: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Sunday, September 21, 2014

25 things about me

Haila apabila datang mood idea menulis layan jeee . ^^v

saya tak pasti bagaimanakah dan siapakah yang memulakan viral 25 things about me la. tp saya tahu mende ini wujud pun daripada radhiah. saya pun ingin jgak mengenali dan mengorek rahsia saya sendiri. * berfikir* untuk 25 perkara:

  1. Nama saya nur aqidah baharom. pada kelahiran saya arwah mama saya cerita ada dua nama utk saya, 1 nur aqilah farhana dan 1 lgi nur aqidah diana. Tah sengketa mcmne berlaku, mama saya kata nama nur aqilah mak ndak saya dh letak dlu untuk nama anak perempuan dy. so arwah mama saya berikan jelah nama nur aqidah tanpa diana untuk saya . sebab campur tgn nenek saya yang tak suka nama panjang-panjang ni . kononnya. takpe2. saya bangga nama saya nur aqidah. cahaya iman yang teguh dan kuat. i'allah. doakan saya kuat. saya cuba kuatkan diri lah ni. saya tak ciwek!
  2. saya anak no 2 dalam keluarga saya. boleh dikatakan jgak la saya sgt berdikari orngnya. mungkin juga sebab saya duduk asrama sejak menengah.
  3. saya kurang kerja-kerja dapur. tapi saya suka kemas-kemas rumah. sayalah bibik kat rumah tu. basuh baju. sapu sampah. . takpe. saya enjoy . saya bahagia je . bukan rumah orang len pun walaupun saya cume penumpang je. 
  4. ye. kalau dulu saya sangat pemalu. banyak perubahan diri yang berlaku sejak saya join navy. kadang saya semakin berani. kadang-kadang. hehe.
  5. kalau nampak sy moody tu saya dah nak piyed la tu. so minta maaf awal2 
  6. saya sangat sensitif pada sesuatu perkataan yang dituturkan. saya mudah terasa hati dan pemendam rasa. pernah saya rasa lain rasa seperti hendak nangis selepas sesuatu ayat itu dilafazkan. kadang-kadang saya tak boleh ditegur saya akan buat muka. 
  7. saya cenderung untuk bersifat pendendam . Ya Allah. jauhkan la sifat itu dariku sebab ia akan memakan diriku kembali. 
  8. saya sudah kematian arwah mama & ayah. tiada lagi tempat bergantung harap dan memohon nasihat dan kata-kata. Allah. - rasa sebak ketika ini- (nangis) .  my adik beradik sekarang adalah dunia saya. buruk baik tetap adik beradik saya. 
  9. kalau dulu saya selesa keluar sendiri pun tak apa. sekarang ini saya mcm suka berteman. mengade sangat dah pulak ni.. haish33. cepat2lah kahwin aqid. ^_^
  10. saya seorang yang pemaaf dan caring kann. tp awas, jangan bagi saya marah. syaitan sukaa oo. tak maw tak maw. 
  11. pakaian : kalau dulu saya suka berseluar cme skrang sy lebih memilih skirt sebb macam rasa terpelihara sikit . ;) tp seluar pun saya pkai jgak je. hihuu.
  12. family sy berhutang duit dengan saya. macammane saya nak minta ea. dh minta byk kali tp ttp xmo bayar balik. . alhamdulillah. masih ada rezeki lain untuk saya. 
  13. saya kalau ikutkan saya tak pandai berborak dalam telefon. dalam bahasa lain, saya tak pandai sangat bergayut lelama sbb x taw nak borak apa je. tak pasal abis kedit korg dan saya je. hihi.
  14. buang yang keruh ambil yang jernih . setelah beberapa tahun kemudian,  my 1st watch movie with boyfriend aka fiancee (dah tunang tp bukan ikut adat katanya. hehe) is lucy . 2nd, as above do below -ini paling gila skli sebab balik smpy larut malam. 3rd, gallows hills. 4rd, the November man (270914), 5th the purge anarchy (11014), 6th annabelle (81014). - amboi, bole dikatakan tiap mggu tgok wyg ni. ish3 . 7th the haunted house 2 (141014), 8th the haunting of helena (151014), 9th ouija (261014) ,10th horn (251114), 11th the pyramid
  15. saya adalah orang yang kurang fikir sangat pasal cantik tak cantik. sebab itu saya tak kisah pun masuk askar, mke bertopeng, mke teruk menggelupas, saya minta maaflah kalau penampilan saya tak memuaskan dan menyakitkan mata orang lain. saya taw llki mmg kalau boleh nak pasangan yang cntiks. adoii. saya mudah rendah diri dan kecil hati. saya mengaku saya mudah berfikiran -ve.  mianeyo  ..   :( 
  16. ...
  17. ...
  18. ...
  19. ...
  20. ...
  21. ...
  22. ...
  23. ...
  24. ...
  25. Ciri-ciri lelaki impian sayaa : tinggi, gemuk, tak mau sebaya, beriman berilmu beramal. mcm kene pula dgn yg dapat skrg ni. tinggi 179.5 , gemuk ( xla gemuk tp besar) , mmg tak sebaya sbb dy tahun 1990 (my senpai) . i'Allah beriman berilmu beramal.   Teman tp mesra =29 Dis 2013. mcm mula nak serius je = 27 April 2013.  Didoakan lah semoga dy bakal imamku didunia dan diakhirat

yang rongak-rongak tu akan updet la . 

walau bagaimana pun i lovee myself . 

our vacation+work in Tioman

Assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua semoga bahagia~ lalala

Hai. Mcm lame x hapdet dalam ni. Tak sibuk pun cme saya sengaja menyibukkan diri yang tak sibuk ni. Sibuk berkasih sayang sesama insan, sibuk jaga adik-adik palapes baru, sibuk setel subjek tapi tak beres pun lg ni haa.. kompiusing lg saya nk amik hape ni. Subjek dah cun dah tp kls tuto plak tindih. Ade free pun hari isnin la. Tp tp sy xde kls lgsung hari isnin.. alamak. Ttbe yana Tanya saya td, kalau tpaksa kida amik isnin jgak kls pis bole….  

"Krik.. krik.. boleh la boleh la kerana terpaksa saya relakan . hihi..  baru saya ingat nak lajak cuti. Monday bluesss.."

Eeh. Terkeluar sgt dh ni tajuk en3. Sebenarnya saja nk bercerita kisah saya dan kawang-kawang yang praktikal bercuti bersama di Pahang bermula 4-7 september 2014. Sebenarnya ada kerja bengkel semakan kiblat tp ustaz Rosli kabo xd lah kerja sgt pun. Lebih kepada bercuti jgak la. Sebagai tanda penghargaan kerana sudi membuat praktikal di unit falak. Terharuunyaa saya. Mereka sanggup tunda tunda tarikh sebab nak ajak kami berempat bercuti bersama-sama ke Pulau Tioman. yuhuu.. yang mana sepatutnya rancangan ke Tioman tu banyak kali terobeh sebab pertama kerana kesuntukan masa, sebab kedua pula oleh kerana tempat penginapan full masa merdeka haritu.

Mmg kami tak keluarkan sesen pun utk perjalanan ke Tioman ini kecuali perjalanan pergi balik kami lah KL-PEKAN.  yang lain-lain tu, 100% ditaja oleh Jabatan Mufti Pahang, jadi. Kalau nak meminta utk bercerita pasal bajet tu mmg sy tak tahu pape pun psl bajet-bajet ni. Bajet belanja besar juga katanya untuk ke Tioman ni. so jangan buang lah dan kene hargainya.

Okeh. Perjalanan kami dari Universiti Malaya ke Pekan yang mengambil masa dalam 4-5 jam. Kami sampai di pekan pada pkul9.30 malam sebab kami bertolak pkl4.00 petang. Tak maw la cerita panjang bwt ape lps tu.. sebab saya komfem habis je bersihkan bdn sy langsung tido. Heheh. Saya kan nobita. Nobita kuat tido katanya.

Hari 1:

Saya dan kawan-kawan bersama Pakcik Zailan bertolak dalam pkul 8.20 pagi untuk ke jeti Tanjong Gemoks. Sebelum itu berhenti sarapan roti canai 2 keping * iloveee roti canaii* di kedai makan (tak ingat nama) sambil menunggu ketibaan ustaz-ustaz lain. Disaat itu lah saya mengenali abah Lias. Ust mad noor, dan ust-ust Jupem .

Okey. Ada 13 spot warna merah yang bermakna kampung dekat dalam Peta tu, dan Ferry akan berhenti di setiap kampung tu. Hentian pertama ferry akan berhenti adalah di Genting, kemudian Paya, Kemudian Lalang, Kemudian Tekek dan Salang.

peta tioman.
Pendekkan cerita, dalam pkul11.30 pagi baru kami punya giliran untuk naik ke feri. Ya Allah, saya agak teruja kalau tgok laut. Cantiks sekali. Fefelimm navy iolss. Okeh perjalanan mengambil masa selama 2 j. ape lagi nk buat selain tido je lah. Nak msj kekasih hati signal tak ada pun.  Oleh kerana salang merupakan tempat cek in kami dan ia merupakan perhentian last, maka berbuih2 juga lah tunggu nak tiba Jeti salang tu. Setiba di jeti, amat teruja sebab bila tgok air cam tgk cermin, telus ke dasar, perghhh jernih giler….tioman tu. Sangat bestest .hehehehe.

Kat salang ni ade dalam 4 resort je. Mereka pilih salang Indah mungkin kerana penginapan atas air lah kot. Sebab mmg blik kami berada betul2 atas air. Kalau air pasang tu mmg seram lah.  Tp view mmg menarik menghadap laut. Makanan disediakan, mmg skli dengan pakej kalau mahu kepada para pengunjung. kami ikut je. Jangan demand pape.


Untuk hari pertama dan kedua ni mmg kami bertungkus-lumut untuk menyiapkan kerja semakan tulah. Mmg yelah. Ade jgak je kesalahan kami walaupun dah beberapa kali semak tuu.  Layan je lah. Lebam biji mata jgak la perhati digit2 tu.



6 Sept 2014, hari ketiga menjanjikan pengalaman yang paling best yang saya akan bawa pulang nanti sebagai kenangan... Sarapan pagi bermula jam 8 pagi.. Keluar je chalet terkejut dengan air surut yang berbeza dengan pemandangan semalam... tetapi tetap cantik sebab kawasan surut dipenuhi dengan batu karang mati. Katanya. Tp mmg yelah. Gojes.



Jam 11.30, bot kami bergerak ke tempat-tempat snorkeling yang terpilih seperti Pulau Coral, Batu Malang dan lain-lain tak ingatla.  Pulau Coral, di sini terdapat banyak batu karang muda..Laut di sini agak cetek dan sesiapa nak snorkeling di kawasan ini kene pastikan kaki tidak terkena batu karang tersebut sebab masih berbisa.. saya mmg tak fikir banyak dah. Dengan keyakinan dan kemahiran renang yang saya ada, saya turun je laut. Besttnya pemandangan dalam laut. Tapi sayang tak banyak gambar yang dapat dirakam sebab henfon saya tak canggih pun. Dan saya tak sanggup untuk jahanamkan henfon saya. Walaupun henpon sony e-dual saya tu penah kene benam dalam kolam dan saya rasa mcm penah kene tapisan air kencing jgak dgn anak buah saya si rayyan tu. Sebab mcm ada bauuu. Eeee. Pampers dy cepat bocor sbb dy kuat kencing malam-malam. Ish3.

ada lah jgak gambar sy dalam air ya. tq salang indah Tioman!!
tak lupa pis yo~

subhanallah. cantik sangat kan. ini baru tgok sikit
Tapi tapi tapi kan kalau awk tak cukup bajet, tak nak amik pakej tu pun takpe jangan risau. Di tepi pantai Salang tetap banyak orang snorkeling. belilah peralatan snorkeling sendiri. saya Usha kat mid aritu dalam rm69-77 je. ( standad harga lah tu. ). jangan risau, Sebab bila lepas musim monsum habis, terumbu karang dekat tepi pantai dia memang cukup cantik. Memancing boleh di sekitar situ je. Nak berkayak, nak berenang apatah lagi pun boleh. Cuma nak berjetski itu memang tak ada.  Segala banana bot, fyling fox terbang apa ke benda yang sangkut dengan bot tu, semua tak ada. Jadi pantai mmg ckup tenang dan tak bising dengan segala benda bukan-bukan tu. haa kecuali lalu lalang bot para penduduk tetap dan feri yang kunjung tiba.

Akhirnya. Kesimpulan yang saya dapat cerita. Saya sangat berterima kasih dan syukur kerana masih dapat pergi ke Tioman. Salang best tp mmg tak ada pape sgt pun. saya niat nak beli sedikit souvenir. tp memandangkn ATM pun xde. saya batalkan hasrat itu. tapi air pantai sangat jernih. Jom kita onimoon kat sini je lah ea tapi saya mcm nak pilih kampung lain plak. Saya nak awak ikut saya snorkeling. Heheh. Pis ^^v ..

felim snorkeling, best. nak lagi. tp mula-mula saya rasa was-was nk dekat2 dgn ikan sebab takut ikan gigit saya..   aah. mmg 1st sy nk try bg ikan makan . ye gigit ibu jari saya. sakitnyaa .. :')

Wednesday, September 3, 2014

Commission 2014

Matlamat- matlamat yang saya pernah angankan sedikit sedikit telah tercapai. Saya berjaya masuk U. Saya berjaya menamatkan latihan Palapes. Salute sikit. Muah! tQ Allah for the impossible.

matlamat-matlamat lain:
~ konvo 2015
~ Myvi
~ rumah sendiri - hendak hias dapur sendri nak prektis main masak-masak
~bersuami dan berfamily
~ paling penting - menunaikan haji dan umrah sebelum umur 35 tahun. whoa sedihh . tabung haji tak ckup 1000 pun lg utk daftar haji.

Pentauliahan Diraja PALAPES Kali Ke-33

hari bersejarah telah tiba
Pada 23hb Ogos 2014, detik yang melakar sejarah dalam hidup 1501 anggota Kadet Palapes Darat, Laut dan Udara kerana mereka semua telah ditauliahkan oleh Brigedier Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri, ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah,  Tunku Puteri Intan Safinaz sebagai Leftenan Muda. Inilah detik di mana titik peluh serta susah payah selama tiga tahun bergelumang dengan pelbagai jenis cabaran dan halangan di samping memikul amanah sebagai mahasiswa mahasiswi harapan negara berbalas. 

haish. saya sedih sangat bwt terakhir kalinya saya tak sempat untuk join kawad bersama kawan-kawan. punca: Latihan Industri. Kesan: saya masih tetap fair n lovely. tak bertompok pun kulit. hew hew. 

Di saat nama diumumkan sebagai Leftenan Muda dan tangan Tunku  menghulurkan skrol ketika upacara pentauliahan watikah, rasa bangga yang tidak terucap terlakar diwajah. Malah, bukan sahaja pada wajah-wajah 'kelam' kadet akibat berjemur di Padang Kawad selama dua minggu tetapi juga pada wajah ibu ayah yang hadir pada hari tersebut. Nikmat serta kepuasan yang tidak ternilai harganya dapat dirasai dengan penuh bangga. tapi saya hilang nikmat perasaan itu . Tuhan je yang tahu perasaan saya ketika itu rasanya. tapi mujur ada awak. saya tahu awak tengok saya .. bangga tak dengan saya? :') trima kasih. awak tak bangga dengan saya pun, saya ttp bangga dengan diri saya . hohoi. 

campak masa *throwback*

Dalam latihan palapes ini, saya menjadi kadet selama 3 tahun. Saya bukan sahaja perlu menumpukan kepada pengajian tetapi saya perlu  mengorbankan setiap weekend untuk menjalani latihan palapes. Pergh, tough gile wei. Dah la setiap hari ada kelas, assignment berlambak, setiap weekend pula ada latihan, setiap cuti sem pun ada latihan. . Bila masa nak buat assignment? Bila masa nak study? Paling penting, bila masa saya nak dating dengan bff! hee .. tp oklh masa itu saya belum ada bff lgi. :) 

Saya ok je sebab saya yang pilih jalan ni. Tiada paksaan daripada mana2 pihak. arwah mama saya pun sangat bangga saya dapat bertahan. Di sinilah juga saya kenal dengan kawan-kawan yang sengal dan kuat mental dan kuat tahan makian macam mamai, mirae, momo, zazau, shafiqa, yayan, yuyu, nanad dan azlia. Kitorang la yang menghuru-harakan markas tu. 

Sampai saat saya pernah berfikir, kalau sekiranya saya cuma jadi pelajar biasa saya akan rasa rugi sangat-sangat sebab pengalaman ni kita boleh rasa sekali je seumur hidup. Masa under grad je boleh join PALAPES. Kalau korang masuk U sebagai post-grad student memang takkan ada peluang untuk masuk palapes. Akhirnya, tahun 2014 dan 2015 akan datang nnti bakal meninggalkan satu sejarah yang hebat buat diri saya kerana saya berjaya menghabiskan pengajian dan menamatkan latihan palapes selama 3 tahun . Kiranya saya dapat merasai 2 kali celebration iaitu konvo dan pentauliahan kadet palapes yang membolehkan saya dianugerahkan pangkat Leftenan Muda di dalam PSSTLDM.  Kau ada? haha. 


Saya telah berjaya menghadiahkan kejayaan kepada keluarga. Mungkin bagi orang lain kejayaan saya ni biasa sahaja. Tapi bagi saya kejayaan ni amat bermakna. Saya sangat bangga dengan diri saya. Allah itu adil memberikan rezeki kepada hambanya dan menaikkan darjat hambaNya tanpa disedari. . Saya mahu ubah hidup saya dan nama baik keluarga saya. Doakan ya. Doa adalah senjata umat Islam. 

Tq kepada role model saya , kawan-kawan suksis dan palapes, coursemate kecil saya Sabiha yang secara realitinya adalah sumber inspirasi sy yang membuatkan saya terus kekal dan tak kalah untuk meneruskan perjuangan dalam Palapes.  Lt. M Nur Aqidah binti Baharom. semakin berat rasa tanggungjawab yang tergalas. Saya berharap dapat menjadi seorang pegawai yang bertanggungjawab. 

comel jgk puan akid ni kan
menjungjung kasih Tunku!

Allah telah menganugerahkan pelbagai rasa dalam hidup manusia
Dalam suka ada duka
Dalam pahit ada manis
walaubgaimanapun hadapi secara tabah
kerana itulah realiti dan cabaran dunia. 


untuk awak yang mungkin akan stalk blog saya ni. hehee

saya nak bgtaw saya sangat terima kasih sebab awak sentiasa cuba untuk menggembirakan hati saya. saya hargai sangat. saya minta maaf sepanjang awak kenal saya, kalau nmpk saya ni jenis yang bermuka-muka atau buat muka atau terbuat muka. hehe, tp itu mmg sikap saya. saya tak boleh berjanji untuk menjaga hati awak kerana hati ini adalah sejenis benda yang sangat sensitif, Sedikit kekhilafan saya mungkin akan menyebabkan awak sakit hati. Dan mmg saya tahu awk mmg sentiasa sabar je dgn saya. saya cuma ingin awak tahu yang saya nieyh cuma manusia biasa. Sentiasa dipenuhi dosa, gelabah ayam dan tak selalu menyenangkan orang.

Saya nak awak tahu, kalau awak sedih, saya pun turut terasa sedih. tapi mungkinlah saya tak zahir kesedihan saya sebab saya kan pandai bermuka-muka.^_____________^ Tapi saya akan berusaha mengembirakan hati awak walaupun awak tak nak layan usaha saya untuk menghiburkan awak. Tak mengapa saya faham. Saya bukan laa yang pakar memujuk. Saya rasa tak best kalau awak sedih. Jangan sedih2 taw .Dan maafkan saya jika saya ada menaikkan api kemarahan awak ketika memujuk. Saya memang tak pandai memujuk tapi saya hanya pandai buat lawak bodoh tuk pujuk hati awak. wohoo

Saya juga nak ucapkan terima kasih pada awak. Sebab awak, hari2 berlalu begitu ceria,. Terasa nyaman. Terima kasih banyak2. Terima kasih sebab menjadi buah hati yang baik, walaupun saya bukan laa yang terbaik. Kerana awak, saya rasa dihargai. Walaupun mungkin semua itu perasaan saya. Tak terucap tanda terima kasih saya pada awak, sebab awak banyak sangat buat saya gembira. Berbanding saya yang tak buat apa-apa untuk awak. minta maaf, walaupun kita berhubungan tetapi saya perlu kurangkan aktiviti - nak jumpa ke- date ke- sebab saya hendak jaga diri dan batasan saya. saya walaupun telah diberikan didikan agama dan lain-lain , saya masih seorang wanita yang ada perasaan macam-macam. Saya takut saya lepas laku. terpegang awak tak sengaja. Opss . sori. saya rasa berdosa.   Semoga awak diberkati Allah. Saya sukakan awak. InsyaALLAH awak juga disayangi ALLAH. Saya doakan semoga awak berjaya dunia dan akhirat. Saya janji, saya akan jaga awak mcm nyawa saya sekiranya kita ada ikatan. saya letakkan segala harapan dan pergantungan kepada Allah. semoga dipermudahkan. 

Awak, jika saya yang bertakhta di hati awak, sayangi laa saya sejujur dan seikhlas hati awak. Jika saya yang awak rindu, simpan saya dalam hati awak selalu. Jika saya yang selalu menyakiti hati awak, maafkan laa saya kerana itu bukan niat saya :-(   Jika saya orang yang tidak memahami awak, ajar saya lagi untuk memahami awak nnti. Saya nak awak tahu yang awak ada dihati saya walaupun ketika itu saya sedang muram. sorilah. sakit perempuan. tetapi saya bersyukur kenal awak. heheh. kawan-kawan dan adik beradik saya pun merestui perkenalan kita. mereka suruh saya jaga awak baik-baik. haha. malunya . .Dan saya berdoa dengan sangat smoga Allah lebih-lebih lagi merestui kita . :')


Allah. Biarlah perasaan itu terbuku di hati. 
#hanya Tuhan yang tahu


babai- persiapan untuk pergi ke Tioman. Kalau ada rezeki tak kemananya kan . tq Allah. tq us memberikan kami kesempatan. tp budak2 ni diam je. jd je idok peginya .. haish3