: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Tuesday, April 28, 2015

Bismillah. smoga ada rezeki ya

masih zero earning.  smoga ada bertuahnya  :)


Blog wujud lama dah. tapi hari ini baru berkesempatan nak join nufnang. Mereka berkata dengan blog sahaja pun boleh jana pendapatan.  Oleh itu. saya mahu mencuba (tak dapat banyak sikit jadilah utk sara diri yang masih bujang ni) . Saya sendiri pun takde jaminan boleh dpt duit. Tp kita cbe . lgpn I guess tidak pakai modal pape pn kecuali modal ilmu. 

haha. sebenarnya mmg lme dh nk try nufnang tp sokmo tergendala
takpe. Pandu cermat jiwa selamat

hiks.

Friday, December 26, 2014

Jumaat terakhir 2014. penulisan terakhir 2014 jua

Saya risau. ..

Saya teringat balik pengorbanan mama saya mencari nafkah selepas kematian ayah.
Mama berusaha cari duit dengan hanya menjahit pakaian di kilang kat kedai depan rmh Banting tu.
Penat, gaji pun ciput cukup2 ja makan kami anak beranak tapi mama tak merungut pun.
Pencen mama aritu ade je. kami pun happy je wlu hidup serba sederhana..

Saya kagum dengan mama,
Mama xpernah myusahkan adik beradik dia. cume adik beradik mama selalu menyusahkan mama.
Pinjam duit peninggalan arwah ayah dh lpe nk pulangkn.
Bila mama minta balik, mama yang dihina. sedih sedih tgok.
tapi mama sabar je sehingga lah kematian mama.. :'(

Saya nk kuat. Nak jd seperti mama.
Usaha guna kudrat sendri.
Cari kelebihan diri.

Bila rezeki itu tidak ditakdirkan untuk kita, walau cmna sekalipun takkan jadi hak kita

Harta dunia makin dikejar, makin jauh ia pergi.. usaha je. doa & tawakal. I'allah pasti ada rezeki yg akan berpihak nnti.


rileks je,
bwt lek buat peace





Wednesday, November 19, 2014

Outdoor- Silang Pedang

Pengantin : Lt Illey Farhani bt Izani TLDM & Lt Dya Mohd Adi Luqman b Zahari TLDM
Tarikh      : 15 November 2014/ 22 Muharram 1436H
Tempat    : Dewan Datin Sri Banquet Centre


Sabtu lepas, ceq dan 2 kawan lagi, maisarah dan bella 
berkesempatan join sendiri sword barrel..

 sword barrel aka silang pedang, pertama kali saya buat dalam hidupku. klu sblom ni pernah r tgok kat majlis kawan. kli ni bwt sndri. pengalaman baling pedang paling seronok sekali r buat. xpernah tgok dan x pernah taw pn ad.
 saya dan mai, gerak sama-sama dari um- kl sentral-kajang 
dan bertemu bella di ktm kajang dengan menaiki kereta ayah bella. 
Perjalanan kami mengambil masa sejam juga sbb tak tau jalan
 dan bella bawak slow tp bhya. hahahaha. kelako lah.  
walau cmnapun, alhamdulillah, 
selamat sampai ke tempat destinasi pada pukul 11.05 pagi. 
Dewannya agak tersorok n kecil tp oklah.

kami diberikan bilik persalinan sendiri di dalam surau. 
oklah. asal ade tempat melepak dan tukar kan.

surau pn jadilah ea asal ada bilik bersalin. eh
tn Zahin pesan datang dengan perut yang kosong, 
mmg kami ni budak2 yang taat dan patuh. maka , 
mmg kami berdua ( mai n aqidlah terutamanya) dtg dgn perut yang kosong. 
apalagi sementara menunggu 13 lg pemegang pedang datang, 
kami melantak r makan dlu.

ada kambing beb. 
tp nseb bek ceq x bernafsu sgt dengan kambing ni. 
hihu

cup cake ye sedap gile. krim x manis sgt , juz nice . eee sdp lahh

silang pedang akan berlaku pada pukul1.15 petang. sebab kitorg ni bru fresh lg xtaw pape psl majlis ni, so sblom buat kene r ade rehearsal dlu.. mmg menggeletar baq hang lelagi bile nak baling pedang tu, tp seronok beb. .. bila dah buat rasa sekejap je plak.  

flow majlis ea,,
1. bese nye perjalanan majlis tu ade tambo (pancaragam) akan lead pergerakan si pemegang pedang. tadi dlm 16 org. .diorg bwt line up and perform mcm satu kawad dan formasi sblom pengantin naik pelamin..

2. then bile pedang dh silang barulah pengantin lalu and naik pelamin. Tapi sebelum tu lah ada yang baling baling pedang tu. Alhamdulillah performance sy baik n memuaskan. Pedang akan disilang membentuk arch. Pengantin akan melalui red carpet, perlahan-lahan dengan santun, bukan bercatwalk dan pose. Si perajurit memimpin tangan permaisuri hatinya perlahan-lahan, melintasi rakan-rakan seperjuangannya seorang demi seorang.Rakan-rakan mengangkat tinggi pedang, memayungi rakan mereka yg baru berkahwin.Disilangkan pedang... simbolik agar sahabat dan pasangan barunya dilindungi dalam apa jua kejadian mendatang.Silang pedang itu juga menandakan mereka mengalu-alukan si pasangan dalam pasukan. . 

3. diorg akan bg hormat kpd pengantin sblom diorg duduk and then br diorg kuar baris..

macik ni lah yang semangat tanya psl nvy .. eehh ceq napok buncit laa >.<

 moment yg xpatut miss adalah upacara potong kek guna pedang istiadat..
sume sword bearer akan keliling kek 
and junjung pedang diorg sambil melaga lagakn pedang diorg..
pastu pengantin akn potg kek.. 
klu yg ni setawu saya sword bearer kne mkn skli kat mknn beradab. 
tp xde plak td. xpelah. xkesahhh.~ enjoy sgt lahh. 

klu ada rezeki nak try lgi. hihik 
Iolss baru sedar sword bearer dalam bahasa melayu silang pedang. kah. 
Tapi kenapa pedang? x guna tongkat ke parang ke? 
Pedang yang halus runcing, kurus slim dan diperbuat dari besi? 
Kerana tak semua orang mampu ada pedang. 
Saya pun tak mampu ada pedang sendri. 
Aritu pinjam member tn Zahin punya ja. 
PPA dan glove pun dari ehsan beliau jah. 
PPA tu bagi anggota yang telah cukup setahun perkhidmatan baru dapat. 
Ok. Anggota PSSTLDM yang ada pedang sendiri cuma best kadet masa zaman pentauliahan dulu je lah *throwback* ..Pedang ni lambang kekuasaan sejak zaman - berzaman. 
Besi, melambangkan keutuhan.
Keutuhan apakah?
Keutuhan persaudaraan antara mereka, anggota-anggota.

semoga kukuh juga ikatan kau & aku
sincerelylove AA




 oklah. dapat gaji untuk job silang pedang
walupun x banyak tp alhamdulillah
utk saya sendiri
ckupla makan seminggu.
:)


perkahwinan askar>>> Memang suatu istiadat perkahwinan yang penuh honor. ceq sedihla leading Razi x bg gmbr lg. xpe2 . sabar mennti. kalu dpt je gambar sy share sikit deh.. wohoo.

cerita asal mengenai sword bearer dicedok sikit- sikit dari>>> http://makbedthejournal.blogspot.com/2012/12/istiadat-perkahwinan-sword-bearer-dan.html

Thursday, November 13, 2014

Berdikari ke ego eh

" eh aqid. berani ea jalan sorg2. ..", .. " hmm nak bwt cne, kita bujang".

sokeh3333333. kene bijak berdikari. kalau tercampak kemana-mana . senang bawak diri. Sy nk jd mcm Mr Traveler, tp kene ada kewangan lebih untuk merantau benua mcm beliau. 

Tapi tahukah anda bila terlalu bijak berdikari maka kekosongan adalah milik sendiri. hmm. btol ckp demok encem tu. kdg sy sokong. Saya bukan pandai berdikari tp kdg sy mcm ego berdiri atas kaki sendri.

“keputusan ditangan aku!” – sepanjang 23 tahun saya berjalan atas tapak kaki sendiri… adakala saya jatuh tersungkur namun saya gagahkan diri berdiri dan berjalan semula tanpa minta dipimpin,  jadi aku nampak seorang yang tabah bukan! tapi sedarkah anda ketika saya tersungkur itu saya sebenarnya tidak berdaya…sememangnya saya memerlukan seseorang untuk memapah… namun sebab saya sudah biasa dengan erti berdikari saya biarkan tangan yang dihulurkan lalu berjalan terdengkut-dengkut… patutkah saya mengeluh…

“sakit” – bab ni memang sadis… entahlah mungkin pertahanan badan saya kuat jadi aku jarang sakit.. setakat pening, selesema kdg batuk. sakit perut yang akan datang melawatku setiap bulan (uzur), demam… tu memang saya tak amik kira… saya tetap buat keje saya,  tapi tahukah anda bila waktu kita sakit sebenarnya kita perlukan perhatian… bukan perhatian umum tapi cukup sekadar ada yang mengambil berat… tahukah anda ketika itu saya memang memerlukan sesiapa sahaja disampingku… tapi saya telah didik hati untuk menanggung segala kesakitan itu sendiri maka jadilah aku begini… adakah aku sedang minta simpati… :(

“masalah” – yup… dalam meniti suratan waktu yang berlalu pelbagai masalah diduga…masalah family, kawan.  adakalanya bila saya inginkan pendapat, pandangan dari orang lain.. tapi masalah aku adalah aku tiada kene mengena dengan orang lain.. jadi aku tanggung sendiri… tapi sedar tak anda ketika masaalah itu melanda bagai tsunami menenggelamkan acheh aku sebenarnya memerlukan pertolongan… tapi aku tak mampu buat begitu kerana berdikari tidak pernah melibatkan orang lain… jadi adakah aku sebenarnya sedang meratap kematian yang tiada bertanda….Allah. sampai satu tahap saya pun fikir mati saja.


Ahhh cukup cukup sudah la tu cerita pasal ni , korang bukan nak amik tahu ponkan ? aku saja je nak cerita dalam blog, sebab aku rase takde tempat nak mengadu nasib , dah rase macam FOREVER ALONE ! hmmmm sedihhkan ? hhm nak buat macam mana nasib badan :) heheh. Tapi takpe , aku bersyukur aku ada adik-beradik lagi , aku bersyukur aku ada tempat tinggal , aku besyukur sebab aku ada kawan kawan , aku bersyukur aku jumpa demok :) hmmm. Walaupon banyak masalah datang dalam hidup aku , aku masih kuat hadapi sebab aku korangkan ade ? ehh ? hahahahah k lahhh dah la tu mengarutt , hmm bye semua bye bye bye bye byeee jumpa lagi kalau hidup , salam :) 

credit to blog>  http://5perenggan.blogspot.com. sgt terinspirasi . inilah karakter saya. sangat menyedihkan . hmm

 Kuatkan semangat!