: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Monday, October 31, 2011

teropong lagi . ^.^


Hargai Allah s.w.t kerana telah memberi anda nyawa, kecerdikan dan peluang untuk anda hidup bagi membolehkan anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri anda! Jika kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.

Beri penghargaan pada mereka yang berada berdekatan dengan anda. OK . jom senyum . TQ . (intro... dok kait)


Cerapan Hilal ZulHijjah 1432H
lokasi : telok kemang
tarikh :27.10.11


disebabkan hujan , awan menjadi gelap .. kabus tebal .Kilat pun bercabang -cabang . jdi hilal pun x dpt nak usha .. tp , SELAMAT menyambut raya aidiladha jgak la . ^.^


nie nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadangkala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu..


Yang bwh ini pula , planet Musytari (Jupiter) dalam keadaan purnama secara terus,


tempat :Balaicerap Fizik Angkasa
tarikh : Sabtu 29/10/2011




gambaq serap dri teropong 14 inci ke lappy ..merah 2 mustari la .. ^.^

orbit planet bukan berbentuk bulat, tetapi berbentuk elips..oleh itu, ada masanya planet2 akan berada jauh dr bumi dan ada masanya berada pada kedudukan yang paling dekat (oposisi) .

Kedudukan planet jupiter(musytari) yang paling hampir dengan bumi..

cerapan planet JUPITER di BALAI CERAP UNIVERSITI MALAYA .

sedikit kata-kata dri prof Zambri .( kalau xsalah dengar )


'' oposisi kalau nak tahu akan berlaku pada 398.9 hari, setahun lebih sikit , malam ni mustari akan terbit pada jam 6.52 pm td da terbit dan magnitud dia -2.90 sebab itu nampak terang dengan mata kasar .Kalau dia berada dengan bumi , dia lebih terang .. Kalau dia xdekat , dia gelap sikit . Kedudukan pd malam kalau diperhtikan ada buruj2 dikeliling mustari , Byk bintang diatas langir sebenarnya adalah buruj2 . Ada 88 buruj diatas langit kalau boleh cam ... dll kata-kata ''


oleh prof zambri ------>> coming fenomena : gerhana bulan penuh 10 disember 2011 , akan buat di dataran Shah Alam, gerhana bermula jam8.45mlm hgga tghmlm . sape free , pi r .. JOM ! ^.^ ..



gambar dari nset shafie



“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.” (QS. Ali Imran: 190-191)



p/s :subhanallah, imma hepi to be an astronomers

Saturday, October 1, 2011

. 1st tyme teropong anak bulan .


*sharing pengalaman *

muqaddimah ,,  org kata xkenal maka tak cinta .  :DD

TEMPAT : Baitul Hilal,  balai cerapan di Km9.6, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson . 
HARI     : Rabu ,28 september 2011

  • kami gerak pkul2.05 minit .. sampy 2jam lpas itu kowt . 
  • senior  kata , base tempoh melihat anak bulan iaitu sekitar 7 malam ke atas (lepas asar sblom maghrib )  ,,  akan tetapi senior kami tahun 3 perlu membuat persiapan lebih awal. (kebetulan mereka ada klas ) . 
  • teropong pn dipasang ...   setiap teropong ada nama ye. tp apatah name teropong ni . blom cuba nak ingat ..

Sebelum cerapan anak bulan di buat terlebih dahulu di jalankan cerapan matahari terbenam,ini bagi menentukan bearing matahari terbenam kowt . mmg agak penin  ....  
hm .gitu lah .. 






info org dapat drpd prof  ::
  1. Dua perkara utama yg perlu dilaksanakan tuk melihat anak bulan  iaitu ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung bulan ke matahari tidak kurang tiga darjah.
  2. Anak bulan dilihat bukan sahaja bagi menentukan tarikh Ramadan, Syawal dan Zulhijjah ttpi dilakukan setiap bulan bagi menentukan ketepatan kiraan bulan dlm kalendar Islam . 

Selain perlukan kesabaran yg mantap  , proses cerapan mmg memakan masa agak lama serta memerlukan penelitian sebab kita perlu meninjau sesuatu yang cukup sukar untuk dilihat . 



okeh . xcited sngt ble dpt tngok ngn mate kasar sndri ...seblom nie juz dengor pengumuman dlm brite je kan .

see  '' raa '' .  senior hilmi ckp ye bentuk raa ditepi kanan sbb matahari terbenam berada ditepi sblm 2 . kalu bentuk 'u' means matahri berada dibwh anak bulan .. ( kalu silap kefahaman sori , saya  bdak tahun 1  ) . btolkn ye 

okkeh. anak bulan mula muncul jam7.08 mlm ..  dan hilang jam 7.48mlm. oleh itu, no more open house ~  salam zulkaedah .  :)



tamatt ..:)  nak lagi!!!