: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Wednesday, September 3, 2014

Commission 2014

Matlamat- matlamat yang saya pernah angankan sedikit sedikit telah tercapai. Saya berjaya masuk U. Saya berjaya menamatkan latihan Palapes. Salute sikit. Muah! tQ Allah for the impossible.

matlamat-matlamat lain:
~ konvo 2015
~ Myvi
~ rumah sendiri - hendak hias dapur sendri nak prektis main masak-masak
~bersuami dan berfamily
~ paling penting - menunaikan haji dan umrah sebelum umur 35 tahun. whoa sedihh . tabung haji tak ckup 1000 pun lg utk daftar haji.

Pentauliahan Diraja PALAPES Kali Ke-33

hari bersejarah telah tiba
Pada 23hb Ogos 2014, detik yang melakar sejarah dalam hidup 1501 anggota Kadet Palapes Darat, Laut dan Udara kerana mereka semua telah ditauliahkan oleh Brigedier Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri, ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah,  Tunku Puteri Intan Safinaz sebagai Leftenan Muda. Inilah detik di mana titik peluh serta susah payah selama tiga tahun bergelumang dengan pelbagai jenis cabaran dan halangan di samping memikul amanah sebagai mahasiswa mahasiswi harapan negara berbalas. 

haish. saya sedih sangat bwt terakhir kalinya saya tak sempat untuk join kawad bersama kawan-kawan. punca: Latihan Industri. Kesan: saya masih tetap fair n lovely. tak bertompok pun kulit. hew hew. 

Di saat nama diumumkan sebagai Leftenan Muda dan tangan Tunku  menghulurkan skrol ketika upacara pentauliahan watikah, rasa bangga yang tidak terucap terlakar diwajah. Malah, bukan sahaja pada wajah-wajah 'kelam' kadet akibat berjemur di Padang Kawad selama dua minggu tetapi juga pada wajah ibu ayah yang hadir pada hari tersebut. Nikmat serta kepuasan yang tidak ternilai harganya dapat dirasai dengan penuh bangga. tapi saya hilang nikmat perasaan itu . Tuhan je yang tahu perasaan saya ketika itu rasanya. tapi mujur ada awak. saya tahu awak tengok saya .. bangga tak dengan saya? :') trima kasih. awak tak bangga dengan saya pun, saya ttp bangga dengan diri saya . hohoi. 

campak masa *throwback*

Dalam latihan palapes ini, saya menjadi kadet selama 3 tahun. Saya bukan sahaja perlu menumpukan kepada pengajian tetapi saya perlu  mengorbankan setiap weekend untuk menjalani latihan palapes. Pergh, tough gile wei. Dah la setiap hari ada kelas, assignment berlambak, setiap weekend pula ada latihan, setiap cuti sem pun ada latihan. . Bila masa nak buat assignment? Bila masa nak study? Paling penting, bila masa saya nak dating dengan bff! hee .. tp oklh masa itu saya belum ada bff lgi. :) 

Saya ok je sebab saya yang pilih jalan ni. Tiada paksaan daripada mana2 pihak. arwah mama saya pun sangat bangga saya dapat bertahan. Di sinilah juga saya kenal dengan kawan-kawan yang sengal dan kuat mental dan kuat tahan makian macam mamai, mirae, momo, zazau, shafiqa, yayan, yuyu, nanad dan azlia. Kitorang la yang menghuru-harakan markas tu. 

Sampai saat saya pernah berfikir, kalau sekiranya saya cuma jadi pelajar biasa saya akan rasa rugi sangat-sangat sebab pengalaman ni kita boleh rasa sekali je seumur hidup. Masa under grad je boleh join PALAPES. Kalau korang masuk U sebagai post-grad student memang takkan ada peluang untuk masuk palapes. Akhirnya, tahun 2014 dan 2015 akan datang nnti bakal meninggalkan satu sejarah yang hebat buat diri saya kerana saya berjaya menghabiskan pengajian dan menamatkan latihan palapes selama 3 tahun . Kiranya saya dapat merasai 2 kali celebration iaitu konvo dan pentauliahan kadet palapes yang membolehkan saya dianugerahkan pangkat Leftenan Muda di dalam PSSTLDM.  Kau ada? haha. 


Saya telah berjaya menghadiahkan kejayaan kepada keluarga. Mungkin bagi orang lain kejayaan saya ni biasa sahaja. Tapi bagi saya kejayaan ni amat bermakna. Saya sangat bangga dengan diri saya. Allah itu adil memberikan rezeki kepada hambanya dan menaikkan darjat hambaNya tanpa disedari. . Saya mahu ubah hidup saya dan nama baik keluarga saya. Doakan ya. Doa adalah senjata umat Islam. 

Tq kepada role model saya , kawan-kawan suksis dan palapes, coursemate kecil saya Sabiha yang secara realitinya adalah sumber inspirasi sy yang membuatkan saya terus kekal dan tak kalah untuk meneruskan perjuangan dalam Palapes.  Lt. M Nur Aqidah binti Baharom. semakin berat rasa tanggungjawab yang tergalas. Saya berharap dapat menjadi seorang pegawai yang bertanggungjawab. 

comel jgk puan akid ni kan
menjungjung kasih Tunku!

Allah telah menganugerahkan pelbagai rasa dalam hidup manusia
Dalam suka ada duka
Dalam pahit ada manis
walaubgaimanapun hadapi secara tabah
kerana itulah realiti dan cabaran dunia. 


untuk awak yang mungkin akan stalk blog saya ni. hehee

saya nak bgtaw saya sangat terima kasih sebab awak sentiasa cuba untuk menggembirakan hati saya. saya hargai sangat. saya minta maaf sepanjang awak kenal saya, kalau nmpk saya ni jenis yang bermuka-muka atau buat muka atau terbuat muka. hehe, tp itu mmg sikap saya. saya tak boleh berjanji untuk menjaga hati awak kerana hati ini adalah sejenis benda yang sangat sensitif, Sedikit kekhilafan saya mungkin akan menyebabkan awak sakit hati. Dan mmg saya tahu awk mmg sentiasa sabar je dgn saya. saya cuma ingin awak tahu yang saya nieyh cuma manusia biasa. Sentiasa dipenuhi dosa, gelabah ayam dan tak selalu menyenangkan orang.

Saya nak awak tahu, kalau awak sedih, saya pun turut terasa sedih. tapi mungkinlah saya tak zahir kesedihan saya sebab saya kan pandai bermuka-muka.^_____________^ Tapi saya akan berusaha mengembirakan hati awak walaupun awak tak nak layan usaha saya untuk menghiburkan awak. Tak mengapa saya faham. Saya bukan laa yang pakar memujuk. Saya rasa tak best kalau awak sedih. Jangan sedih2 taw .Dan maafkan saya jika saya ada menaikkan api kemarahan awak ketika memujuk. Saya memang tak pandai memujuk tapi saya hanya pandai buat lawak bodoh tuk pujuk hati awak. wohoo

Saya juga nak ucapkan terima kasih pada awak. Sebab awak, hari2 berlalu begitu ceria,. Terasa nyaman. Terima kasih banyak2. Terima kasih sebab menjadi buah hati yang baik, walaupun saya bukan laa yang terbaik. Kerana awak, saya rasa dihargai. Walaupun mungkin semua itu perasaan saya. Tak terucap tanda terima kasih saya pada awak, sebab awak banyak sangat buat saya gembira. Berbanding saya yang tak buat apa-apa untuk awak. minta maaf, walaupun kita berhubungan tetapi saya perlu kurangkan aktiviti - nak jumpa ke- date ke- sebab saya hendak jaga diri dan batasan saya. saya walaupun telah diberikan didikan agama dan lain-lain , saya masih seorang wanita yang ada perasaan macam-macam. Saya takut saya lepas laku. terpegang awak tak sengaja. Opss . sori. saya rasa berdosa.   Semoga awak diberkati Allah. Saya sukakan awak. InsyaALLAH awak juga disayangi ALLAH. Saya doakan semoga awak berjaya dunia dan akhirat. Saya janji, saya akan jaga awak mcm nyawa saya sekiranya kita ada ikatan. saya letakkan segala harapan dan pergantungan kepada Allah. semoga dipermudahkan. 

Awak, jika saya yang bertakhta di hati awak, sayangi laa saya sejujur dan seikhlas hati awak. Jika saya yang awak rindu, simpan saya dalam hati awak selalu. Jika saya yang selalu menyakiti hati awak, maafkan laa saya kerana itu bukan niat saya :-(   Jika saya orang yang tidak memahami awak, ajar saya lagi untuk memahami awak nnti. Saya nak awak tahu yang awak ada dihati saya walaupun ketika itu saya sedang muram. sorilah. sakit perempuan. tetapi saya bersyukur kenal awak. heheh. kawan-kawan dan adik beradik saya pun merestui perkenalan kita. mereka suruh saya jaga awak baik-baik. haha. malunya . .Dan saya berdoa dengan sangat smoga Allah lebih-lebih lagi merestui kita . :')


Allah. Biarlah perasaan itu terbuku di hati. 
#hanya Tuhan yang tahu


babai- persiapan untuk pergi ke Tioman. Kalau ada rezeki tak kemananya kan . tq Allah. tq us memberikan kami kesempatan. tp budak2 ni diam je. jd je idok peginya .. haish3

1 comment:

  1. ehe ada nama kita plak..hehe malunya...rasa cam x layak jew...

    ReplyDelete