: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Tuesday, March 19, 2013

Selamat Hari Lahir 22!

~ Assalamualaikum WBT ~ 

Sudah genap 5 hari berusia 22 Tahun baru nak wish untuk diri sendiri.. Bukan apa, saya hendak melihat bagaimana sambutan hari ulang tahun ke-22 tahun saya ini.. Sememangnya ianya tidaklah sehambar semasa ulang tahun sebelum ini. :P 

#2008memories , sambutan ulang tahun yang ke-17 , zaman sekolah . sangat ringkas namun terasa sangat dihargai sebagai seorang perempuan remaja. Apabila dalam tidak sedar saya ada admirer. hmm..  saya dapat coklat dan Jam tangan (simpan lagi jam tangan tersebut ) 

#2009memories , sambutan ulang tahun yang ke-18.  apa yang terjadi masa ini ea?? 

#2010memories , sambutan ulang tahun yang ke-19?

#2011memories , sambutan ulang tahun yang ke-20?

#2012memories , sambutan ulang tahun yang ke-21?  

sangat teruk memori saya . ( itu pasal diwujudkan kembali blog ni sekadar untuk mengingati detik-detik bahagia dalam hidup saya . 

#2013memories , sambutan ulang tahun yang ke-22.  hehe ..   saya diraikan oleh kawan-kawan bahtera satria. walaupun sangat ringkas tapi terima kasih korang. malu sangat taw . >.<

Pada usia saya 20 tahun kakak saya bernikah.
Adakah saya ingin mengikuti jejak langkah kakak saya? 
Oh semestinya tidak.. Apapun saya berjanji pada diri sendiri yang saya akan berkahwin sebelum umur 25 tahun.. 
Oleh itu ayuhlah memaksimumkan masa bujang ku.

tapi walaubagaimana teguhnya perancangan yang saya buat. 
manusia hanya merancang namun 
ALLAH TAALA jua yang menetapkan.

Bercerita tentang ulang tahun ke-22 tahun saya 5 hari lepas, dari segi(Wish), semuanya telah memberikan lafaz ucapan tersebut. Dari Keluarga, Kawan-Kawan Rapat dan Kawan-Kawan lama itupun di FB , hek! Terharu bila kawan-kawan lama yang dah setahun tak berhubung wish ulang tahun aku.. Mereka muncul bila tiba hari jadi aku je.. Memang terharu.. Terima Kasih yek pd FB kerana sudi menyimpan tarikh besday saya dalam memory kamuo .. terkenang semula detik-detik dahulu semua friends aku wish thru sms rasa terharu pun iye. aku sukala dlu simpan mcm-mcm mesej-mesej sweet.

Kawan-Kawan rapat ada yang wish, ada juga yang tidak
Takpelah, mereka segan agaknya. 
Ditambah dengan sifat aku yang jarang wish hari 
jadi orang even di FB yang tidak keluar 1 sen pun, 
oleh itu tak perlu sentimental sangat 
kalau orang tak wish hari jadi engkau ok aqid.. 
Orang pertama yang wish adalah rumet aku dulu, 
effa syarina . love sw4-15~ 
hmmmm, Ex aku lagi r tidak wish langsung 
( HAHAHA . ayat tipu , saya bersih dri skandal ok. :D )
shhh, calon suami saya baru je wish kelmarin. 
sedih!  
:P

Dari segi hadiah pula, bohonglah saya tak mengharapkannya. Alhamdulilah, tahun ini saya dapat 3 hadiah. 

dari maisarah
dari che mie, jubah weh .. :D
dari masulah aisyah 
Oh Terima Kasih ye awak-awak.. haha

Keluarga pula mungkin akan berikan kek hari jadi yang menjadi kewajipan mereka sepanjang tahun. Oh terima kasih . Bulan 3 je ada 3 orang yang perlu disambut besdaynya.

1. saya
2. adik lelaki
3. anak buah 1

Selain itu, sepanjang tempoh ulang tahun aku, 
aku tiada buat apa yang menarik pun.
Tambahan lagi..
saya demam pada hari kelahiran saya,
saya mengadu kepada mama, mama cakap demam 
mungkin sebab beralih tahun. 
Haha. Comelnya .

Harapan sempena ulang tahun ke-22 ni.. Aku hendak lebih dekatkan diri kepada-Nya, sebab jauh dah lari ni.. Selain tu, dari segi akademik semoga HD pertama aku muncul tahun ini.. Pointer pun naik. Xnak malas-malas , huuu. 

 Untuk PRU-13 pula,,,, ermmm. Undian adalah rahsia saya. 


CATATAN

genap usia aku 22 tahun..bila fikir-fikir balik, dalam 22 tahun tu berapa banyak sumbangan aku pada agama dan terutamanya kepada diri sendiri..dalam tempoh tu berapa banyak maksiat, keburukan dan hati2 manusia yang telah aku sakiti..rasanya melebihi jumlah kebaikan yang aku curahkan..bila fikir-fikir lagi, setiap kali sampai birthday aku, mesti berazam untuk berubah namun hasilnya tetap sama..

tapi kali ni aku berazam untuk laksanakan apa yang aku azamkan sebelum ni..kena selalu call umah walaupon sibuk..xleh nak pendamkan perasaan lagi..xleh nak umpat orang banyak2 lagi..dan yang paling penting, xleh lari dari perjuangan :D

thank you Allah for still giving me life even though lots of sin have been done..guide me always and bless me always..amin!! 

Sunday, March 10, 2013

Kursus Kahwin ♥

Wahhh!
Ini adalah episode kehidupan yang paling penting dalam hidupku.  :D

9 & 10 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu & Ahad ..
Saya telah menghadiri kursus kahwin selama 2 hari bertempat di Dewan Kuliah Utama, API


Tak awal sangat pun aku pergi kursus kahwin ni kan ..
Dah 22 ..  awal ke?? :D   *makan dalam*

KURSUS PRA PERKAHWINAN

Bila dah join kursus ni mmg rasa sangat berguna . Yang sudah join mesti dah merasa tapi bagi yang belum rasa , cepat-cepatlah join . Tak rugi pun ambil awal sebab sijilnya tak luput pun. Kursus ini bersama para ustaz dan pakar dalam rumahtangga tau. Saya nak share tajuk yang memang dikongsikan dalam kursus ini k:

Hari sabtu,
  • Hubungan dalam keluarga
  • Pengurusan wang dan masa
  • Akidah
  • Ibadah
  • Pengurusan kesihatan
  • Akhlak
  • Perkahwinan & prosedur

Hari ahad,
  • Komunikasi suami isteri
  • Pengurusan stress & konfliks
  • Perkhidmatan rundingcara (kaunseling)
  • Pembubaran perkahwinan


%$#@&*! 
Tetiba rasa XSYOK sbb xdapat pegi dengan pasangan.   
FYI saya datang dengan kawan- kawan je bukan calon okay. 

1. kak siti syahida
2. kak siti raihan
3. norharlina
4. nur sabiha
5. radhiah

Walaupun ada slot ceramah yang agak membosankan semalam yang telah membuatkan saya terlena dan berdengkur halus , tapi saya telah pastikan pada hari ini saya mampu bertahan mendengar setiap ceramah yang disampaikan. Sebenarnya rugi tidak fokus sebab kursus ini sekali je seumur hidup.Tetapi I’allah kalau diberi kesempatan & peluang saya ingin menghadiri semula kursus kahwin ini kerana pada saat itu saya lebih ready untuk jadi someone’s wifey ..     :D  tetiba rasa nervous plak!  MUehehehe….


-Letakkan cinta ALLAH di hati..♥ 
Dan Cinta suami nanti di genggaman tangan kita ..   

- HACK ( hanya ALLAH cinta selamanya) 

Allah berfirman “ berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu .. ‘’ surah Ghafir 40:60

p/s: So berdoalah dan jangan sombong , PEACE! ^^V

Sunday, March 3, 2013

Ini ke daftar pustaka?

pagi tadi saya baru nak access spectrum . dan seperti biasa kelihatan tugasan baru untuk subjek Maktabah Syariah. Dr Anuar ni bagus betulkan


see? alhamdulillah . done submitted pada hari Ahad

jujur saya cakap, saya tidak mempunyai koleksi pustaka sendiri, kalau ada pun ianya banyak terdapat bahan bacaan novel lah .. ohooo.. itupun dirumah, mana saya hendak dapatkan gambar pustaka saya itu di kolej. semua buku2 lama sudah pun selamat post ke rumah.
SEE apa yang saya submit ke ustaz . hahaha.

ADA APA ATAS MEJA STADY?? :p

ada novel atas meja , sedikit nota , dan kotak
(upss, itupun kotak  kepunyaan rumet kite lah)  :P

BOLEHLAH. INILAH DAFTAR PUSTAKA AWOK TAW 
(KOLEJ 5)

Hobi saya memang membaca buku, majalah & novel. Alhamdulillah sampai sekarang pun hobi membaca ni berterusan. Dalam almari dan dalam stor dirumah ada bersusun-susun buku (banyak novel sebenarnya :0 ) , dalam bilik tidur pun banyak buku (nOvel jugak :P ). 

saya mula membaca novel lepas tamat UPSR. Novel-novel tebal 300-400 pun saya dah habis baca. Dan ada buku-buku tu yang jadi buku kegemaran saya. Bila bosan sangat dan dah tak ada buku hendak dibaca, saya akan ulang balik baca buku-buku yang saya pernah baca. 

Waktu releks saya yang ideal adalah melibatkan buku xkesahlah sama ada di rumah/ di kolej saya mesti stanby buku atas meja. I found this so refreshing -- baring atas my comforty bed, tutup separuh badan dengan blanket, pasang kipas kuat-kuat, buka tingkap luas-luas bagi angin masuk, dan instead of tidur, saya baca buku .. heaven!



And I have so many reading habit yang melibatkan buku, yang maybe some of you might find it ridiculous  :D
  • Kalau nampak ada orang baca buku sambil tunggu-menunggu someone or someting else, kalau boleh nak jeling tajuk buku yang orang tu sedang baca.
  • Baca buku sampai tak sedar dah lewat malam, dalam hati cakap 'sikit lagi, sikit lagi' padahal baru habis baca separuh.
  • Bangga dan puas hati bila bawa keluar buku-buku baru dari kedai. Makin banyak, makin bangga.
  • Suka hidu bau buku yang baru dibeli
  • Suka beli buku baru even dekat rak buku sendiri masih ada belum dibuka plastik & ada yang belum habis dibaca pun (- -")
  • Saya suka movie yang diadaptasi dari buku-buku. Tapi kadang-kala saya rasa marah sebab hero yang saya bayangkan di minda tidak seperti dalam real lakonan. HUh! 
  • Terlalu fokus bila baca buku ......   novel..
  • Tak kisah gelak atau sengih sorang-sorang dekat tempat awam apabila baca part lawak dalam buku (- -")

walaubagaimanapun, i'm still very selective over what I read. Not all books are worth reading ya. bai   :)