Kali pertama kita pergi mengundi. Kira kita ini 1st time voterlah. Perasaan nak pergi mengundi
biasa je. Sambutan dekat area kita agak meriah juga dengan bendera-bendera dan
macam-macam replika seperti kereta
kebal, wau bulan dll. Nice &
creative dooh . Jarak perjalanan dari
rumah ke pusat mengundi hanya mengambil
masa lebih kurang 15 minit sahaja. Kita mengundi di Sek. Keb. Permatang Pasir di bawah
Parlimen Kuala Langat, Dun Morib.
Sebelum masuk pintu sekolah, terdapat beberapa parti yang cuba mengalih
perhatian saya. Mulut saya pun mengiakan
je lah sebab dalam hati saya
sudah ada pilihan sendiri , “Ya ya saya
undi mereka . Ok ok .. senyum”.
Kita terus menuju ke kaunter semakan dan pengedaran No. Tempat mengundi mengikut saluran yang
telah pihak SPR tentukan. Area saya mengundi ada 4 saluran je. Kita dan kakak
kene saluran 4 manakala my beloved mama di saluran 2. Kita diberitahu saluran 1
& 2 adalah untuk warga tua, orang kurang upaya dan seumpamanya. Manakala
saluran 3 adalah untuk golongan pertengahan dan saluran 4 adalah untuk kelompok
belia. Mmg panjang gila kene beratur, sehinggakan terdetik dihati saya untuk
menipu sebagai perempuan mengandung sebab tak larat sangat nak tunggu giliran,
nak potong q je rasanya . heheh.
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
telahpun saya tunaikan dengan sabar.
Kakak tanya, “ ida undi siapa?”,
jawapan aku , “ hmm (Undilah apa sahaja
kecuali UMNO-BN. Hint ).” ^__^.
Seronok dapat pergi mengundi untuk PRU13. Bahang suasana kampung mmg sangat
meriah macam raya pulak aih.
KEPUTUSAN AKHIR :
Selangor, Penang, Kelantan – PAKATAN MENANG .
Tahniah selangorku#permas .
Ok . Neutral balik, kita memerhatikan je . PRU pun da tamat _
:: Tahniah kepada Barisan Nasional kerana telah memenangi PRU 13 sekaligus
diberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan terus memimpin negara. semoga
negara bertambah baik dalam segala aspek oleh pimpinan kali ini untuk memacu
Malaysia ke arah sebuah negara yang harmoni, bersatu padu & berdaya saing
di peringkat antarabangsa..pastinya, tempoh 5 tahun yang mendatang merupakan
suatu yang agak mencabar untuk pihak kerajaan Barisan Nasional berdasarkan
kepada unjuran dan spesifikasi PRU kali ini. Terdapat beberapa perkara yang
membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius dan tempoh 5 tahun yang
mendatang perlu digunakan dengan sebaiknya oleh pihak kerajaan untuk
memperbaiki kelemahan2 sedia ada dan kembali memenangi hati rakyat di semua
peringkat. Allah sebaik-baik perancangan dan maha Mengetahui segala sesuatu,
tidak perlu pertikaikan apa keputusan yang berlaku..berbaik sangkalah dan
jangan sesekali timbulkan fitnah..teruskan kehidupan yang lebih harmoni demi agama
dan Malaysia tercinta. & Semoga mereka menjadi pemimpin yang berakhlak
mulia .;-) ::
"YAKINI ALLAH , SAYANGI RASULULLAH"
Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan
kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang
Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau
hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." - (Surah Ali-'Imran: Ayat 26)
Catatan:
“Letakkan dunia di
atas tanganmu dan bukan di hatiku”
Meletakkan dunia di
atas tangan, bermakna segala kemewahan di dunia ini digunakan sepenuhnya untuk
mencapai matlamat di akhirat. Segala kemewahan di dunia akan digunakan ke arah
kebajikan dan dakwah di jalan Allah.
Meletakkan dunia di
dalam hati bermakna kita menjadi manusia yang rakus dengan dunia dan segala
habuan yang ada di dalamnya.Kemewahan dan kebendaan menjadi cita-cita
tertinggi. Hati akan penuh dengan kecintaan terhadap dunia yang
berlebih-lebihan. Meletakkan dunia di dalam hati akan membuatkan manusia
menjadi tamak haloba bila menjadikan dunia sebagai matlamat dan bukan sebagai
alat.
Membiarkan dunia
menguasai hatinya bermakna dunia akan merosakkan seluruh kehidupannya.
Membiarkan tangannya menguasai dunia, natijahnya akan memberi kebaikan kepada
diri individu tersebut kerana dunia sama sekali tidak akan mempengaruhi dan
merosakkan dirinya.
p/s : untuk 5 tahun ni dapat BR1M tiap tahun .. hihok . Janji perlu ditepati
kan . kalau tidak korang munafiqun .. :) tapi rosak brain anak-anak saya untuk tempoh 5 tahun ini, uikk. lainkalilah nak rosakkan brain anak saya, saya tak akan biarkan. #doakan saya kahwin sebelum umur 27 tahun. heeee ....peace. :P
eeh, dengar kabar boleh bwt bantahan keputusan PRU13 , JAGA DIRI OK kalau pergi ke stadium Kelana Jaya. ( if im not mistaken/ tiada perubahan tempat ) .
eeh, dengar kabar boleh bwt bantahan keputusan PRU13 , JAGA DIRI OK kalau pergi ke stadium Kelana Jaya. ( if im not mistaken/ tiada perubahan tempat ) .
sebelum itu, mesej yang saya rasa sangat comel kot ;
" che'a , xkira apa keputusan kuar nnti kita kawan k, kawan baik atau lebih g dr 2 k ... "
jawapan saya yang tak terbalas : terharu gitu, papepun saya tetap sokong kak ton :D
No comments:
Post a Comment