saya dah lama tak blogwalking.
kali ni saya nak sembang-sembang dan bergebang pasal nikah dan kahwin lah..
60 minit bersama ust Don pernah mengungkapkan bahawa molek lah bulan syawal ini adalah bulan yang disarankan untuk nikah dan kahwin. Apa-apa bulan pun elok sebenarnya tetapi hendak lg besar pahala bulan syawal lah. dan untuk tahun 2014 ini, banyak pulak saing-saing yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam bulan syawal ini lah
kenapa ya us Don kata syawal elok? (saya dah blog walking tapi saya tak jumpa jawapan soalan ini)
tetapi menurut pandangan saya, dalam ISLAM sendiri tidak ada sebarang tarikh atau hari atau bulan yang tidak elok atau tidak digalakkan untuk bernikah. Allah menjadikan bulan-bulan islam adalah sebaik-baik bulan.
tetapi dalam ISLAM, ada disebutkan bernikah hari Jumaat sunat, hari paling baik. tapi tak lah pulak hari2 lain tak boleh atau tak baik kan . :)
Justeru kepada kengkawan yang nak melangsungkan perkahwinan tak usah risau lagi pasal bulan yang tak elok /elok.. sebaiknya cari tarikh yang sesuai.. sebagai contoh wakt cuti persekolahan/ hari minggu... dan pastikan Tok Kadi pun free time korang nak nikah tu ... :D
____________________________________________
alahai .
Sudah penuh undangan kenduri dari bulan ogos nie hingga hujung tahun, tidak kira jemputan dari sanak saudara mahupun sahabat handai. Tahniah dan barakallahulakuma buat kalian. Tapi jangan lupa kalian tahun depan tolong kosongkan satu tarikh untuk jemputan dari saya pula. okeh . I'allah. kalau ada jodohnya.
Tahniah.
catatan : pernikahan adalah berkenaan kerana Allah. (ingatan untuk diri sendiri)
No comments:
Post a Comment