: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Thursday, July 31, 2014

Aidilfitri tanpa ibu ayah

KELAM suasana Aidilfitri dirasakan tanpa kehadiran tonggak dalam keluarga apabila bapaku, 
Baharom bin Mat menghadap Ilahi pada 19 Okt 2006/ 27 Ramadhan 1427 akibat darah tinggi. 
Terasa bagaikan burung patah sayap tanpa insan bergelar ayah.
9 tahun telah menyambut raya tanpa kehadiran ayah tercinta

Tahun ini, dugaan lebih besar dilaluiku apabila menempuhi Aidilfitri tanpa ibu bapa apabila emakku, 
Jummilah Binti Haji Ramly, menyusul panggilan Ilahi pada 1 April 2014/ 1 Jamadil akhir 1435 akibat dari kanser payu dara. :'(

Namun, saya redha dengan ketentuan yang Maha Esa. Ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan. Tiba masanya kita semua akan pergi jua menghadap-Nya. Sesungguhnya kita tidak dapat menghidu bila kita akan dijemput. Allah tidak akan melambatkan atau mempercepatkan ajal kita walaupun sesaat. Lantaran hidup di dunia ini hanya sementara dan akhirat juga yang kekal abadi.Mudah-mudahan Allah menempatkan arwah ayah dan mama di sisi orang-orang yang beriman dan diperluaskan tempatnya. Dan semoga kami anak-anaknya tidak akan putus-putus mendoakan dan mengsedekahkan alfatihah buatnya. Amin. 


pengalaman beraya tanpa ibu ayah,,,

ya Allah penuh kesunyian di celah kemeriahan ..
hilang seri di celah kecerian..
ya Allah cucurlah rahmat buat ayahanda bonda tersayang..

sesungguhnya kehilangan orang yang tersayang itu 
adalah antara musibah yang terlalu berat untuk digalas. 
namun. saya telah redha. kerana sepanjang hidup mamaku, mama menderita. 
saya tahu. saya sudah mula memahami keadaan mama.


*Alfatihah buat ayahnda tercinta Allahyarham Baharom bin Mat,  ibunda tersayang, Allahyarhamah Jummilah binti Ramly, arwah pak jang, arwah Pak Teh, arwah Nek Yah dan lain-lain yang telah pergi ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan diperluaskan tempatnya. Amin..


al-fatihah

No comments:

Post a Comment