: ASSALAMUALAIKUM AWAK :

"Maaf Sekiranya terdapat entry yang berunsur peribadi dan tidak bermanfaat buat Pembaca. ini adalah laman saya. " -aQid kawai-

Sunday, August 18, 2013

Esited Majlis kawan

Kalau diberikan peluang saya ingin menjadi tetamu majlis perkahwinan semua rakan yang dikenali. Bukan apa , menghargai , tumpang gembira , Suatu yang bahagia , siapa tak suka? Oh ada , syaiton nirrajim~

Ramai dh kawan-kawan saya yg dh kawin. malaslah nk bwt list ni. dengki macik .. hehhe. saya doakan yang terbaik!

This time is about my friend , collegemate , same age with me . the girl who's just got married yesterday :') Gembira saya tengok awak. serius nih!  The wedding buat dekat rumah abang dia katanya dekat Kuantan



It was a really great moment . alhamdulillah fariha & suami (zulsalami) , saya doa yang terbaik untuk awak berdua. May Allah bless you both always , dapat anak cucu cicit semua heee.  Sy doa jodoh korang sampai ke syurga oh yeah :3 

yg bwh tu suka sgt interframe taw. menyampah! :P

i'm happy for you , WE are happy for you fariha darl~

Friday, May 17, 2013

Peristiwa semalam

semalam saya seronok keluar bersama cosmate saya membeli dan belah di masjid Jamek .
Tanpa disedari, saya telah mendapat 1 mesej .
yang mana bagi saya sangat menyampahkanlah.

1 mesej received:
semua jm trun astaka jam2300 dengan berpakaian PT. 

"adoii, buku aku tak sempat usha lagi, 
sabiha.. sori, 
kite kene balik awal nnt malam puan miya nak jumpa"

nasib baik sahabat saya mengertisemalam....
kami pun pulang dengan kadar yang segera
dalam perjalanan rumetku memberitahu bahawa shbt2 navyku yang lain tidak mahu turun
aku jadi penasaran.
hal ini demikian kerana ,,
dalam masa yang sama aku mendapat mesej dari puan miya perkara yang sama.
aku terus rasa berat dan terbeban.
kenapa puan memilih untuk hntar mesej kepadaku.
sejujurnya aku rasa bertanggungjawab.
hah # mengeluh

dan pada malam itu aku telah menipu....
dua kali...

1st: aku tipu dengan mengurung diri dalam bilik

mengurung diri seperti ini kah? uhuk

2nd: aku tipu aku sedang buat kerja diluar & x bawak nset .

aku rase bedosa menipu...
sebab..???
sebab aku tanak tipu in the 1st place....

tapi.....
tu sume alasan.....
aku tipu sebab aku pilih untuk menipu....

ape salah berkata benar tegakkan kebenaran kan...???
tapi aku mengelak untuk berkata benar...
sebab kebenaran tu menyakitkan.....
sangat menyakitkan .

dan selepas itu, lepas aku perhati semua rumet aku sudah tido.. dan aku menangis .

ketika esakan yang berlagu terus berkumandang tanpa henti
pelbagai kerumitan datang menjengah
tatkala itu ada sebuah hadiah untuk jiwa
kesabaran dan juga sebuah pemberian
dan kita tak pernah tahu.
tatkala itu, pejamkan mata .
bykkan istighfar mengingati Allah. 


#ada beberapa ketika terapi jiwa adalah dengan menangis, menangis, menangis. bukan sebab lemah, tapi itulah caranya meluahkan, menenangkan emosi betapa diri ini memang lemah, hina dan tak berdaya nak buat apa. apa pilihan kita. kita tak pernah tahu . Zikir terapi diri. 

aku bukan cengeng! fullstop!


"dan aku ini hamba kepada Tuhan dan bukan kepada Tuan"

Tuesday, May 7, 2013

Done Voting!

5 Mei 2013, 10.30 pagi  – Ya . Saya pilih mengundi! 

Kali pertama kita pergi mengundi. Kira kita ini 1st  time voterlah. Perasaan nak pergi mengundi biasa je. Sambutan dekat area kita agak meriah juga dengan bendera-bendera dan macam-macam  replika seperti kereta kebal, wau bulan dll.  Nice & creative dooh .  Jarak perjalanan dari rumah  ke pusat mengundi hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Kita  mengundi di Sek. Keb. Permatang Pasir di bawah Parlimen Kuala Langat, Dun Morib.

Sebelum masuk pintu sekolah, terdapat beberapa parti yang cuba mengalih perhatian saya. Mulut saya pun mengiakan  je lah sebab dalam  hati saya sudah  ada pilihan sendiri , “Ya ya saya undi mereka . Ok ok .. senyum”.  Kita terus menuju ke kaunter semakan dan pengedaran  No. Tempat mengundi mengikut saluran yang telah pihak SPR tentukan. Area saya mengundi ada 4 saluran je. Kita dan kakak kene saluran 4 manakala my beloved mama di saluran 2. Kita diberitahu saluran 1 & 2 adalah untuk warga tua, orang kurang upaya dan seumpamanya. Manakala saluran 3 adalah untuk golongan pertengahan dan saluran 4 adalah untuk kelompok belia. Mmg panjang gila kene beratur, sehinggakan terdetik dihati saya untuk menipu sebagai perempuan mengandung sebab tak larat sangat nak tunggu giliran, nak potong q je rasanya . heheh.



Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia telahpun saya tunaikan dengan sabar.

Kakak tanya, “ ida undi siapa?”, 
jawapan aku , hmm (Undilah apa sahaja kecuali UMNO-BN. Hint ).”  ^__^.

Seronok dapat pergi mengundi untuk PRU13. Bahang suasana kampung mmg sangat meriah macam raya pulak aih.

KEPUTUSAN AKHIR :

Selangor, Penang, Kelantan – PAKATAN MENANG . 

Tahniah selangorku#permas .

Ok . Neutral balik, kita memerhatikan je .  PRU pun da tamat _

:: Tahniah kepada Barisan Nasional kerana telah memenangi PRU 13 sekaligus diberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan terus memimpin negara. semoga negara bertambah baik dalam segala aspek oleh pimpinan kali ini untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang harmoni, bersatu padu & berdaya saing di peringkat antarabangsa..pastinya, tempoh 5 tahun yang mendatang merupakan suatu yang agak mencabar untuk pihak kerajaan Barisan Nasional berdasarkan kepada unjuran dan spesifikasi PRU kali ini. Terdapat beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius dan tempoh 5 tahun yang mendatang perlu digunakan dengan sebaiknya oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki kelemahan2 sedia ada dan kembali memenangi hati rakyat di semua peringkat. Allah sebaik-baik perancangan dan maha Mengetahui segala sesuatu, tidak perlu pertikaikan apa keputusan yang berlaku..berbaik sangkalah dan jangan sesekali timbulkan fitnah..teruskan kehidupan yang lebih harmoni demi agama dan Malaysia tercinta. & Semoga mereka menjadi pemimpin yang berakhlak mulia .;-)  ::

"YAKINI ALLAH , SAYANGI RASULULLAH"


Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." - (Surah Ali-'Imran: Ayat 26)

Catatan:

“Letakkan dunia di atas tanganmu dan bukan di hatiku”

Meletakkan dunia di atas tangan, bermakna segala kemewahan di dunia ini digunakan sepenuhnya untuk mencapai matlamat di akhirat. Segala kemewahan di dunia akan digunakan ke arah kebajikan dan dakwah di jalan Allah.

Meletakkan dunia di dalam hati bermakna kita menjadi manusia yang rakus dengan dunia dan segala habuan yang ada di dalamnya.Kemewahan dan kebendaan menjadi cita-cita tertinggi. Hati akan penuh dengan kecintaan terhadap dunia yang berlebih-lebihan. Meletakkan dunia di dalam hati akan membuatkan manusia menjadi tamak haloba bila menjadikan dunia sebagai matlamat dan bukan sebagai alat.

Membiarkan dunia menguasai hatinya bermakna dunia akan merosakkan seluruh kehidupannya. Membiarkan tangannya menguasai dunia, natijahnya akan memberi kebaikan kepada diri individu tersebut kerana dunia sama sekali tidak akan mempengaruhi dan merosakkan dirinya.


p/s : untuk 5 tahun ni dapat BR1M tiap tahun .. hihok . Janji perlu ditepati kan . kalau tidak korang munafiqun .. :)  tapi rosak brain anak-anak saya untuk tempoh 5 tahun ini, uikk. lainkalilah nak rosakkan brain anak saya, saya tak akan biarkan.  #doakan saya kahwin sebelum umur 27 tahun. heeee   ....peace.  :P     

eeh, dengar kabar boleh bwt bantahan keputusan PRU13 , JAGA DIRI OK kalau pergi ke stadium Kelana Jaya.  ( if im not mistaken/ tiada perubahan tempat  ) .

sebelum itu, mesej yang saya rasa sangat comel kot ;  
" che'a , xkira apa keputusan kuar nnti kita kawan k, kawan baik atau lebih g dr 2 k ...  " 
jawapan saya yang tak terbalas : terharu gitu, papepun saya tetap sokong kak ton  :D

Monday, April 29, 2013

Minum air lipas

ok ..

Habis berlibur di Pesta Buku , kami keluar mencari sesuap nasi untuk mengalas perut.. lagipun jam sudah pkul 3 petang mmg waktu lunch pun.. LAPAR gile siok .!! kami memilih tempat makan di sebuah Mall letak berhadapan dengan PWTC. kami terus menuju ke Food Court. Saya ambil nasi putih + sayur kailan + ikan goreng + air milo ais. Sedap je saya menghabiskan makanan dan menghirup air milo dengan lahapnya. (orang lapar kan :D ) 

saya menjemput kawan saya share air milo dengan saya. Si dia pun gembira untuk menghabiskannya. Tetiba, dia membuat muka seperti orang nak muntah dan berlari ke singki. Seriusly! saya pun cuakla. kenapa? kenapa? ada apa dalam air itu.. saya pun korek2 ar baki air milo tu tp x kesan pape pun...   #bukan saya nak prank orang tapi seyes saya tak tau .. hah. hah . hah

Beberapa detik kemudian...

Yucks! ia membuatkan saya rasa double cuak dan geli dengan sendirinya . dan terbit dihatiku untuk berhati-hati nak minum lain kali. tak kisah lah air dalam rumah sendiri atau rumah jiran mahupun kedai bertaraf bintang dan bulan .euuuuwhhh . pengotor ! berdosa lah buat orang macam ni bukan minum saya tak bayar! ok. mungkin pekerja tu tak sengaja, x perasan . Think +vely .. tp geligeligeli tekak . puihh! #emo :D

pekerja : kenapa dik?
kami : cawan ni ada lipas . saya xnak bayar.
pekerja : maafkan saya. ok x payah bayar .

pendek kata ,sekarang ini hati-hati lah . lipas ni tempat tinggal dia tempat kotor , so sama-sama kita elakkan. bila aku teringat balik kes ni aku akan stop minum air . tak kisahlah kedai yang aku minum ada lipas or tak.even air dalam bilik aku pun aku tgok keliling ye da . Ish, fobia melampau ='( .

Tips minum air 
Rumah : basuh cawan / gelas sebelum nak minum
jangan minum cawan/gelas berisi air terbiar semalaman di kawasan terbuka .
tengok cawan/gelas betul-betul .
tengok dekat air yang kita nak tuang tu kot ada semut atau serangga lain .

Kedai : tengok sekeliling kedai dan pantau tahap kebersihan .
check straw di luar dan dalam straw tu , kot ada haiwan membiak .
perhati air betul-betul kot-kot ada yang mati lemas .


catatan :


1) kalau semut jatuh dalam air minuman, kita tak boleh minum air tu. Kalau terminum, 
gelap hati selama 40 hari. kerana semut mengeluarkan acid boric. I
a berfungsi melemahkan ingatan.

2) Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat. (Riwayat al-Bukhari)- kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

3) bagaimana dengan termakan lipas, tikus, cicak. nanti nak cari jawapan.( pakcik google tiada jawapan pun ) . 


*** Bismillahitawakkaltu ..