: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Sunday, April 28, 2013

Lawatan ke PERKID

tajuk kajian : "masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja: Kajian di rumah kebajikan PERKID, Dusun Tua, Hulu Langat."

:)

Petang yang cerah dan damai itu seolah - olah merestui pemergian kami ke destinasi yang harus dituju.
Alhamdulillah sampai ke PERKID pada pukul 4 kot.

( _ PERKID_ : Pertubuhan kebajikan darul islah selangor)
Sekejap! untuk pengetahuan semua, PERKID ini adalah kepunyaan abang ipar kawan saya. 
Sesampainya disana, kami disambut oleh kak Rin dan dipersilakan duduk didalam pejabat yang sejuk.
Panjang lebar bicara kak Rin menerangkan kepada kami maklumat mengenai rumah tersebut. 
Kak Rin dimata saya, saya melihat dia sangat manis ^^. Dan tetiba hujan mulai turun beransur-ansur. 
Dan kami dipelawa untuk berehat didalam bilik yang disediakan. 
Aku apa lagi, meringkuk tidur tanpa alas dibawah katil tu ha , 
mungkin kepenatan kot sebab explorace siang tadi 
#menang johan weh. Alhamdulillah. 

Banyak perkara & hobi baru yang mulai tertanam dalam diri kawan-kawan saya . 
si Aisyah itu sudah mula minat mengait, 
harapnya istiqamah la ye esah . 
dah beli pun barang2 mengait, 
jangan dibiarkan bertaburan,
membazir amalan syaitan nirrajim :)



*** ok, sambung ***

Dan tepat jam 10 malam kot, sesi intebiu pun bermula. Mula2 je da kene teguq dengan ustaz ni. 

kau kalau bertanya tak tengok kertas tak boleh ka?” 


Kelu lidah kami berempat . haha..
Malam itu, kami semua memang kene basuh dengan Ust Masridzi Sat (pengerusi PERKID). 
Teringat satu kata2 Ust Masridzi, 

"orang zaman sekarang lebih suka bekerja dengan government yang suka terikat dengan karenah birokrasi dan sistem dan macam2 protokol yang menyebabkan mentaliti orang menjadi rendah dan tak boleh menjadi pakar. Awak hanya boleh menjadi orang yang berfikir masalah tapi bukan penyelesai masalah. Sedangkan umat kini lebih memerlukan kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah. Jadi kalau nak jumpa ust awak kene jadi orang yang boleh menyelesaikan masalah bukan orang yang menceritakan masalah. Kalau nak dengar cerita semua orang akan boleh bercerita tapi berapa orang je yang boleh selesaikan masalah umat, nak selesaikan masalah itu susah kan? "

Dan lagi ustaz sangat mementingkan dakwah islamiah daripada dakwah islahiah. 
Dakwah Islamiah disini ialah dakwah kepada non-muslim manakala Dakwah Islahiah pula bermaksud dakwah kepada orang Islam yang bermasalah. 
Setuju sangat apa yg ust tu ckp sbb kita ni terlalu lembut..
terlalu mementingkan hikmah berlemah lembut supaya non-muslim tu nampak Islam ni indah la.apela..bla bla bla sehingga membiarkan rumah tangga porak peranda. 
Biar non-muslim nampak segalanya indah di luar tapi sebenarnya kat dalam hancus. 
Itulah tabiat orang kita sekarang. 
Sebab itu sampai skang ni remaja melayu kita hanyut sebab orang kita sendiri hanya berdakwah dengan non-muslim saja tanpa memikirkan dakwah kepada orang Islam sendiri. 
Tiada follow up utk yg sudah Islam. 
Janji dah ada title Islam je. 
Kata2 Ust Masridzi yang saya kira sangat bermakna ini akan saya ingat sampai bila2. 
Memang betul. Pendakwah2 sekarang lebih suka bercakap banyak di kaca2 tv dan corong2 radio tapi tidak mengamalkan nahi munkar. 
Hanya mengamalkan amal makruf saje. 
Cakapla banyak mana sekalipun jika masih tiada tindakan yang dilakukan untuk menangani gejala sosial ini. Dari situ membuatkan diri yg dhaif ini terpikir beberapa kali    

#dalam mengantuk & blur pun kita masih boleh berfikir. :)

Keesokkannyam kami mohon untuk bertaaruf dengan seorang pun cukupla kot sebab gadis-gadis lain macam sibuk dengan urusan dunia masing-masing. 
Sesi taaruf bermula, tanya asal usul diri kawan ni. 

Sesi taaruf masa tu just simple as i can coz kene santaila ckit lagipun xnak bagi dia stress , 
kang nangis pulak budak ni. 
memang tersangat berhati-hati supaya tidak menyentuh pasal kisah silamnya.
#tapi dah tersentuh pun ..huhu. nmpk mata dy berair . maaf.

Memang banyak cerita dan pengalaman yang sy dengar dan nampak macam kejam coz asik kurung je diorang dalam bilik tapi sebenarnya itulah cara tarbiah PERKID. 
Mereka bukannya dipenjara macam penjara yg ada skang ni tapi mereka dilatih utk berzikir, berwirid, puasa sunat dan sebagainya.
Tak heranla masa datang memula ke PERKID ni tak percaya adik2 ni bermasalah sbb cara tarbiah diorang yang saya kira amat mengagumkan itu membuatkan wajah adik2 di PERKID ni seolah-olah bercahaya disirami iman di dada. 
Kalo tak percaya, buatla lawatan ke PERKID. 
Awak akan tengok sendiri di kalangan mereka ini ada yang berjubah, bertudung labuh, hafizah, isteri orang, pelajar IPTA/IPTS dan bermacam - macam lagi. 
Umur mereka yang tinggal di PERKID adalah di antara 13-25 tahun. 


ada bidalan pernah berkata;

'IT'S NOT A COMPULSARY TO KNOW ABOUT THEM'. 

Yep..betul. Bukan urusan kita untuk tahu pasal mereka. Biar mereka sendiri rasa nak bercerita tentang diri mereka kat kita.


Memang saya kire tempat ni sangat bagus untuk tarbiah dan saya rasakan diri saya lagi dhaif daripada adik2 ni. Mereka seharusnya bersyukur dapat makan setalam, solat berjemaah, wirid, zikir, qiamullail, puasa sunat dan macam2 lagi tarbiah #pandai berqasidah, main alatan , mengait, memasak dll juga.  Tarbiah yang diorang dapat tu menyebabkan mereka ini berubah dan menjadi orang yg alim (berilmu), bukan jahil macam dulu. Hari terakhir berada di PERKID membuatkan hati ini tak sanggup untuk tinggalkan mereka. Rasa nak lagi kenal mereka, rasa tak puas sangat sebenarnya tapi xtaw mcmna nak mulakan , hmm  .  I'allah.kita doakan yang terbaik untuk saudara seislam & adik2 kita supaya istiqamah dalam menjaga iman.

“ PERKARA YANG PALING SUSAH UNTUK DILAKUKAN ADALAH SOLAT LAGI2 SOLAT BERJEMAAH”  - kata kak cha . ( kakak kandung sabiha ) * betulka nama kak ni :P



ps: xramai umat kita suka jadi sukarelawan utk mende2 baik mcm ni, adakah kite terlalu prejudis dengan nasib org mcmni. mereka tersilap langkah .. untunglah kita bernasib baik. so . jaga akhlak . jaga iman. :)

No comments:

Post a Comment