: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Sunday, September 21, 2014

our vacation+work in Tioman

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~ lalala

Hai. Mcm lame x hapdet dalam ni. Tak sibuk pun cme saya sengaja menyibukkan diri yang tak sibuk ni. Sibuk berkasih sayang sesama insan, sibuk jaga adik-adik palapes baru, sibuk setel subjek tapi tak beres pun lg ni haa.. kompiusing lg saya nk amik hape ni. Subjek dah cun dah tp kls tuto plak tindih. Ade free pun hari isnin la. Tp tp sy xde kls lgsung hari isnin.. alamak. Ttbe yana Tanya saya td, kalau tpaksa kida amik isnin jgak kls pis bole….  

"Krik.. krik.. boleh la boleh la kerana terpaksa saya relakan . hihi..  baru saya ingat nak lajak cuti. Monday bluesss.."

Eeh. Terkeluar sgt dh ni tajuk en3. Sebenarnya saja nk bercerita kisah saya dan kawang-kawang yang praktikal bercuti bersama di Pahang bermula 4-7 september 2014. Sebenarnya ada kerja bengkel semakan kiblat tp ustaz Rosli kabo xd lah kerja sgt pun. Lebih kepada bercuti jgak la. Sebagai tanda penghargaan kerana sudi membuat praktikal di unit falak. Terharuunyaa saya. Mereka sanggup tunda tunda tarikh sebab nak ajak kami berempat bercuti bersama-sama ke Pulau Tioman. yuhuu.. yang mana sepatutnya rancangan ke Tioman tu banyak kali terobeh sebab pertama kerana kesuntukan masa, sebab kedua pula oleh kerana tempat penginapan full masa merdeka haritu.

Mmg kami tak keluarkan sesen pun utk perjalanan ke Tioman ini kecuali perjalanan pergi balik kami lah KL-PEKAN.  yang lain-lain tu, 100% ditaja oleh Jabatan Mufti Pahang, jadi. Kalau nak meminta utk bercerita pasal bajet tu mmg sy tak tahu pape pun psl bajet-bajet ni. Bajet belanja besar juga katanya untuk ke Tioman ni. so jangan buang lah dan kene hargainya.

Okeh. Perjalanan kami dari Universiti Malaya ke Pekan yang mengambil masa dalam 4-5 jam. Kami sampai di pekan pada pkul9.30 malam sebab kami bertolak pkl4.00 petang. Tak maw la cerita panjang bwt ape lps tu.. sebab saya komfem habis je bersihkan bdn sy langsung tido. Heheh. Saya kan nobita. Nobita kuat tido katanya.

Hari 1:

Saya dan kawan-kawan bersama Pakcik Zailan bertolak dalam pkul 8.20 pagi untuk ke jeti Tanjong Gemoks. Sebelum itu berhenti sarapan roti canai 2 keping * iloveee roti canaii* di kedai makan (tak ingat nama) sambil menunggu ketibaan ustaz-ustaz lain. Disaat itu lah saya mengenali abah Lias. Ust mad noor, dan ust-ust Jupem .

Okey. Ada 13 spot warna merah yang bermakna kampung dekat dalam Peta tu, dan Ferry akan berhenti di setiap kampung tu. Hentian pertama ferry akan berhenti adalah di Genting, kemudian Paya, Kemudian Lalang, Kemudian Tekek dan Salang.

peta tioman.
Pendekkan cerita, dalam pkul11.30 pagi baru kami punya giliran untuk naik ke feri. Ya Allah, saya agak teruja kalau tgok laut. Cantiks sekali. Fefelimm navy iolss. Okeh perjalanan mengambil masa selama 2 j. ape lagi nk buat selain tido je lah. Nak msj kekasih hati signal tak ada pun.  Oleh kerana salang merupakan tempat cek in kami dan ia merupakan perhentian last, maka berbuih2 juga lah tunggu nak tiba Jeti salang tu. Setiba di jeti, amat teruja sebab bila tgok air cam tgk cermin, telus ke dasar, perghhh jernih giler….tioman tu. Sangat bestest .hehehehe.

Kat salang ni ade dalam 4 resort je. Mereka pilih salang Indah mungkin kerana penginapan atas air lah kot. Sebab mmg blik kami berada betul2 atas air. Kalau air pasang tu mmg seram lah.  Tp view mmg menarik menghadap laut. Makanan disediakan, mmg skli dengan pakej kalau mahu kepada para pengunjung. kami ikut je. Jangan demand pape.


Untuk hari pertama dan kedua ni mmg kami bertungkus-lumut untuk menyiapkan kerja semakan tulah. Mmg yelah. Ade jgak je kesalahan kami walaupun dah beberapa kali semak tuu.  Layan je lah. Lebam biji mata jgak la perhati digit2 tu.



6 Sept 2014, hari ketiga menjanjikan pengalaman yang paling best yang saya akan bawa pulang nanti sebagai kenangan... Sarapan pagi bermula jam 8 pagi.. Keluar je chalet terkejut dengan air surut yang berbeza dengan pemandangan semalam... tetapi tetap cantik sebab kawasan surut dipenuhi dengan batu karang mati. Katanya. Tp mmg yelah. Gojes.



Jam 11.30, bot kami bergerak ke tempat-tempat snorkeling yang terpilih seperti Pulau Coral, Batu Malang dan lain-lain tak ingatla.  Pulau Coral, di sini terdapat banyak batu karang muda..Laut di sini agak cetek dan sesiapa nak snorkeling di kawasan ini kene pastikan kaki tidak terkena batu karang tersebut sebab masih berbisa.. saya mmg tak fikir banyak dah. Dengan keyakinan dan kemahiran renang yang saya ada, saya turun je laut. Besttnya pemandangan dalam laut. Tapi sayang tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab henfon saya tak canggih pun. Dan saya tak sanggup untuk jahanamkan henfon saya. Walaupun henpon sony e-dual saya tu penah kene benam dalam kolam dan saya rasa mcm penah kene tapisan air kencing jgak dgn anak buah saya si rayyan tu. Sebab mcm ada bauuu. Eeee. Pampers dy cepat bocor sbb dy kuat kencing malam-malam. Ish3.

ada lah jgak gambar sy dalam air ya. tq salang indah Tioman!!
tak lupa pis yo~

subhanallah. cantik sangat kan. ini baru tgok sikit
Tapi tapi tapi kan kalau awk tak cukup bajet, tak nak amik pakej tu pun takpe jangan risau. Di tepi pantai Salang tetap banyak orang snorkeling. belilah peralatan snorkeling sendiri. saya Usha kat mid aritu dalam rm69-77 je. ( standad harga lah tu. ). jangan risau, Sebab bila lepas musim monsum habis, terumbu karang dekat tepi pantai dia memang cukup cantik. Memancing boleh di sekitar situ je. Nak berkayak, nak berenang apatah lagi pun boleh. Cuma nak berjetski itu memang tak ada.  Segala banana bot, fyling fox terbang apa ke benda yang sangkut dengan bot tu, semua tak ada. Jadi pantai mmg ckup tenang dan tak bising dengan segala benda bukan-bukan tu. haa kecuali lalu lalang bot para penduduk tetap dan feri yang kunjung tiba.

Akhirnya. Kesimpulan yang saya dapat cerita. Saya sangat berterima kasih dan syukur kerana masih dapat pergi ke Tioman. Salang best tp mmg tak ada pape sgt pun. saya niat nak beli sedikit souvenir. tp memandangkn ATM pun xde. saya batalkan hasrat itu. tapi air pantai sangat jernih. Jom kita onimoon kat sini je lah ea tapi saya mcm nak pilih kampung lain plak. Saya nak awak ikut saya snorkeling. Heheh. Pis ^^v ..

felim snorkeling, best. nak lagi. tp mula-mula saya rasa was-was nk dekat2 dgn ikan sebab takut ikan gigit saya..   aah. mmg 1st sy nk try bg ikan makan . ye gigit ibu jari saya. sakitnyaa .. :')

No comments:

Post a Comment