: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Saturday, November 16, 2013

Another Wedding day

mcm biasa. interframe jp. hehehe

Setelah bertahun lamanya menyimpul ikatan cinta, menyemai benih sayang, menyulam kasih rindu..akhirnya,


Kahwin dengan kawan sendiri. dengar mcm sweet kan.  

Alhamdulillah akhirnya selesai ijab qabul kawan saya sorang ni. 
Apabila jodoh dah sampai, cepat atau lambat rezeki kita kan. 
Tak rapat mana pun dengan member ni 
( yang lelaki lah. perempuan saya ngam sangat) , 
satu sekolah menengah, satu batch tapi kelas lain-lain. 
tapi yelah masih kenal antara satu sama lain sehingga sekarang. 
hahaha

bashira & acoi
jangan gado gado ye
lot of love

Anak muda remaja yg attend kenduri kahwin ni biasanya tergolong dalam kalangan orang-orang yg eksaited. Kononnya datang nak ambik berkat. Maka saya dan member2 berduyun-duyun datang ke rumah pengantin.  haha.  Alhamdulillah saya sempat melihat akad nikah. aku pulak yang melalak nangis. heh.

Dahla Selebet gua datang majlis orang. wuwuu. dahlah datang-datang td berhadapan dengan crush lama. sedih 5 minit. tpi kita dh ok. profesional. buang yang keruh ambil yang jernih. takde jodoh kan. berpisah tanpa sebab pun.. em. ntahla. mls nk fikir soal hati. setabut. kalau berjodoh sehingga sekarang. saya akan jd kekasih yang setia. i'allah.. dah2 . case close. :)

Lepas selesai lafaz nikah, dia dah rasmi jadi bini orang. dia salam dan cium dahi ayah dia, kita yg tengok scene tu pulak sedih. sobs kawan saya dah lepas dari tanggungjawab ayah dia. kenapa entahlah gua sebak. 

Dalam hati.

Bila pulak turn aku ni...................................... hahahahahaha T_T

Lepas ni kalau saya meroyan nak kahwin, faham-faham jelah ye. ini semua salah bashira!  Ish anak dara mana nak lepaskan peluang. Siap berkepit dan cium dengan pengantin perempuan lagi. Berkat tu yang penting kakaka.




catatan: Allah is the greatest one . For loving me , For giving me people to love and for making me feel loved. :')  Tiada lain yang indah di dunia selain cinta sejati yang dikurniakan tuhan dalam setiap hati lembut manusia.

Bulan Syawal ni bulan disarankan untuk nikah atau kahwin. apa-apa bulan pun elok sebenarnya, tapi nak lagi besar pahala bulan syawal lah lagi elok, inshaa Allah ( ilmu 60 mins bersama ustaz Don kikiki ). Kalau dah mampu, ada calon, eloklah percepatkan majlis. Lagi kita lengahkan lagi syaitan suka kan.

Tuesday, November 5, 2013

Ini lawak! Kenangan. :'(

 Trip Praktikal Astronomi Langkawi.

Best sangat best. Kami pergi Balai cerap Negara Langkawi dan macam-macam tempat la tapi ada satu peristiwa yang menyayat hati dan sangat lucu. xKelakar lah woii .  

Saya ni kategori baik dan rajin la. semangaT tlg pokcik bas munguh barang-barang orang turun dari bas. kawan-kawan perempuan saya yang lain duk sembang kat tepi.  Nak dijadikan cerita, beg saya ilang. tak sedar dalam bas lg ketinggalannya tapi salah saya kot yang tak cek beg saya sendiri sehinggakan bas pun pergi meninggalkan kami dan bawa beg saya sekali.   Pe'ah shock! sedih! dan mcm2 la. . hahahahhahaa .. tak sanggup cite dat feelim. lucu bangat  

nampak x serius masing-masing. ahak

tapi seriusly my pengarah, Izzat sangat cool dan calm. dia byk support saya dri segi mental dat time. aah. saya meme mental gila. sudah rasa seperti ingin pulang je ke Key Ell pun ye.  Dengan kesabaran Izzat dan bantuan Ieylla akhirnya beg saya ditemukan dalam sebuah bas. Alhamdulillah. rasa hepi dan terharu. Tq juga kepada ketua segala pokcik bas ^^.

i'oll malu taw nangis-nangis 
Tak asykar langsung
^_____________^
hepi

okeh. saya tak nangis da

apabila saja dah ketemukan dengan beg saya kembali. Kami straight je ke balai cerap tu balik. Ya Allah, semua orang pun dh taw pasal cerita tragis saya. hahaha. prof Zambri siap perli saya tu.. ISH3. geram! :D takpe. jadikan pengajaran ok aqid kawai. Tq 4 all ur support friendS .. hihik. mental3



catatan: 
La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada.

banyakkan zikir & istighfar- pengarah Izzat



Sunday, August 18, 2013

Esited Majlis kawan

Kalau diberikan peluang saya ingin menjadi tetamu majlis perkahwinan semua rakan yang dikenali. Bukan apa , menghargai , tumpang gembira , Suatu yang bahagia , siapa tak suka? Oh ada , syaiton nirrajim~

Ramai dh kawan-kawan saya yg dh kawin. malaslah nk bwt list ni. dengki macik .. hehhe. saya doakan yang terbaik!

This time is about my friend , collegemate , same age with me . the girl who's just got married yesterday :') Gembira saya tengok awak. serius nih!  The wedding buat dekat rumah abang dia katanya dekat Kuantan



It was a really great moment . alhamdulillah fariha & suami (zulsalami) , saya doa yang terbaik untuk awak berdua. May Allah bless you both always , dapat anak cucu cicit semua heee.  Sy doa jodoh korang sampai ke syurga oh yeah :3 

yg bwh tu suka sgt interframe taw. menyampah! :P

i'm happy for you , WE are happy for you fariha darl~

Friday, May 17, 2013

Peristiwa semalam

semalam saya seronok keluar bersama cosmate saya membeli dan belah di masjid Jamek .
Tanpa disedari, saya telah mendapat 1 mesej .
yang mana bagi saya sangat menyampahkanlah.

1 mesej received:
semua jm trun astaka jam2300 dengan berpakaian PT. 

"adoii, buku aku tak sempat usha lagi, 
sabiha.. sori, 
kite kene balik awal nnt malam puan miya nak jumpa"

nasib baik sahabat saya mengertisemalam....
kami pun pulang dengan kadar yang segera
dalam perjalanan rumetku memberitahu bahawa shbt2 navyku yang lain tidak mahu turun
aku jadi penasaran.
hal ini demikian kerana ,,
dalam masa yang sama aku mendapat mesej dari puan miya perkara yang sama.
aku terus rasa berat dan terbeban.
kenapa puan memilih untuk hntar mesej kepadaku.
sejujurnya aku rasa bertanggungjawab.
hah # mengeluh

dan pada malam itu aku telah menipu....
dua kali...

1st: aku tipu dengan mengurung diri dalam bilik

mengurung diri seperti ini kah? uhuk

2nd: aku tipu aku sedang buat kerja diluar & x bawak nset .

aku rase bedosa menipu...
sebab..???
sebab aku tanak tipu in the 1st place....

tapi.....
tu sume alasan.....
aku tipu sebab aku pilih untuk menipu....

ape salah berkata benar tegakkan kebenaran kan...???
tapi aku mengelak untuk berkata benar...
sebab kebenaran tu menyakitkan.....
sangat menyakitkan .

dan selepas itu, lepas aku perhati semua rumet aku sudah tido.. dan aku menangis .

ketika esakan yang berlagu terus berkumandang tanpa henti
pelbagai kerumitan datang menjengah
tatkala itu ada sebuah hadiah untuk jiwa
kesabaran dan juga sebuah pemberian
dan kita tak pernah tahu.
tatkala itu, pejamkan mata .
bykkan istighfar mengingati Allah. 


#ada beberapa ketika terapi jiwa adalah dengan menangis, menangis, menangis. bukan sebab lemah, tapi itulah caranya meluahkan, menenangkan emosi betapa diri ini memang lemah, hina dan tak berdaya nak buat apa. apa pilihan kita. kita tak pernah tahu . Zikir terapi diri. 

aku bukan cengeng! fullstop!


"dan aku ini hamba kepada Tuhan dan bukan kepada Tuan"