalau hari-hari hidup kita ...

'Forever Alone' 

( takpelah Allah ada kan) 

ni gambaq orang frust xde kawan borak-borak . erk .
^^

hehe. tetiba saya pun terfikir kenapa ya saya suka berkawan dengan kawan-kawan saya ni. Ni dia nama-nama kawan yang sangat memberi kepentingan kepada kitew . Ini salah satu sebab jahatnya   :) :
1) k syahida - motorbike
2) odie aka redza - saga ( pssst : tadi saya naik saga p exam thai :P )
3) sabiha - viva
4) harlina - beger free ( tp xpenah dapat pun :'( )
5) dll lagi ada kepentingan nnti saya fikir-fikir lagi.  :P


_Kesimpulan daripada topik pagi tadi_

Dalam berkawan dan mencari sahabat, Ada 1 mende yang perlu kita luruskan iaitu hati kita. Kalau kita berkawan, biarlah semata-mata kerana Allah, Orang yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah pun kerana Allah Taala. Suka dan benci pun kerana Allah Taala. Ada sesetengah orang bila berkawan, dia hanya tahu nak cari untung sahaja. Ada kepentingan barulah dia cari kawan dia. Orang seperti ini hanya akan rugi dan akan rugi. Kalau kita asyik harap sesuatu dari persabahatan juga, kita akan naik gila dan sokmo tak puas hati. Last sekali kita akan kutuk dia . 


isssshh kaw nii

TAK BERGUNA!  




Walaupun dalam mood gurauan.  Kata-kata mcm ni andai keluar dari mulut seorang kawan . hati wa sentap kaw taw . Jiwa aku lembut walupun termasuk dalam latihan askar marin.  hehehe. 

- BerdoohLaluh-

Di bumi, terdapat bermacam-macam corak sahabat kita boleh dapati selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi penyayang dan macam-macam deskription lah. Fenomena biasa, kita tengok sahabat yang hanya dekat dengan kita apabila kita mempunyai kuasa atau kekayaan. Tetapi jika sudah tidak mempunyai apa-apa, kita mungkin ditinggalkan begitu sahaja. Namun, ada juga sahabat sejati yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira susah atau senang. Itulah teman yang benar-benar memahami erti persahabatan yang sebenar. Walaupun teman sebegini sukar ditemui,  tetapi setiap manusia boleh berusaha untuk menjadi seorang sahabat sejati.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Tiadalah dua orang yang saling cintamencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya."


Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah ( Bukan nama aku). Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Mereka bersahabat kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Biasanya sampai mati.


Akhir sekali, hayati pepatah Inggeris di bawah:
“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it, you will get nothing but tears!”
makna goglet translet: "Persahabatan adalah bawang. Ia mempunyai banyak lapisan di dalamnya. Menambah rasa untuk hidup anda, tetapi jika anda cuba untuk memotongnya, anda akan mendapat apa-apa tetapi air mata! "      wah3 . sedap pulak ayat googlet translet nieh . haaaaa..
kawan-kawan bintang

kawan-kawan laut

p/s : sayang kawan-kawan noh .

Wednesday, January 16, 2013

Allah is always by your side


p/s: haiyak . sbnrnya da 70% frust da .hampir semua ketas paper saya mcm hape je jawab. belasah je banyak . down gile .   tp sebab mendengar semula lagu ni. Alhamdulillah. get my spirit back.



Everytime you feel like you cannot go on,
You feel so lost,
That your so alone,
All you is see is night,
And darkness all around,
You feel so helpless,
You cant see which way to go,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side.

InsyaAllah you'll find your way.

Everytime you can make one more mistake,
You feel you cant repent,
And that its way too late,
You're so confused, wrong decisions you have made,
Haunt your mind and your heart is full of shame,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,

InsyaAllah you'll find your way.

Turn to Allah,
Has never far away,
Put your trust in Him,
Raise your hands and pray,
OOO Ya Allah,
Guide my steps don't let me go astray,
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way

InsyaAllah you'll find your way.
InsyaAllah we will find the way


Alangkah ruginya anak anak muda yang tidak menggunakan masa mempelajari ilmu ugama dan mengamalkannya dengan ikhlas dan sentiasa mencari jalan yang betul mengikut hukum ALlah. 

istighfar ye banyak2 

~azab taw~

~tidak beramal dengan ilmu~

Sunday, January 13, 2013

From cadet to jr midshipmen


Dalam penat, ada juga seronoknya masuk pasukan PALAPES ni . 

1.kita dapat jumpa kawan2 lain cawangan 

( kalau x saya mungkin bergaul kelompok API JE, hehee. saya x pandai bergaul sangat. 1st step tu susah dowh - poyos kan-   >.<  ) 

2. Dapat pengalaman baru, dapat rasa life sebagai sorg askar . 

so maksud saya kat sini saya sekarang sudah nak hampir faham mcmna life kawan saya yang mengaji di upnm tu.   

STUDENT + ASKAR


memang kene pandai balance.

tapi badan tuff . cubit2 pun keras je .. ' kalau dah tentera, nak muscle je' huh. 
>.<

3. yang penting gaji dapat .so saya dapatlah sara hidup sebagai orang bujang kat UM nie


__________________________________________________________________

Alhamdulillah 
saya sudah jadi junior mid woiii


^_^

orang cakap pangkat kadet adalah pangkat taik cicak

_________________________________________________________________
janganlah hapi sangat . xada pape pun Tentang pangkat ni . saya pun banyak LOPONG lagi.
sy buat pemarasan pun lupa-lupa n blur pula tadi . huh. tapi jangan buat selalu , perlu motivasi & mantapkan kemahiran lagi tu.
_________________________________________________________________

izinkan saya bercerita   :p

secara rasminya, 12 januari 2013,  seramai 13 sahabat

 seintake saya, yanti, aizat, syafiqa, maisarah, ruhaiza, nazri, nazirah, azlia, haziena, ayu, 

amira, hamimah , sesame telah dinaikkan pangkat 

sebagai pegawai kadet kanan. Majlis Pemakaian Pangkat telah 

disempurnakan  oleh Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kapten Jamal bin Nuruddin,  

PSSTLDM


  ( الحمد لله )

__________________________________________________________________________

Dalam hari ini, banyaklah nasihat dan kata-kata semangat yang telah dishare oleh subby2 n senior2 kepada kami. trima kasih banyak2 tuan/puan.
Namun, 

pada pendapat saya, tegas bukan bermaksud berkeras. Tapi ia ada banyak cara untuk expresikan sikap tegas. saya cakap ini sebab mungkin saya lebih kenal diri saya, saya ini lembut ( hahahha! ) tapi ada masanya saya ttp masih mmpunyai sifat2 seperti marah , tegas , ego , sombong . Itulah sifat manusia biasa. nobody is perfect.

ok. saya nak share kata-kata ustazah saya :

" Dalam kelembutan ada ketegasan, dalam ketegasan ada pendirian, dalam pendirian ada keteguhan "

setiap orang dilahirkan dengan perangai yang berbeza, kelebihan yang berbeza juga cara kepimpinan yang mungkin berbeza. 


macam2 sifat tegas dalam diri manusia ni:

 Ada orang gunakan kekerasan secara mutlak untuk buktikan yang dia adalah seorang yang tegas. Jenis macam ni tidak pernah beri muka pada orang lain dan kononnya berprinsip.

 Ada orang gunakan kelembutan untuk expresikan sikap tegas. Selalunya banyak menggunakan bahasa sarkastik secara halus dan terkadang bahasanya sarkastik tahap kasar yang disampaikan dalam cara lembut.

Ada orang dia tidak mampu tegas langsung dan hanya menurut hingga akhirnya nanti dia sendiri tertekan dengan pilihan yang dia buat. Pilihan yang tidak mampu bertegas. Bertegas dengan prinsip dan sebagainya. Orang macam ni selalu bercakap belakang dan merungut. Bila masalah terkumpul dan dah bertimbun, masa tu baru nak meletup dan ungkit sejarah lama balik.

Ada orang cuba buktikan yang dia tegas dengan tidak senyum dan nampakkan diri dia garang. Orang macam ni selalunya akan tertekan dengan diri sendiri juga akan mengakibatkan orang ramai akan pulaukan dia. Masa tu dia akan jadi kesepian dalam menghadapi dugaan .( kesian dengan orang macam ini kan) 

Ada orang suka bercakap tegas mcm betol dia tegas tetapi sebenarnya 'keras lidah dari tulang'. Mulutnya saja yang membebel tetapi tindakan dia langsung tidak tegas. Orang macam ni kita panggil sebagai 'cakap tak serupa bikin'.

Ada orang tidak bercakap, tetapi menunjukkan hasil kerja yang membuktikan dia ada prinsip dan tegas dengan prinsip. Orang macam ni kita panggil 'diam diam ubi berisi'. Kalau dia seorang penggali kubur, maka cangkulnya tidak pernah karat kerana sering saja digunakan.

wallahu'alam. 

Maafkan kita kalau salah tapi .....
ini adalah penilaian mata kita terhadap manusia " tegas"  sepanjang saya hidup selama hampir 21 tahun . alhamdulillah. ALLAH panjangkan usia .


~hai kawan2 intake 12~
Tiada makhluk hebat selain Malaikat. Tiada yang berkuasa melainkan ALLAH taala. Terasa ujian hidup semakin mematangkan diri ( heheehe, smoga intake 12 juga lebih matang)  .Biarpun ujian hebat mendatang namun berharap dapat dilalui dengan tabah dan sabar.yakin akan janji Allah. Biarkan orang nampak kita tabah ..tersenyum sepanjang melaluinya. tapi be serius .  Kadang-kadang rasa perjalanan ini, payah untuk kita lalui tapi percayalah, sesusah dan mencabar mana perjalanan hidup ini tetap kita perlu tempuhi, kita akan dapat merasai kemanisannya bila kita terokainya dengan rasa nikmat dan bersyukur pada DIA. Sabar dan tabah kunci kekuatan untuk terus melangkah.

Perlu sedar. Diorang juga manusia. Sama seperti kita. Tiada apa yang membezakan kita dan diorang. Aku juga punya mata. Diorang juga ada telinga. Aku ada kaki dan tangan jua. Aku juga student. Allah tidak memandang darjat dan pangkat kita di dunia. Allah tak kira itu semua. Sebaik-baik insan di sisi Allah ialah insan yang bertakwa. kita bukan hidup di zaman jahiliah, kita bukan berhidup sepenuh masa sebagai tentera. tapi kita masuk sebagai sukarela (PALAPES). Nak keluar baris esok pun boleh je.

DATANGNYA TAK DIUNDANG PULANGNYA TAK DIJEMPUT


namun walaupun kita reserve. kite kena pegang pada motif sendiri. Saya berharap sangat dapat balancekan life dan layan orang sama-rata. Pabila latihan lain cerita . Ok . ^^


jangan kata orang berpangkat besar je marah bila tak dimuliakan akan pangkat mereka, ,  mereka pun sama, even mereka pangkat kecik,  juga mahu dihormati selayaknya sebagai manusia. Jaga maruah kita bersama-sama. Ketegasan biar bertempat. Kalau dalam latihan tentera lelagi dalam KD/ markas lain kisahnya. mmg macam nak mati kene hell & punishment selalu.  kannnnn!!!  >.< 


p/s: congrate to Intake 12 (Bahtera satria) a.k.a Junior Midshipmen!!