: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Thursday, January 17, 2013

Kawang ke kawan? :P


< ASSALAMUALAIKUM >
Recall .. recall .. recall

Alhamdulillah, sempat saya mendengar  tazkirah pagi di IKIM. 
Topik pada hari ini adalah mengenai sahabat. dan tujuannya bersahabat. 
Pastilah kan setiap orang punyai sahabat.
  Memang pun.  

dan Kebanyakan orang pun ada berkata mampu untuk berhidup tanpa sahabat.  
Tapi ye , cuma bayangkan ye kalau hari-hari hidup kita ...

'Forever Alone' 

( takpelah Allah ada kan) 

ni gambaq orang frust xde kawan borak-borak . erk .
^^

hehe. tetiba saya pun terfikir kenapa ya saya suka berkawan dengan kawan-kawan saya ni. Ni dia nama-nama kawan yang sangat memberi kepentingan kepada kitew . Ini salah satu sebab jahatnya   :) :
1) k syahida - motorbike
2) odie aka redza - saga ( pssst : tadi saya naik saga p exam thai :P )
3) sabiha - viva
4) harlina - beger free ( tp xpenah dapat pun :'( )
5) dll lagi ada kepentingan nnti saya fikir-fikir lagi.  :P


_Kesimpulan daripada topik pagi tadi_

Dalam berkawan dan mencari sahabat, Ada 1 mende yang perlu kita luruskan iaitu hati kita. Kalau kita berkawan, biarlah semata-mata kerana Allah, Orang yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisah pun kerana Allah Taala. Suka dan benci pun kerana Allah Taala. Ada sesetengah orang bila berkawan, dia hanya tahu nak cari untung sahaja. Ada kepentingan barulah dia cari kawan dia. Orang seperti ini hanya akan rugi dan akan rugi. Kalau kita asyik harap sesuatu dari persabahatan juga, kita akan naik gila dan sokmo tak puas hati. Last sekali kita akan kutuk dia . 


isssshh kaw nii

TAK BERGUNA!  




Walaupun dalam mood gurauan.  Kata-kata mcm ni andai keluar dari mulut seorang kawan . hati wa sentap kaw taw . Jiwa aku lembut walupun termasuk dalam latihan askar marin.  hehehe. 

- BerdoohLaluh-

Di bumi, terdapat bermacam-macam corak sahabat kita boleh dapati selepas bersahabat dengan seseorang. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi penyayang dan macam-macam deskription lah. Fenomena biasa, kita tengok sahabat yang hanya dekat dengan kita apabila kita mempunyai kuasa atau kekayaan. Tetapi jika sudah tidak mempunyai apa-apa, kita mungkin ditinggalkan begitu sahaja. Namun, ada juga sahabat sejati yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira susah atau senang. Itulah teman yang benar-benar memahami erti persahabatan yang sebenar. Walaupun teman sebegini sukar ditemui,  tetapi setiap manusia boleh berusaha untuk menjadi seorang sahabat sejati.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Tiadalah dua orang yang saling cintamencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintai Allah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya."


Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Ia diikat oleh satu akidah ( Bukan nama aku). Ia berkawan tidak ada kepentingan dunia yang sementara ini. Mereka bersahabat kerana iman, akhlak dan kerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya. Biasanya sampai mati.


Akhir sekali, hayati pepatah Inggeris di bawah:
“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it, you will get nothing but tears!”
makna goglet translet: "Persahabatan adalah bawang. Ia mempunyai banyak lapisan di dalamnya. Menambah rasa untuk hidup anda, tetapi jika anda cuba untuk memotongnya, anda akan mendapat apa-apa tetapi air mata! "      wah3 . sedap pulak ayat googlet translet nieh . haaaaa..
kawan-kawan bintang

kawan-kawan laut

p/s : sayang kawan-kawan noh .

2 comments:

  1. aqid aqid.. haha. thanx a lot 4 being ma fren. ap2 slh kak, or yg xkene tegurla. haa 1, ad typo kt atas. bkn persabahatan tp persahabatan. muahaha <3

    ReplyDelete