: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Sunday, March 10, 2013

Kursus Kahwin ♥

Wahhh!
Ini adalah episode kehidupan yang paling penting dalam hidupku.  :D

9 & 10 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu & Ahad ..
Saya telah menghadiri kursus kahwin selama 2 hari bertempat di Dewan Kuliah Utama, API


Tak awal sangat pun aku pergi kursus kahwin ni kan ..
Dah 22 ..  awal ke?? :D   *makan dalam*

KURSUS PRA PERKAHWINAN

Bila dah join kursus ni mmg rasa sangat berguna . Yang sudah join mesti dah merasa tapi bagi yang belum rasa , cepat-cepatlah join . Tak rugi pun ambil awal sebab sijilnya tak luput pun. Kursus ini bersama para ustaz dan pakar dalam rumahtangga tau. Saya nak share tajuk yang memang dikongsikan dalam kursus ini k:

Hari sabtu,
  • Hubungan dalam keluarga
  • Pengurusan wang dan masa
  • Akidah
  • Ibadah
  • Pengurusan kesihatan
  • Akhlak
  • Perkahwinan & prosedur

Hari ahad,
  • Komunikasi suami isteri
  • Pengurusan stress & konfliks
  • Perkhidmatan rundingcara (kaunseling)
  • Pembubaran perkahwinan


%$#@&*! 
Tetiba rasa XSYOK sbb xdapat pegi dengan pasangan.   
FYI saya datang dengan kawan- kawan je bukan calon okay. 

1. kak siti syahida
2. kak siti raihan
3. norharlina
4. nur sabiha
5. radhiah

Walaupun ada slot ceramah yang agak membosankan semalam yang telah membuatkan saya terlena dan berdengkur halus , tapi saya telah pastikan pada hari ini saya mampu bertahan mendengar setiap ceramah yang disampaikan. Sebenarnya rugi tidak fokus sebab kursus ini sekali je seumur hidup.Tetapi I’allah kalau diberi kesempatan & peluang saya ingin menghadiri semula kursus kahwin ini kerana pada saat itu saya lebih ready untuk jadi someone’s wifey ..     :D  tetiba rasa nervous plak!  MUehehehe….


-Letakkan cinta ALLAH di hati..♥ 
Dan Cinta suami nanti di genggaman tangan kita ..   

- HACK ( hanya ALLAH cinta selamanya) 

Allah berfirman “ berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu .. ‘’ surah Ghafir 40:60

p/s: So berdoalah dan jangan sombong , PEACE! ^^V

3 comments: