: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Monday, April 29, 2013

Minum air lipas

ok ..

Habis berlibur di Pesta Buku , kami keluar mencari sesuap nasi untuk mengalas perut.. lagipun jam sudah pkul 3 petang mmg waktu lunch pun.. LAPAR gile siok .!! kami memilih tempat makan di sebuah Mall letak berhadapan dengan PWTC. kami terus menuju ke Food Court. Saya ambil nasi putih + sayur kailan + ikan goreng + air milo ais. Sedap je saya menghabiskan makanan dan menghirup air milo dengan lahapnya. (orang lapar kan :D ) 

saya menjemput kawan saya share air milo dengan saya. Si dia pun gembira untuk menghabiskannya. Tetiba, dia membuat muka seperti orang nak muntah dan berlari ke singki. Seriusly! saya pun cuakla. kenapa? kenapa? ada apa dalam air itu.. saya pun korek2 ar baki air milo tu tp x kesan pape pun...   #bukan saya nak prank orang tapi seyes saya tak tau .. hah. hah . hah

Beberapa detik kemudian...

Yucks! ia membuatkan saya rasa double cuak dan geli dengan sendirinya . dan terbit dihatiku untuk berhati-hati nak minum lain kali. tak kisah lah air dalam rumah sendiri atau rumah jiran mahupun kedai bertaraf bintang dan bulan .euuuuwhhh . pengotor ! berdosa lah buat orang macam ni bukan minum saya tak bayar! ok. mungkin pekerja tu tak sengaja, x perasan . Think +vely .. tp geligeligeli tekak . puihh! #emo :D

pekerja : kenapa dik?
kami : cawan ni ada lipas . saya xnak bayar.
pekerja : maafkan saya. ok x payah bayar .

pendek kata ,sekarang ini hati-hati lah . lipas ni tempat tinggal dia tempat kotor , so sama-sama kita elakkan. bila aku teringat balik kes ni aku akan stop minum air . tak kisahlah kedai yang aku minum ada lipas or tak.even air dalam bilik aku pun aku tgok keliling ye da . Ish, fobia melampau ='( .

Tips minum air 
Rumah : basuh cawan / gelas sebelum nak minum
jangan minum cawan/gelas berisi air terbiar semalaman di kawasan terbuka .
tengok cawan/gelas betul-betul .
tengok dekat air yang kita nak tuang tu kot ada semut atau serangga lain .

Kedai : tengok sekeliling kedai dan pantau tahap kebersihan .
check straw di luar dan dalam straw tu , kot ada haiwan membiak .
perhati air betul-betul kot-kot ada yang mati lemas .


catatan :


1) kalau semut jatuh dalam air minuman, kita tak boleh minum air tu. Kalau terminum, 
gelap hati selama 40 hari. kerana semut mengeluarkan acid boric. I
a berfungsi melemahkan ingatan.

2) Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat. (Riwayat al-Bukhari)- kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

3) bagaimana dengan termakan lipas, tikus, cicak. nanti nak cari jawapan.( pakcik google tiada jawapan pun ) . 


*** Bismillahitawakkaltu .. 

No comments:

Post a Comment