: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Saturday, May 3, 2014

Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan baik?

copied! xoxo. done . sedikit perkongsian rohani.

Bila kita berkawan dengan sesama wanita, kita boleh pegang, boleh tenung, boleh bergurau senda, bertepuk tampar, selagi mana tidak melampaui batas. Apa batasnya: 
1. Aurat. Kena jaga aurat sesama wanita. Paling minima, pusat ke lutut, jangan dedah peha, masa mandi kat kolah asrama tu, jaga aurat. Masa tidur pun, pastikan aurat tak terbuka, eloknya pakai seluar panjang ye.. Jangan memandang dengan nafsu syahwat.
2. Sentuhan, jangan sentuh bahagian aurat dan bahagian yang menaikkan nafsu syahwat. 

Ustazah menuliskan dua point di hadapan kelas. 

"Kita sekarang di zaman Lesbian dan Gay sudah mula diberi pengiktirafan dalam dunia barat. FIlem-filem, bahan media yang menyokong juga dah berlambak dalam internet. Kena jaga dan lebih berhati-hati.." 

Kalau dengan lelaki yang bukan mahram pula, batasnya ialah:
1. Aurat: Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ha~ ni semua dah tahu kan..
2. Sentuhan: Haram menyentuh.
3. Suara: Haram melunakkan suara, sengaja memanjakan suara..
4. Aktiviti bersama tanpa keperluan (Ikhtilat) percampuran bebas dalam permainan, dan sebagainya.
5. Wangian. Tak boleh pakai minyak wangi sehingga boleh terhidu oleh lelaki.

"Ha? habis bedak pun ada pewangi ustazah.. Syampu, sabun.." Seorang pelajar pula memberi komen.

Ustazah masih dengan senyuman manisnya. "Kalau bau bedak/sabun/syampu dan yang seumpamanya tu.. itu kalau duduk dekat-dekat baru bau kan? Sebab tu tak boleh duduk dekat-dekat dengan lelaki. Ha, bagus soalan kamu tu, ustazah tambah lagi satu point.."

6. Jarak. Tak boleh duduk dekat-dekat dengan sengaja.

Kami semua ketawa geli hati. 

Ustazah menyambung lagi: "Ini secara ringkasnya. Jadi, nak belajar bersama-sama, kalau ada keperluan perbincangan dalam kumpulan kena ada Ustazah atau Ustaz yang memantau. Jangan berlebih-lebihan. Seelok-eloknya belajar bersama-sama rakan wanita.. Em, tapi kenapa ye kita rasa lebih seronok nak belajar dengan lelaki bukan mahram? Seronok boleh bergurau senda? Bergelak ketawa bersama-sama? Ha~ dalam Islam, semua benda yang membawa kepada nafsu syahwat itu haram ye sayang.. bahaya.. Sebab itu Allah larang kita mendekati zina.. dan segala pintu-pintunya. Bukan bermakna kita bermusuh dengan lelaki, tapi kita berkawan dengan mereka, menjaga hati mereka, sama-sama ke syurga dengan redhaNya..Batas-batas ini bukanlah kongkongan, tapi ini untuk menjaga lelaki dan wanita agar sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat.."

Semua pelajar hanya mengangguk-anggukkan kepala. FIkiran masing-masing dengan persoalan masing-masing. Lebih senang bertanya secara personal. Ada juga yang bertemu Ustazah selepas kelas untuk bertanya lanjut. Aku hanya terdiam memerhati dalam hingar bingar kelas yang baru ditamatkan.

Em~ kesimpulannya, kalau betul seorang Muslimah ingin berkawan dengan seorang Muslim, mahukan teman yang boleh bermesra, kawan yang boleh diluahkan isi hati, bergurau senda, berkongsi pahit manis, suka dan duka.. kena berkahwin dulu, atas akad yang sah yang menghalalkan segala.. Menyalurkan tuntutan nafsu secara fitrah lagi diredhai-Nya.. kalau tidak, kalau bukan dengan akad pernikahan, maka seorang Muslim dan Muslimah itu kena jagalah batas-batas berkawan dengan lelaki ni ye..^_^


Tq.   kene kuatkan hati dan teguhkan prinsip je sbnrnya. 
"janganlah kamu bercinta dengan wanita itu sekiranya anda tidak ada niat untuk menikahinya."- UAI

Tuesday, April 8, 2014

Sebak

seperti mati kata-kata , tak mampu berbicara ketika menerima panggilan kakak,

"...  idah, mama dh berhenti benafas "....
allahu akhbar.

namun syukur sempat dan berkesempatan melaksanakan tanggungjwb terakhir memandikan jenazah arwah mama.  <tQ shafiqa>

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sgt kita sayang
Kita diberi cubaan dengan kehilangan
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang sangat kita idamkan
Kita terduduk berlinang di saat impian kecundang
Sesungguhnya Dialah pemberi segala kerana segalanya kepunyaanNya
Saat ditarik nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan utk kita sesuatu yang lebih berharga
Bersangka baiklah dengan Allah sentiasa.

keep smile Aqid 

Namun sebak pabila teringat. Smoga keduanya tenang disne. Al fatihah.

19/10/06- khilangan ayah
1/4/14 - khilangan mama


pesanan seseorang :
Ditinggalkan atau meninggalkan pasti mengetirkan. 

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya ... chilllah aqid


kenangan.. xbanyak kenangan dan gambar saya bersama-sama arwah mama, lagi2 bersama arwah ayah . hmm. ralatnya .

Tuesday, March 18, 2014

On a Wedding Party.

akhirnya. selesai sudah majlis persandingan wanita cantik ni.. 

kenapa cakap cmtu? 

yelah dy & pasangan ni telah bernikah sejak kami kadet 1st lg. 
masa tu saya dan dy terlibat dengan fitik tauliah UUM

<Ruhaiza & syed Fareez>

serius best tgok live sword barrel
Ruhaiza <3 syed Fareez

<< Apa Itu Sword Barrel >>

Sword Barrel merupakan satu majlis perkahwinan yang penuh dengan adat dan istiadatnye. Ianye merupakan hari yang indah dan bermakna bagi pasangan mempelai.

Sejarah Sword Barrel berasal dari British dan ianya dilakukan khas untuk meraikan Pegawai-Pegawai Polis dan Tentera yang telah ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu. 


adakah boleh kahwin lalu bawah pedang?

JAWAPAN USTAZ:
"Acara lalu bawah pedang ketika berkahwin tidak haram dilakukan kerana ia bukan amalan agama lain tetapi amalan tentera sahaja dengan syarat jangan diiktiqad didalam hati acara tersebut elok dilakukan. Jika memang ada buat seperti tanda salib maka barulah haram dilakukan."


sy taknak updet banyak pasal perkahwinan
sebab nnti saya pun terasa nak segera kawin lorr

tapi saya doakan semoga perkahwinan awk kekal hingga akhir hayat.

 <3 once my friend, always my friends <3
bridesmaid la kononnya
kami plak yg over amik gambar dan jalan2 melaka. hehek.

thanks a lot for 2 days experiences,,,
sume pakat pi tmpat free sbb xde duit,,but who cares,,
we still can have fun with very little money as long as have very2 good friends like all of u,,
dont ever2 thinking that all of u are alone,,as long as we are still alive,,
selamat pengantin baru my bestie navy & rumet 


ahak ahak ahak. cara gelak baru

catatan: cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi SAW bersabda tidak akan masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai di antara satu sama lain. 0-0 love u mrs navy ..  

Friday, March 14, 2014

saya suka tarikh hari ini!

saya suka dan akan sentiasa mengingati tarikh ini sampai bile-bila. Tq mama sebab melahirkan dan membesarkan saya sehingga sekarang .. # awak tak cantik tp awak comel lah # love mama.

TQ kepada yang memberi dan mengingati. Secara pribadi kalau ada yang memberi saya, saya senang, tapi malu juga sangat ... tapi tak boleh pula menolak rezeki pemberian orang lain,, tapi jangan tanamkan tabiat yang suka meminta-minta. 



saya doakan yang terbaik utk sahabat2 . Mohon doakan saya dan keluarga semoga diberikan umur yang dimanfaatkan dengan ibadat, ditambahkan ilmu yang berguna dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki yang berkat dan dikurniakan ahli keluarga yang soleh dan solehah buat menghantar doa ketika sedang berehat.

Sesiapa yang nak bagi 'barang' lagi, bolehlah bgtw. hari2 saya punya kelahiran..  chessse 



  ^_______________________^