: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Tuesday, August 5, 2014

Hari ini saya bosan

Time: 04.30 pm
Date & Day: Cuaca okey sahaja.
Thoughts: Minggu yang dipenuhi dengan rasa borim. fikiran sudah ke tauliah dh
Food: Lunch; mee Goreng
Drink: H2o
Dresses: Baju Kurung pINK

TV: Takde TV; Camne nak tengok?

Music: Bunyi handphone aQid vibrate; Pakwe wasap la tueh. =))


1st week masuk LI ..fuhhh ~ paksa diri bangun awal .set my mind to positive thinking . saya pakai baju kurung warna biru dengan selendang kelabu feberet.. .
dekat pejabat ni senang sikit hendak biasakan, sebab pernah datang dan sudah mengenali beberapa orang staf semasa buat projek lagi.

hari ini terlampau boring sangat tak tau nak buat apa.
hari ini saya siapkan jurnal latihan industri . buat kerja pun sikit je. bosan sebab kije yang sama !
haha. jangan tiru perangai saya yang pemalas dan cepat bosan ini ya.
so, saya ingat nak updet sikit lah kan
walaubagaimanapaun, alhamdulilah dah 6 minggu saya latihan industri .. 
dan saya tak akan extend latihan industri . saya akan cuba ganti hujung minggu.
tak kira . . bosan! bosan!
urrrghhhh. cepatlah abess sebab saya dh berkobar-kobar nak g tauliah. 


Tapi disebabkan untuk mendapatkan segulung ijazah makanya saya perlulah juga melalui 2 minggu sepatutnya yang entah apelah yang akan jadi. So, tunggu dan lihat saja perkembangannya. Apepun, semuanya masih baik-baik sahaja.  i'allah akan baik juga sehingga tamat.

 tolak minggu last sebab saya dan sabiha dapat dh pelepasan pergi pentauliahan . oleh itu maka, tinggal seminggu je lah Li kami.
yaayyy


ramai org ckp time praktikal plg best...tp saya rasa takde bestnyer pn,,
ya,,mmg best kalo di bagi keje,,tp keje saya hapa.
mcm mna la saya nak praktikan apa yg saya blja
kat sini banyak melanguk, main tenet, kacau orang, sembang, paling teruk download cite ..
sekarang ni makan pulak, ngup ngap ngup ngap. #bukan bulan pose dh kan

tetapi tak nak salahkan sesiapa,
betul gak sebab kami ramai disini, penyelia xtaw nak bagi kerja apa, sementelah masa kami lapor sebelum ini bulan puasa. kalaupun nak ajak turun site kene gilir-gilir kalau tak nanti ada yang kecik hati kannnn. aah saya kecik hati jugak tak dapat ikut sama g jerantut . tapi saya kata dengan hati. 

" jangan tamak aqid okeh" chill.

sokeh, setidak2nya banyak pengalaman baru, kenal tempat baru , orang-orang baru . dan lebih penting lagi 
saya tahu utk menggunakan mesin faks dan fotokopi
ye dokkk

emmmm. tgok belah sini plak. yo Allah. besarnya

hampir habis macam – macam yang saya jumpa, macam – macam yang saya kenal, macam – macam jenis orang yang saya jumpa, macam – macam masalah yang saya temui dan semuanya saya hadapi dengan bantuan Allah s.w.t...

sebenarnya li ni memang elok dijalankan..sebab bagi experience dan memperbaiki skill pergaulan. dan memanglah staf perempuan ni pelik sket. staf lelaki ok je .. heeee. bisik-bisik jap.

ok. tata!


ad 1 minggu 3 hari ag nk habis....
ag 12 hari nk habis....
ag 288 jam nk habis...

xhabis2 kn saya countdown nk abes praktikal? ok. seyesly boring adakalanya

Saturday, August 2, 2014

Undangan kawin orang

saya dah lama tak blogwalking.
kali ni saya nak sembang-sembang dan bergebang pasal nikah dan kahwin lah.

60 minit bersama ust Don pernah mengungkapkan bahawa molek lah bulan syawal ini adalah bulan yang disarankan untuk nikah dan kahwin. Apa-apa bulan pun elok sebenarnya tetapi hendak lg besar pahala bulan syawal lah. dan untuk tahun 2014 ini, banyak pulak saing-saing yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam bulan syawal ini lah 


kenapa ya us Don kata syawal elok? (saya dah blog walking tapi saya tak jumpa jawapan soalan ini)


tetapi menurut  pandangan saya, dalam ISLAM sendiri  tidak ada sebarang tarikh atau hari atau bulan yang tidak elok atau tidak digalakkan untuk bernikah. Allah menjadikan bulan-bulan islam adalah sebaik-baik bulan.



tetapi dalam ISLAM, ada disebutkan bernikah hari Jumaat sunat, hari paling baik. tapi tak lah pulak hari2 lain tak boleh atau tak baik kan . :) 



Justeru kepada kengkawan yang nak melangsungkan perkahwinan tak usah risau lagi pasal bulan yang tak elok /elok.. sebaiknya cari tarikh yang sesuai.. sebagai contoh wakt cuti persekolahan/ hari minggu... dan pastikan Tok Kadi pun free time korang nak nikah tu ... :D

____________________________________________

alahai .

Sudah penuh undangan kenduri dari bulan ogos nie hingga hujung tahun, tidak kira jemputan dari sanak saudara mahupun sahabat handai. Tahniah dan barakallahulakuma buat kalian. Tapi jangan lupa kalian tahun depan tolong kosongkan satu tarikh untuk jemputan dari saya pula. okeh . I'allah. kalau ada jodohnya.

Tahniah.



catatan : pernikahan adalah berkenaan kerana Allah. (ingatan untuk diri sendiri)

Thursday, July 31, 2014

Aidilfitri tanpa ibu ayah

KELAM suasana Aidilfitri dirasakan tanpa kehadiran tonggak dalam keluarga apabila bapaku, 
Baharom bin Mat menghadap Ilahi pada 19 Okt 2006/ 27 Ramadhan 1427 akibat darah tinggi. 
Terasa bagaikan burung patah sayap tanpa insan bergelar ayah.
9 tahun telah menyambut raya tanpa kehadiran ayah tercinta

Tahun ini, dugaan lebih besar dilaluiku apabila menempuhi Aidilfitri tanpa ibu bapa apabila emakku, 
Jummilah Binti Haji Ramly, menyusul panggilan Ilahi pada 1 April 2014/ 1 Jamadil akhir 1435 akibat dari kanser payu dara. :'(

Namun, saya redha dengan ketentuan yang Maha Esa. Ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan. Tiba masanya kita semua akan pergi jua menghadap-Nya. Sesungguhnya kita tidak dapat menghidu bila kita akan dijemput. Allah tidak akan melambatkan atau mempercepatkan ajal kita walaupun sesaat. Lantaran hidup di dunia ini hanya sementara dan akhirat juga yang kekal abadi.Mudah-mudahan Allah menempatkan arwah ayah dan mama di sisi orang-orang yang beriman dan diperluaskan tempatnya. Dan semoga kami anak-anaknya tidak akan putus-putus mendoakan dan mengsedekahkan alfatihah buatnya. Amin. 


pengalaman beraya tanpa ibu ayah,,,

ya Allah penuh kesunyian di celah kemeriahan ..
hilang seri di celah kecerian..
ya Allah cucurlah rahmat buat ayahanda bonda tersayang..

sesungguhnya kehilangan orang yang tersayang itu 
adalah antara musibah yang terlalu berat untuk digalas. 
namun. saya telah redha. kerana sepanjang hidup mamaku, mama menderita. 
saya tahu. saya sudah mula memahami keadaan mama.


*Alfatihah buat ayahnda tercinta Allahyarham Baharom bin Mat,  ibunda tersayang, Allahyarhamah Jummilah binti Ramly, arwah pak jang, arwah Pak Teh, arwah Nek Yah dan lain-lain yang telah pergi ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan diperluaskan tempatnya. Amin..


al-fatihah

Resipi nasi briani Irine Nadia

Ok nahh kita share ig resepi turun temurun share dr mak mertua akk irine ☺️ paling senanggg and paling mudah nak buat utk family/kawan2 bila dtg rumah. . . 

Resepi nasik beriani honey: 

Bahan tumis :- 
1) blender bawang putih, halia, bawang kcik 
2) tomato 2 biji potong dadu kcik2 
3) bunga lawang, bunga cgkih, kayu manis 
4) bawang besar ---------------- 

Step 1:- 
1) masukkan 2 sudu marjerin + 2 sudu minyak sapi + sedikit minyak masak 
2) dah panas, gorengkan bawang besar terlbih dahulu 
3) bila bawang besar dah kuning, masukkan tomato yg dipotong dadu, gaulkan 
4) masukkan bunga cgkih, bunga lawang , kayu manis 
5) masukkan bahan blender td ( bawang putih, merah dan halia) 
6) biarkan garing, masukkan daun kari 
7) masukkan 2 sudu serbuk kari ( gaulkan ngn air dlu then masukkan ) 
8) dah garing smua , masukkan 5 cawan air 
9) masukkan sedikit susu sejat cair 
10) masukkan beras basmathi 4 cawan 
11) biarkan masak kat rice cooker 
12) agak2 nasik dah masak, masukkan sedikit pewarna kuning telur . 

Tadaaaa siap...👍 P/s : guna beras basmathi ye utk nasi jadi panjang2 and lembut. Lagi satu, kalau nak nasi ni jadi lembut and panjang2, jgn guna rice cooker yg wap tu(mcm gmbr ni aritu irine pakai rice cooker yg wap Tefal tu), so nasi dia jadi pendek2. Pakai rice cooker yang biasa tu ❤️ . Selamat mencobaaa!

irine nadia resipi